Rabu, 14 November 2012

Agar Kau Mengerti,Adikku



Aku enggan menjadi burung helang
kerana bebasnya dia
mendatangkan sifat memunya
sedang aku ini dipunya
Aku melihat melalui mata halusku
tidak dengan bulat membesar kantaku

Tiadalah aku terkilan
tiadalah aku rawan
pada setiap perkataan
kerana itu makhluklah jua
sedang yang kusembah Tuanku semata
tiada sedikit aku terkesan
kerana hati sudah penuh terisi
hanya Dia dan Dia

Tiada kupandang makhluk
melainkan hanya seperti habuk
diterbangkan angin
menghilanglah ia
Kupandang yang satu
Dia segala
kerana aku ingin dipunya

********

Aku merasa Dia dengan qalbiku
alangkah malangnya aku
jika kumasukkan selainNya

Tiada pernah aku disakiti
tiada sesaat merajuk di hati
diamku bukan benci
tapi diamku mencari
diamku meneliti
diamku memahami
diamku mengukuri
diamku menyendiri
lantas mensyukuri

Kau takkan mengerti
betapa bagaimana aku berdiri
sehingga lenguh terasa sendi
namun tak jua aku mahu berlari

Dengar adikku
andai kita terbang bebas
saat itu kita mendabik dada
kita tak mampu kenal tuan
kerana kita punya kehebatan
Percaya kataku
terkurung itu lebih indah
kerana disitu lahir mahabbah
kau akan mengerti suatu saat
ketika kau merasakan Dia hanya Dia
bersemadi diqalbimu kau merasa

Aku dipimpin ALlah
aku dibimbing Rasulullah
tiada lari aku dari keduanya
sehingga aku menutup mata
Datangkan padaku makhluk bercerita
pelbagai bahasa
pelbagai gaya
tetap jua kulihat Allah
kutatap Rasulullah
Andai dia jua bersama beserta
aku pasti bersedia
bersamanya melayar bahtera
dilautan cinta
sehingga kami karam
dilautan kenikmatan

adikku
tiada aku berpaut pada makhluk
melainkan kebergantunganku pada yang satu
cemburulah adanya Tuan ku
andai Dia aku sekutu

aku berjalan penuh adab
demi menuju Dia yang satu
dan Dia pasti berlari mendapatkanku
justeru Dia tahu aku merindu
Tak pernah sekali Dia berdusta
andai aku berjalan menujuNya
Dia akan berlari mendapatkanku jua

maafkan aku...
keterlaluan aku di sini
dadaku telah sesak
jiwaku telah sempit
diriku telah kaku
hidupku seolah membeku
lantaran cinta dan rindu
kini
telah aku serahkan diriku
untuk Dia tanpa ragu

Telah aku selubungkan wajahku
diriku
zahirku
bathinku
aku enggan dilihat sesiapa
enggan  melihat apa-apa jua
melainkan Dia...

********
uhibbuki fillah

23 ulasan:

  1. aku hanya mampu tersenyum riang. pabila kau menetapkan pendirianmu...hatimu adalah milik cinta utama, dan taatilah cinta pertamamu sehingga hujung nyawa...

    BalasPadam
  2. Hanyalah Dia yg nyata
    yang lain binasalah jua....

    BalasPadam
  3. Nabi Muhammad Saw pernah berdoa: “Ya Allah, anugerahkanlah aku (untuk) mencintai-Mu, mencintai orang yang mencintai-Mu dan mencintai apapun yang bisa mendekatkanku untuk mencintai-Mu. Jadikanlah kecintaanku pada-Mu menjadi (hal yang) lebih aku cintai daripada (kesukaanku pada) air yang dingin.”

    Wahai yang dikasihi Allah,cintamu hanya milik dan kepada Allah lah jua....itu merupakan kesempurnaan yg hakiki tiada lain kecuali milik Allah dan setiap yang tampak sempurna dari dirimu @ orang lain adalah dari dan kerana Allah....

    BalasPadam
  4. ya Allah...aku memohon kpdMu kebaikn yg tlh dminta oleh nabiMu, Muhammad saw,
    aku brlindung kpdMu dr kejelekan sebagaimna yg tlh dminta oleh nabiMu, Muhammad saw
    Engkau adalh tmpat minta tlg n hanya Engkaulh yg mngabulkn doa. Tiada daya n kekuatan kecuali dgn izin Allah.

    Ya Allah... tunjukknlh diriku dlm kebenaran n istiqamahkn diriku dlm amal kebaikan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...Amin Ya Rabb....

    Al-Junayd r.a. berkata "Seseorang tidak akan sampai kepada Allah kecuali melalui Allah. Jalan untuk sampai kepada Allah adalah mengikuti al-Mushthafa SAW".

    BalasPadam
  6. sesungguhnya prktaan yg plng benar adalh kitabullah n sebaik2 petunjuk adalh petunjuk Muhammad saw.
    Seburuk2 prkara adalh yg d ada2kn n itu adalah bida'ah. setiap bida'ah itu adalh kesesatn n setiap kesesatn itu ada d dlm neraka

    BalasPadam
  7. sy suka pic profile ni...wajahmu sayu....hehe....

    Setiap perbuatan tanpa mengikuti Sunnah adalah batil. Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang mengabaikan Sunnahku, haram baginya syafaatku."

    BalasPadam
  8. sayu lantaran merindu
    ecchheeeewah.....

    jd skrg sy nk amik sunnah....
    teman nk pegi umah kome...ziarah...

    BalasPadam
  9. ehhhh...
    awok ni nk g umah mike...

    hehe....

    BalasPadam
  10. sila sila.....kerinduan itu terisi penuh di qalbimu

    BalasPadam
  11. jiwa n fikiranku tlh kenyang dgn kerinduan... echeh..cheh...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah....kekalkan ia sehingga saat menemuiNya....

    Rasulullah yang mulia menyebutkan bahwa salah satu tanda orang yang beriman ialah mempunyai kecintaan yang tulus terhadap kaum Muslim.

    BalasPadam
  13. ehem....
    ehem...

    cinta sungguh...
    mengalir terus dr nuraniku...

    ♥♥♥♡♡♡
    wow!

    BalasPadam
  14. jika cinta maka bilanglah cinta....hehe

    mereka yg cintai, dia rela menanggung penderitaan, tak melakukan sesuatu yang menyakiti org lain dan sentiasa memohon ampunan dari setiap hal..

    BalasPadam
  15. dah karam dah...xleh bilang2 lg dah... hehe...

    fana ul fana

    BalasPadam
  16. beruntung la dh karam...lg beruntung sbb dah fana...

    teruskanlah apa yg kamu lakukan wahai kakak...moga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya keatas dirimu dan moga dilindungi dlm setiap perjalananmu...

    BalasPadam
  17. kata p la...hahahaha
    karam tu apa... fana tu apa pun sy tatau...
    main belasah sebut ja...heheheh

    BalasPadam
  18. sy hnya senyum n dlm otak pk Allah je....

    BalasPadam
  19. baguih...baguih...

    n sy...
    dok fikir nk minum kopi cicah biskut tp....
    td dr kt gula dlm darah sudah tahap berjaga2 maaa...
    erggghhh....

    BalasPadam
  20. Den cayo my lovely sister nie ittiba dgn Rasulullah saw....

    ala, doc sajo nak gertak tu...dia nk suh habiskan ubat kt tmpt dia....

    BalasPadam
  21. itulh untuk dteladani jejak langkahnya...
    MADAD YA RASULALLAH.

    baginda yg lebih dcintai dr diri send n lain2nya...

    tak...bkn gertakn tp knyataan....dh buat test. xpe.. sakit tu kn utk ilngkn dosa2 kecik.alhamdulillah.
    taon depan sy ingat nk operate lh.. serah diri pd Allah...

    BalasPadam
  22. sy dh bace kisah labu tu... :)

    sakit apa?

    BalasPadam
  23. sedapnya labu ya Allah.
    2 mlm lepas mimpi ada kwn masak labu n hidang atas meja.tgh marah time tu sbb ada org paksa beli minyak wangi yg bau busuk sp dimaki2...demi nmpk labu..ingat Rasulullah..terus sejukkkkk hati ♥♥
    mlm td mkn pulut putih..ermmm...
    adik mimpi lg hebat hehe.. perghhhhh....

    sakit sy ni le...dh xleh tangguh dah..kna buat jugak. klu sy mati.. awak amik phone sy.. cri no tel sobat sy..guru sy..mursyid sy...bgtau dia eh.. ni wasiat!

    BalasPadam