Ahad, 30 September 2012

Biadab Sungguh....

Dari jauh kulihat wajahnya mencuka.  Kelihatan dia berjalan dengan agak payah lantaran beban pada kakinya.  Dalam hati meneka...mesti ada masalah!  Setiap kali bertemu, berselisih, dia pasti akan menceritakan masalah murid2 yang agak biadab...dan kali ini..

"Akak tahu tak...budak ni dia boleh letak gambar saya kat fb n tulis nama saya cikgu ...........(aku sendiri tak de kekuatan nak tulis gelaran2 padanya)  dia hina saya.  tlg ambil tindakan,kak" Wah, melampau!  memang biadab dan aku berjanji dengan dia, aku akan ambil tindakan.  aku meneroka fb dan mencari bukti...sah... budak ini memang biadab dan aku memulakan siasatan.  Ternyata Allah sentiasa memudahkan dan pada hari yang sama aku dapat kenal pasti budak tu meskipun dia create akaun fb dengan menggunakan nama orang lain.  Terperanjat...budak perempuan rupanya sedangkan dia gunakan nick lelaki.

Aku berkira-kira...apa nak aku lakukan pada budak ni.  Nak pukul? Nak penampar? Nak belasah? Hati aku memang membara.... istigfar ku, istigfar... dibisik halus pada hatiku.  Aku tenangkan diri... aku minta tlong pada seorang murid untuk memanggil budak berkenaan.

Demi terpandang budak tu... terangkat punggungku dari kerusi secara automatik serentak dengan tanganku terangkat tinggi.... Syukur...syaitan gagal terus menerus menguasaiku...aku tarik nafas dan aku mula bertenang...aku renung muka dia...Allah hu Akbar, nampak naif sangat.. datang pula dari kelas yang baik..  kenapa la kamu macam ni... mencaci maki guru,, memberi gelaran pada guru.  Aku tak dapat nak fikir cara terbaik menjatuhkan hukuman melainkan memberi amaran, menghulurkan borang merah dan memutuskan dia untuk menulis istighfar sebanyak 1000 kali.  dengan demikian, semoga bersih sedikit pada hatinya karat2 dosa dan ada juga point yang dia bawa ketika dia bertemu Allah nanti.


Wahai murid-muridku



Setiap muslim mesti menjaga lidah daripada ucapan yang menyakiti orang muslim atau merendahkan darjatnya.

Allah jua telah memberi peringatan dalam surah al-Humazah
"KECELAKAAN BESAR bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"

Begitu jua Allah ada berfirman dalam surah al Hujuraat
"Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan GELARAN YANG BURUK"

Bawa2lah sedar bahawa merendahkan dan menyakiti seorang muslim adalah haram.  Kenapa suka sangat pada yang haram sedangkan ruang untuk menambah pahala terbentang luas....

Aku percaya,bukan hanya budak itu yang bersikap seperti orang tak de agama tapi ramai lagi di luar sana... hari ini seronok sungguh lidah dan jari berkata2... tapi tengoklah nanti bagaimana cara Allah menjadikan lidah kamu tidak lagi mampu bertutur dan jemari kamu tidak lagi berfungsi... paling parah jika Allah hentikan aqal kamu untuk berfikir... Awas.. didikan Allah tu keras... jangan terus jadi orang yang CELAKA!

Sesiapa jua tidak boleh menjangka... apa balasan akan tertimpa ke atas kita...
Bawa-bawalah bertaubat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan