Ahad, 24 Jun 2012

Istiqamah Itu Yang Penting

Jauhkan diri kamu dari berdalam2 pada agama kerana bahawasanya Allah Taala telah jadikan agama itu mudah maka ambil oleh kamu daripadanya sekadar kuasa kamu dan bahawasanya Allah Taala kasih ia akan amal yang dikekalkan (riwayat Abu al Kasim)


Memang sungguh benar agama islam tu mudah tapi d sukar2kan. Kadang2 sesuatu tu d berat2kan hingga jd perselisihan.  bab2 khilafiah terutamanya.....suka sgt d bahaskan hingga akhir sekali saling tduh menuduh sdg itu dibenci Allah. Masing2 ada imam, ikutlah faham imam masing2... jgn kalau kita tak buat, kita mudah2 nak tuduh org lain salah lagi sesat.


Satu lagi berlebih2 dalam ibadah.  Memang le bagus kalau boleh beribadah dgn banyak tapi kalau tak istiqamah tak de maknanya jua... Bukankah terputus amalan kpd Allah kalau tak istiqamah. Lazimnya, kalau balik dari pengajian, usrah, baca buku ttg amalan org soleh n wali... kita mmg semangat nak buat apa yang deme buat tapi percayalah... lepas tu kita akan rasa penat krn kita buat di luar kemampuan kita. seminggu kita buat berpuluh2 rakaat smpai tak tidur malam tapi hanya itu kadarnya. hanya seminggu buat...bertahun2 lamanya...kita tak buat langsung... aduh.. apa baiknya!


Allah tu tidak pernah bersifat jemu untuk terima amalan kita tapi yang cepat jemu adalah kita manusia ni.  Jadi tak usahlah kita buat sesuatu yg d luar kemampuan kita.  Kita mulakan dari yg sedikit kepada yang banyak.  Wali pun beramal bermula dari bawah...pelan2 meningkatkan amal. Tak kan kita ni nak lebih wali dari wali kot hehe... tenang2 je... pelan2 pulun amal. dapat tahun ni 2 rakaat tahajud,tahun depan jadi 4...itu dah cukup baik kot. yang penting kita istiqamah... tak tinggal2 walau sekali...kecuali uzur syarie lah beb hehe... kata tuan guru, nak istiqamah ni mudah je... kalau le tertinggal solat sunat yang kita biasa buat, kita qada. Teringat Syeikh Abdul Kadir Jailani... bagaimana beliau qada bersungguh2 pd paginya krn ketiduran n lepas tu syaitan akan pastikan beliau tak ketiduran. hah...smpai syaitan pun gerun dgn cara beliau... Kita?.?.?


Jomlah kita sama2 beramal untuk dekat kepada yang sempurna.  Memadailah rasanya untuk kita wlaupun tak sempurna.

1 ulasan:

  1. Rasulullah SAW., “Beristiqamahlah (mantaplah) sebab kamu tidak akan mampu menghitung-hitung. Dan ketahuilah bahwa sebaik-baik pekerjaan kamu adalah solat sedangkan yang bisa menjaga wudhuk itu hanya seorang Mukmin.” (HR.Ibn Majah).

    BalasPadam