Rabu, 20 Jun 2012

Taubat ke Tau Buat? ;)

DOSA? Yeah...hidup kita ni memang tak pernah lepas dari dosa.  Dalam berhati2 tak nak buat dosa, tetap juga TERbuat dosa... Boleh tahu ke yang kita ni dah buat dosa? dah berdosa?  Bole..bole.. mesti tahu punya yang kita dah buat dosa.  Caranya?

Lazimnya..kalau kita buat sesuatu tu, kita rasa tak tenang, kita asyik rasa bersalah je, tu yang jadikan diri kita resah, gelisah..itulah petanda kita ni memang ada buat dosa.  Dosa itu memang membuatkan kita jadi tak menentu.. kita takut kalau orang tahu apa yang kita buat.  Risau je tak memasal.  Kira standardlah,kan... kalau kita buat sesuatu yang salah, kita tentu tak nak orang tahu.  Kalau macam tu caranya, memang kita ni dah melakukan dosalah.  Jadi, dah faham,kan... bila kita buat dosa, kita pasti tahu...

Bila dah rasa tak tenang, resah gelisah je... boleh ke nak duduk diam?  Tentu tak, bukan?  Kita perlu cari ketenangan.  Bagaimana nak tenang?  Sudah tentulah dengan melakukan ketaatan.  Kena zikir banyak-banyak, ingat Allah banyak-banyak.  Bukankah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang....

Bila kita ni terlalu banyak dosa, seri pun tak naik muka sebab asyik cemberut je hehehhe...Itu tak kena, ini tak betul, resah gelisah.... sampai bila nak begitu?!

 Bila kita tahu kita berdosa, nak tunggu apa lagi?  Kita bertaubatlah!  Jom aku bawa anda yang ingin bertaubat melaksanakan 10 perkara terlebih dahulu....

1.  Lisan membaca istigfar

2.  Hati menyesali dosa

3.  Badan mencabut semula dosa

4.  Berazam untuk selamanya tidak mengulangi perbuatan dosa lagi

5.  Cinta akan akhirat

6.  Membenci duniawi

7.  Sedikit bicara

8.  Menyedikitkan makan dan minum

9.  Mengosongkan waktu untuk  ilmu dan ibadah

10.  Sedikit tidur

Mana yang paling susah nak buat?  Benci dunia?  Errmmm.... dunia bukan cantik sangat pun untuk kita cintai.  Dunia hanyalah seorang tua yang dah jalan terbongkok2, dah berkedut sana sini...dunia ni sekadar berhias untuk nampakkan diri dia cantik.. bila kita kejar dia, dia hepi lah.. kita kejar dia lari.. seolah-olah dia rupawan yang diharus dimiliki...  tak usah kejar, berhenti dan buat tak tahu je, jual mahal sikit dan dunia pula akan kejar anda... pasti! sangat pasti!

Sebenarnya, paling sukar untuk kurang bercakap sebab kita ramai kawan.  Kawan pejabat, kawan sekolah, kawan facebook, dan macam2 kawan lagi... Kalau tak banyak cakap orang kata sombong tapi perlu ke kita ikut rentak orang?  Ello.. nak masuk syurga neraka sok...sorang2 tau.. tak de kawan nak ikut! jadi..tepuk dada tanya iman

Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang banyak bercakap beerti ia banyak tergelincirnya.
Siapa yang banyak tergelincirnya beerti banyak dosanya.
Siapa yang banyak dosanya maka API NERAKA LEBIH LAYAK MEMAKAN DIRINYA.

Allah...takutlah kena bakar.. kena tinggal dek kawan rasanya tak le sesakit kena bakar.. jadi aku rela orang tak nak kawan sebab aku tak banyak cakap dari aku kena bakar...

Makan minum pulak macammana?  Bole ke nak kosong2kan perut atau makan sikit2 je?  Kata nak jadi wali.... wali Allah suka sangat lapar dan haus...jadi kena la ikut cara wali kalau nak jadi macam wali atau nak jadi wali ;)

Kita sentiasa sibuk dengan kerja.  Hari2 kerja..nak cari duit.  Nak hidup senang.  Ada masa sabtu ahad pun kena kerja.  Tak sempat nak pergi taman2 syurga.  Malang sungguh kita sebenarnya.  Aku ni pun sama...setiap kali Syeikh Nuruddin datang ke pengajian, ada je halangan untuk aku.  Jarang untuk berjodoh...akan datang ni kerana tuntutan kerja, sekali lagi aku terhalang untuk berjumpa beliau.  Dahsyat sungguh dunia ni...tapi InsyaAllah.. meski hanya seminit..aku tetap cuba untuk terbang ke pengajian dengan apa cara...semoga Allah memudahkan!  Rugi hidup kita ni kalau sentiasa terhalang untuk mengosongkan waktu bagi mencari ilmu...
Semoga Allah melimpahkan rahmat, mencurahkan anugerah...

Lepas ni, bagi yang banyak tidur, kita kurangkan tidur ek.... samo lah den... hehehheh
aku memang cinta tido... tapi bila ingat firman Allah, rasa macam tak mau tido hehehhe

Mereka (orang-orang yang bertaqwa) sedikit sekali tidur pada waktu malam
- al Zariyat :17
Dan di akhir malam, mereka memohon ampunan
:18

huhuhu... aku tak pernah bercita2 untuk jadi jutawan cuma nak jadi kaya...banyak duit sebab nak bantu orang yang memerlukan.. tapi cita2 yang paling tinggi melangit menjulang... nak sangat jadi orang bertaqwa.. ;)
Walaupun aku ni kurang cermat, kemurahanNya tetaplah luas....

Wahai Ku Azmiza yang banyak tidur dan lupa
kebanyakan tidur menyebabkan penyesalan
sesungguhnya jika kamu telah masuk kubur setelah mati
maka akan sangat lama untuk tidur
Apakan kamu wahai Ku Azmiza berasa selamat dari malaikat maut?
Bukankah telah datang kepadamu
penyeru dengan membawa bukti2 yang jelas

JOMLAH.... kita bertaubat...dari dosa2 kita yang kecil mahupun yang besar, yang nyata atau tersembunyi, yang sengaja atau tidak kita sengajakan.....

Dan bertaubatlah (kembalilah) kamu sekalian kepada Allah wahai orang2 yang beriman agar kamu memperoleh kemenangan (kejayaan)
al nur  : 31

Orang yang bertaubat itu kekasih Allah.  Orang yang bertaubat dari sesuatu dosa bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa lagi
(Diriwayatkan oleh ibn Majah dan Ibn Mas'ud ra)

Eermmm... tunggu apa lagi? jom..kita kembali kepada ALlah
kita kembali menjalankan syariat Islam dan hukum hakam yang ditetapkan al Quran dan sunnah.
Jom...kita berjihad.. perang nafsu kita... hancurkan syaitan yang membelenggu kita dari bertaubat dan menjalankan ketaatan.

Jom...ku azmiza!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan