Khamis, 24 Mei 2012

Nak Bahagia Tak?

Semua org nak bahagia,kan...tak terkecuali aku.  Sentiasa mencari2 resepi bahagia tp bnyk yg kita dpt resepi kebahagiaan dunia.  best juga hidup bahagia kat dunia tapi dunia ni penjara bagi mukmin....mana mungkin kita bisa bahagia dalam penjara.  dah masa rasanya, kita cari resepi kebahagiaan akhirat kerana di sana kehidupan yg kekal lg abadi.  jom...ingin aku kongsikan resepi untuk menemukan manisnya taat dan keadaan hidup serta mati kita menjadi kebaikan

Ayuh kita kekalkan membaca 7 kalimah ini supaya kita di sisi Allah dan para malaikat sbg orang yang mulia, Allah ampunkan dosa2 kita walauapun dosa kita umpama buih di lautan....

Inilah ku catatkan kata2nya Al Faqih Abu Laits al Samarqandy....

1.  Ketika memulai sesuatu dia membaca BISMILLAH

2.  Ketika selesai melakukan sesuatu dia membaca HAMDALAH

3.  Ketika terlanjur mengucapkn perkataan yg tidak berguna dia membaca ASTAGFIRULLAH

4.  Jika dia ingin melakukan sesuatu dia mengucapkan INSYAALLAH

5.  Jika dia ditimpa sesuatu yang tidak dia sukai dia mengucapkan LAHAULAWALA QUWWATAILLA BILLAHIL 'ALIYILAZIM

6.  Bila terkena musibah dia mengucapkan INNALILLAHI WA INNA ILAIHIRAJI'UN

7.  Pada waktu malam dan siang, lisannya sentiasa membaca kalimah LAA ILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

Rasanya tak susah sangat kot nak buat...memang kita amalkan pun secara sedar atau tidak.. jomlah..kita beramal bersama2... semoga kita akan dicintai Allah,Rasul dan para malaikat...juga semua merka yang beriman

2 ulasan:

  1. cantik sangat bahasa tulisanmu.... alhamdulillah senang2 tag hamba utk nukilan yg lain .... selamat beramal..... alhamdulillah

    BalasPadam
  2. sma2 kita perbaiki diri utk mnjadi yg lebih baik sblm ketemu al Khaliq....
    Jgn kita terus terpenjara pd khilaf masa lampau

    BalasPadam