Sabtu, 23 Jun 2012

Karamah Yang Ku Cari....

Tengok murid2ku yang tekun berlatih silat...ingatan aku mengimbau kenangan dulu...
baru ada sikit jurus hehehhe...dah mula terfikir tentang karamah...hahahhaha... buat lawok! mana taknya, semua orang bercakap tentang karamah, boleh terbang, boleh jalan atas air bagai.. tok guru tu pulak alahaiii... .aku pun apa lagi..mula le pasang angan2.. bila agaknya????

Sekarang, aku dah mula faham..tak payah nak terbang bagai..cukuplah kalau dapat karamah solat awal waktu...itu cukup memadai. Nak solat pun payah, apatah lagi nak solat awal waktu.  Semuanya perlu mujahadah.. kena kuat melawan nafsu.  Senang ke nak solat?  Rasanya tak senang kot...solat tu akan jadi senang bagi orang yang sabar.  Kalau pun solat, ada yang sekadar solat..fikiran melayang ntah ke mana dan ada tikanya, bilangan rakaat pun lupa.. parah! Tak bestlah kan, kalau solat macam gitu. Ingat tak apa firman Allah dalam surah Al-Mau'un?
Neraka wail bagi orang yang bersembahyang yakni orang yang lalai dalam sembahyang itu.

Ermmm..takut.. kalau nak solat, kenalah kusyuk..serahkan diri betul2 kepada Allah.  Susah jugak nak capai kusyuk tapi usaha tetap kena usaha. Selalunya khayalan akan putus tiap kali kita melafazkan Allah hu Akbar. Maha suci Allah...hebat betul! Masa tu kembali mencari kusyuk dan itulah solat orang awam macam aku ni huhu...

Aku teringat  bagaimana Hatim Al Assam solat..bagaimana cara dia mendatangkan kusyuk... boleh ke kita buat?
Aku hadap kiblat dengan perasaan menghadap Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut dibelakangku.
Aku bayangkan berdiri di atas titian siratul mustaqim dan menganggap solatku itu solat yang terakhir lalu aku berniat dan bertakbir sebaik2nya.
Ketika aku solat, aku hayati bacaan dan doa yang diucapkan.  Fahamkan maksud sebelum rukuk dan sujud penuh tawadhuk.  Aku kemudiannya bertasyahud dengan ikhlas.
Boleh bayangkan..bagaimana kusyuknya beliau..MasyaAllah tabarakallah..  Kalaulah aku begitu... alangkah..alangkah...

Pernah aku ditanya muridku, kenapa ada orang yang rajin solat tapi buat maksiat, ke sana ke mari dengan boya friend, naik motor bagai... errkkk... apa ayat nak guna untuk jawab?
Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar
Al-Ankabut : 45
Allah tak pernah menipu, kita je kuat auta. Tapi macammana ek.. ada pertentangan antara perbuatan makhluk dengan janji Allah.  Allah tak pernah silap tapi kita yang silap.  Orang nampak kita solat tapi hakikatnya kita tak solat barangkali!   Mana taknya, time solat fikiran melayang ntah ke mana, bacaan pun tak betul, tumakninah barangkali tak de (maklum...nak kejar masa. orang sibuk katakan!).  jadilah macam ayam patuk padi.. (teringat aku dolu2...mak selalu cakap mcm tu...)
Sekiranya solat seseorang itu tidak menghalangnya melakukan kemungkaran, maka dia tidak solat.
Nah...hadtih dah katakan demikian...maknanya..kita tak solatlah walaupun orang nampak kita solat.  Jadi tak hairanlah kalau kita masih lagi bermaksiat kepada Allah.  Kita masih lagi tak mampu jadi orang baik2..orang dekat dgn Allah.

Jadi..jomlah kita bersolat yang sebenar2 solat dan jomlah kita mencari karamah...solat pada awal waktu.  dapat karamah ni pun memadailah.. bersyukurlah sangat. 

Aku pernah terdengar ada ustaz bercakap, solat yang kusyuk bermula dengan wuduk yang kusyuk... Wuduk yang kusyuk? hehehhe... maknanya fokuslah beb time angkat wuduk.  Maka aku juga teringin mencontohi Hatim Al Assam yang mengambil wuduk zahir dan batin.
Wuduk secara zahir ialah membasuh anggota menggunakan air.

Wuduk secara batin ialah mulakan dengan bertaubat.
Menyesali dosa2 yang telah dilakukan.
Tidak terlalu cinta akan dunia
Tidak berharap pada pujian
Meninggalkan sifat bangga diri, khianat, menipu, dengki...

Setelah angkat wuduk yang kusyuk...hadaplah Allah dengan penuh rasa kehambaan...InsyaAllah...Allah akan datangkan kita lazzah dan halawah dalam beribadah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan