Sabtu, 29 September 2012

Kisah Guru dan Murid

Sedang kalut menyelesaikan masalah seorang budak yang tak reti2 bahasa, muncul seorang murid ting 4...menangis2 mcm kena rasuk.  langsung dia duduk bersila di hadapanku sambil bersungut2 dengan air mata yang mengalir deras...


Saya  :  OOiiihhh  awat ni...?
Murid:  Cikgu tu tuduh sy mencuri...! Saya mana ada mencuri...(mulalah keluar macam2 perkataan yang tak patut keluar dari mulutnya..)

Ceritanya...dia dituduh seorang guru mencuri duit rm50 ketika dia disuruh ambil barang dalam bilik guru tersebut.  Kelihatan dia sangat bengang dengan situasi tersebut dan aku... aku senyum, aku ketawa dan aku marah.  Aku senyum melihat dia menafikan dia mencuri, aku ketawa bila dia menghempas2kan pahanya ke lantai dan aku marah bila dia memaki2 guru tersebut.

Aku tidaklah pandai memujuk tapi aku tak suka tengok orang menangis, aku benci lihat orang membebel2 memaki!  Dengan penuh kasih sayang, aku katakan....

....., kenapa awak nak marah2?  kenapa awak nak memaki2? Dosa yang kita ada sebelum ni tak tertanggung, nak tambah lagi ke dengan dosa baru sedangkan sekarang ruang untuk awak bersihkan hati....

Dia mengangkat muka dan memandang aku dengan air muka yang tak faham.  Air mata masih lagi mengalir... Aku menyambung..

"Kenapa awak tak mahu pandang hikmah di sebalik kejadian ni?  Awak nampak tak apa yang Allah nak didik awak?"  Dia menggeleng.  "Allah nak didik awak seperkara hari ni... awak tak boleh masuk bilik orang lain bersendirian.. bilik sesiapapun.. Kalau barang hilang, orang takkan tuduh orang lain walaupun barang tu hilang sebelum awak masuk ke bilik tu kerana awak dilihat sebagai orang yang terakhir masuk.  Lain kali, kena berteman supaya tidak terfitnah!  Cuba awak renung balik, bagaimana beruntungnya awak kerana dididik Allah."

"Awak menangis air mata darah sekalipun, orang tetap akan tuduh awak kerana awak orang terakhir yang dilihat masuk ke bilik tu.  Apa kata kita bersihkan hati kita dari marah dengan membuat sesuatu yang terbalik"  Sambil mengusap air mata, dia bertanya caranya.  "Awak ada tak rm50?"  Dia mengangguk.  "Kalau macam tu, esok datang sekolah, bawa duit tu n bagi pada cikgu .......  Sambil hulur duit, awak cakap, cikgu, saya tak ambil duit tu tapi saya serahkan duit ni kepada cikgu sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan sebab cikgu mengajar saya.  Allah tu maha melihat cikgu, dan Dia tahu saya tak bersalah.  Semoga Allah tunjukkan kita kebenaran!"

"mana boleh maki2 cikgu, nanti ilmu tak berkat.  Apa pun tak guna tau.  kena tuduh dapat, dosa dapat...semua percuma je... ish..ish..." Esakannya menghilang dan dia mula tersenyum... aku sambung lagi, " esok hari Jumaat yang penuh barakah.  lepas baca yaasin esok, kita doa sama2...semoga kebenaran itu muncul".  Dalam diam, aku mengharapkan Allah tunjukkan kebesarannya kepada murid aku yang seorang ini... "Ingat....., Allah tu maha segala.  Allah nak bagi sesuatu untuk awak yang awak tak jangkakan.  Allah nak perlihatkan betapa Dia tempat kita bergantung"

Dia mula tersenyum manis dan terus berdiri.  "Awak ok ke?"  Dia mengangguk dan berjanji untuk berpaut kuat kepada Allah. "Macam tu, baru saya sayang hahahha...."  Selepas mengucapkan terima kasih, dia bersama2 dua orang lagi kawannya meninggalkan bilikku.

Selang 10 minit, dia menjerit di pintu...memberitahu bahawa kebenaran telah ditunjukkan Allah.  Cikgu tersebut berjumpa dia ketia dia sedang berjalan untuk pulang dan memberitahu duit tersebut sebenarnya terselit dalam beg... bukannya hilang.  Cikgu tersebut memohon maaf dan menghulurkan rm10 sebagai hadiah menebus kesilapannya.  "ermmmm... kan beruntung.. lepas ni hubungan dengan cikgu tu mesti rapat n dapat duit lagi..kan ke beruntung tu!"  aku bercakap sambil mengenyitkan mata.  "Kalau lepas ni, tak kasihkan Allah, tak nampak kasih sayang Allah, tak nampak kebesaran Allah, tak tahulah kan...kan..." Dia yang tahu aku menyindir tersenyum lebar...selebar senyuman aku....

Berlalulah dia pulang dengan senyum manisnya kerana telah hilang beban di jemalanya dituduh sebagai pencuri dan aku melihat2 diri aku sendiri... apa sebenarnya yang Allah cuba sampaikan kepadaku melalui langkah MIA ke bilikku....

DAN AKU TAHU....APA SEBENARNYA YANG PERLU AKU AMBIL IKTIBAR.
TERIMA KASIH, YA ALLAH......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan