Rabu, 19 September 2012

kaku beku membisu...itulah aku...

Lama amat rasanya tidak aku di sini...menulis apa mahunya tanganku ini...
banyak sangat rasanya untuk ku titipkan di sini terutama pada bulan ramadan lepas...
aku ingin ceritakan karenah bulan ramadan,
aku ingin khabarkan pecutan akhir bulan ramadan,
aku ingin kongsikan banyak cerita tapi alangkah malangnya...
demi pegang saja komputer ribaku.. tanganku kaku membeku...
Allah tidak mengizinkan aku untuk menarikan jemari laju..
tidak aku mahu pertikaikan di mana silapku..
hanya saja kerana aku terpaku membisu..

Allah hu Rabbi...
hanya Engkau yang tahu segala
kenapa dan mengapa ideaku tidak tercurah
sehingga saat ini..
banyak yang mahu aku titipkan
tapi tak mampu aku lahirkan...

Demi Engkau Allah
yang memegang roh dan jiwa
yang mengatur alam semesta
sesungguhnya... aku amat cinta!

1 ulasan:

  1. Allah aturkan sgla yg berlaku tp hanya untuk diri akak sahaja, bukan untuk dikongsi di sini...itu sebab Allah x izin akak menulis di sini (^_^)..bila di izinkan, akak akan berkongsi jg kt sini untuk di ambil pengajaran oleh pembaca-pembaca...

    BalasPadam