Rabu, 7 November 2012

Aku Terima Nikahnya......

Andai takdirnya
kita berpindah rasa
berubah cara
tidak lagi bisa bermesra
tiada lagi gurau senda
sirna sudah ketawa bahagia
Harus aku akur
kerana aku melihat Dia
tatkala terlihat kamu
bilamana terimbas kamu

Kiranya
aku bersedia
melontar jauh hawa nafsu
demi Dia yang satu
yang ingin aku tuju
sebagaimana kamu tahu
Tujuan kita sama
meski kita tidak bersatu

Ingin aku di jalanmu
mencari Dia yang satu
Bersamamu melaungkan Dia
disisimu menjeritkan Aku
berpadu kita gemakan namaNya
dengan rasa kasih........ berpadu

*aku bersedia untuk terima nikahnya......kerana Dia yang aku tuju

4 ulasan:

  1. kehidupan itu peradaban
    adab itu tuntutan
    dalam setiap perjalanan
    Dan saya...
    akan menyingkirkan segala nafsu
    mujahadah untuk menangkan aqal
    demi menjaga memiliki sang raja
    bagi menentang segala rasa
    demi terima nikahnya..

    yakini saya
    Allah sedang menjawab permohonan saya
    mana mungkin saya menolak
    hanya kerana nafsu bergejolak
    Kita berteman atas landasan iman
    membawa kita pada keredaan
    kerana akhirat jua kekal
    Tiada bersatu di dunia
    tiada bermakna akhir segala
    kerana ruang terbuka luas untuk kita
    menyelusuri jalan bersama
    untuk sebuah kebahagiaan di SANA....

    *AKU TERIMA NIKAHNYA....

    BalasPadam
  2. Uppsssss!!

    Aduhai adinda aduhai hambaNya,
    Lenggok bicaramu tidak terduga,
    Kelu lidah ku melontar rasa,
    Gugur uban mu sebagai petanda,
    Dunia ini pula hanya sementara..

    Adapun diriku muda remaja,
    Baru merangkak mengenal si Dia,
    Yang seusia dengan ku telah berjaya,
    Menuntut kasihNya sepenuh jiwa,
    Banyak ku tak tahu, banyak ku bersedia

    Adapun dirimu sudah pun tua (heheh)
    Tinggi maqam mu, sering dicuba
    Kuat iltizam, ilmu didada
    Mana mungkin kita senada
    Ketuaan mu, keremajaan ku...mana serupa (hehe)
    Maafkan diriku suka bercanda
    Mengharapkan dirimu berada suka,
    Senyum dibibir menghilang derita
    Ternyata sudah kau pilihan si Dia

    Teruskan menari wahai Puteri,
    Dipentas tarian, lantainya misteri,
    Mari mengucap kalimah Illahi,
    Rindu sang sufi tidak terperi,

    Kepada pembaca, jangan tersangka,
    Aku dan dia bukan bercinta,
    Bahasa kami bahasa pecinta
    Mencintai Allah Yang Maha Mulia,
    Dalam mengenal diriNya Yang Nyata,
    Harus mengenal diri sendiri mulanya,
    Atau pun jua cara kedua,
    Mengenal diriNya pada awalnya,
    Baru lah mengenal diri kita yang hamba.

    Walau apa, kasih mu ku simpan,
    Kerna hatiku hanya padaNya,
    Si anak isteri harta dan dunia,
    Mereka menghilang entah kemana,

    Bagi diriku ada pun jua,
    Menurut Nabi yang sangat mulia,
    Cemburu Saidinatul Aisyah r.a kerana dia,
    Saidinatul Khadijah selalu bersama,
    Hidup dan mati, terkenang lah jua.

    Namun aku
    Sungguh mengerti,
    Bukan niatmu menjadi isteri,
    Hanya kerana Dia yang misteri,
    Ujud insani menilik Yang Maha Suci,
    Apa pun jua kata mu nanti,
    Aku sungguh amat menyenangi,
    Teguh dirimu atas sahabat
    Yang berpaksikan NAFI DAN ISBAT.




    BalasPadam
  3. erkkkk

    Wahai kanda, kekasihNya
    dinda mahu redaNya jua
    untuk memandang puas wajahNya
    Justeru perlu kubersihkan jiwa
    biar tenang selamanya
    tapi bagaimana mampu kugapai
    andai tiada kukenal Dia
    andai tiada kurasai Dia

    Akalku ini hanyalah sekadar tahu
    bukannya alat untuk merasa
    qalbi itulah perlu kujaga
    demi untuk merasai Dia

    Bagaimana untuk kurasai Dia
    andai kotor qalbiku jua
    untuk itu
    kuperlu kamu
    mendidik hatiku
    memimpin jiwaku
    menuju yang satu
    bimbing kucuci sehingga suci
    biar bersinar terang gemilang
    agar Nurullah dapat menyelinap

    Bersamamu menyelusuri jalan
    tentu aku bukan hanya tahu
    malah aku akan kenal
    biar hatiku hampir dengan Dia
    terangsang dengan kebesaran dan keagunganNya
    agar dengannya
    terpenuh diriku rasa kehambaan
    Aku mahu hati rasa bertuhan
    ingin kumabuk dengan Dia
    kerana takut jua rindu di jiwa
    ingin kukaram dalam lautan cinta
    hingga kurasakan mati sebelum ajalnya

    Awwaludin makrifatullah
    4 jalan mahu kutempuh kugagah
    bagi menuju ke hadiratnya Allah

    Mari....
    kendalikan diriku
    kawal gerakku
    sentuhlah qalbuku
    belailah jiwaku
    segarkan rohku
    sehingga aku merasakan nikmat
    tajalli af'alullah
    cukuplah untukku jua
    yang baru belajar untuk bercinta
    Aku ingin merasakan mati
    sebelum kurasakan mati hakiki
    bawalah aku menikmati
    indahnya mati sebelum mati

    *****
    uhibbuka fillah

    BalasPadam
  4. Ucap Ibn A'taillah
    "Siapa yang tiada permulaan yang bersungguh maka tiada pengakhiran yang bersinar"

    makanya kini
    ketahuilah olehmu
    aku telah lama berdiri
    menunggu masa berlari
    terpimpin qalbi...
    Nur Ilahi aku kejari

    BalasPadam