Rabu, 23 Mei 2012

Ye Ke Cinta???

Anda cinta akan Allah?  Ye ke benarnya cinta? atau hanya omong kosong??
jom kita tengok sama2 apa kata Hatim al-A'sham ra
kenal tak yang bernama Hatim ni?  Hebat orangnya... pura2 kurang pendengaran hanya kerana tak mahu sorang wanita yang datang bertemunya malu kerana terkentut hehehe...
hebat.. aku ketawa kemudian aku menangis!  Kalau aku boleh menjadi seperti ini...

"Barangsiapa mendakwa empat perkara tanpa bukti maka dakwaannya itu dusta belaka...
1. Mengaku CINTA AKAN ALLAH tapi TAK TINGGALKAN LARANGAN2 ALLAH

2. Mengaku CINTA AKAN NABI tapi BENCI AKAN ORANG FAKIR MISKIN

3. Mengaku CINTA AKAN SYURGA tapi TIDAK MAHU BERSEDEKAH

4. Mengaku TAKUT AKAN NERAKA tapi TIDAK MENINGGALKAN DOSA2..

Ermmm...amacam? bulan ni dah berapa kali dating ;) dah berapa kali masam2 muka ngan suami? dah berapa kali tinggikan suara kat mak ayah?  dah berapa kali tipu sana tipu sini? berapa banyak sedekah kita agaknya? dah berapa kali kita sibukkan hal orang lain?
dan lain2 lagi....
 :-D

Mari kita ingat sama2....
Neraka itu dibentengi  dengan hal2 yang menyeronokkan sedangkan syurga dibentengi dengan hal2 yang menjemukan...

Itu sabda Rasulullah...bukan kata ana yang fakir ni....

5 ulasan:

  1. belum benar2 cinta mcmni....ada aje yg langgar...

    BalasPadam
  2. Muhasabah diri tu perlu....
    Bg mnjd hamba yg lebih baik....

    BalasPadam
  3. sulit juga untuk menjadi kekasih Allah....Allah berfirman, " jalan menuju syurga-KU adalah lebih sulit dr meniti sehelai rambut ".

    BalasPadam
  4. Harga syurga tu mahal....sediakanlah modal yg mencukupi...

    BalasPadam