Selasa, 6 November 2012

Nafsu Oh Nafsu....

Sambil melayan mata yang mahu tido, bawa2lah kenangkan balik apa yang kita buat sepanjang hari, jangan dok tengok yang baik2 yang kita buat...tengok apa yang tak baik kita buat... yang kita lagho sepanjang hari. Itulah pesanan yang InsyaAllah..takkan aku lupa. Dan aku cuba melaziminya hingga ke saat ini. Sambil layan mata, layan kesilapan...Ustaz Pahrol juga sedang bercakap menembusi telinga, peneman sehingga aku lelapkan mata.. otak bekerja untuk 2 perkara..hishhhh... boleh ke? Bole la...dari tak dak apa nak buat.. khayal dan mendengar orang bagi nasihat...InsyaAllah...dapat le sket2

Mata hampir terpejam saat terdengar Ustaz Pahrol berbisik... Musuh kita ni luar dan dalam.. Kadang2 kita rasa musuh dalam selimut tu jahat... kita cuba jauhi musuh tu tapi kita selalu terlupa musuh yang sangat dekat dengan kita, siap dok dalam diri kita lagi...!  Terbuka luas mataku yang memang sedia besar ni...hehhehe... ermmm.. hebat!  Apa yang Allah nak pimpin hati aku malam ni...

Aku dengar, aku fikir...aku fikir aku zikir...nah.. ternyata musuh dalam selama ni jadi sahabat...  dok pandang musuh zahir je... orang kafir, orang munafik, orang Islam yang penuh hasad....kita marah orang2 ni...tapi tak pernah nak marah pada diri sendiri eh... kenapa tak nak perangi musuh bathin.  Ternyata..nafsu syaitan yang harus kita perangi..kita tunduk akan mereka..eh... bukan kita, aku ni..aku ni...!  Sket2 nak marah, sket2 nak merajuk, sket2 nak terasa hati...apalah aku ni! Prasangka je tak habis2... sedangkan tak de benda pun yang nak di prasangkakan.. tidakkah  itu menurut nafsu syaitan belaka.. pecah belahkan semuanya!  Ermmm... tilik diri..tilik diri...jangan dok tilik orang! pandang gajah kat depan kita ni..sat lagi kena pijak, mati kita sia2...

Licik kan...musuh bathin ni. Halus je.. kadang2 rasa buat tu betul tapi tak betul dalam pandangan Allah.  Rasa beramal dah banyak sangat ni...tapi habis semuanya..muflis! Semuanya kerana terlupa, terleka!  Benar kata Ustaz Pahrol
kalau kita kalah dengan musuh bathin, musuh zahir jua akan menang ke atas kita.
Pandang2lah sejarah ...kat situ nanti tau macammana orang yang kalah dengan musuh bathin akan hancur kerajaannya.

Kalau setakat virus H1N1... kalau kena.. meninggal.Habis cerita kat dunia, cerita kat dalam, tengoklah pada rahmat Allah..tak boleh nak cakap.  Sape kita nak tahu panas sejuk kubur orang, kan?
Masalah ni virus nafsu... tu dia aih...  kena virus ni...bukan derita kat dunia je chek... sampai kat akhirat sok merana derita jiwa.. tak percaya?  Percaya la... buka la Quran, tengok la hadith.  Kan Rasulullah dah pesan... takkan sesat kita ni kalau kita pegang kuat pada 2 perkara tersebut.  Mana taknya... kena virus nafsu ni... habis mai semua sifat2 mazmumah.  Mazmumah dah banyak, mahmudah memencilkan diri lah... kat hati kita ni yang, mana bole bersatu 2 benda yang berbeza... 1 jahat 1 baik... tak boleh!  Selalunya hat yang tak baik tu yang menang, kan.. kan...

Kalau rasa nak hapus virus ni... tak payahlah kot.. payah! Bukan senang..
apa kata kita urus je nafsu ni... cara nak urus...jom kita tanya mursyid masing2?  eh...mursyid?  ermmmm... awaklah mursyid saya.. :-D
tengok murid awak ni membebel (awak???erkkkk..saya nak panggil apa? panggil awak le,kan? tak beradab..ishhh..).. saya nak beri kefahaman pada diri saya ni.. kot2 orang lain dapat tempias, saya ada juga bahagian,kan?

Kalau kita masih lagi duduk pada nafsu ammarah...alangkah..alangkah.. jangan la...minta dijauhkan Allah.  Dok kat sini, masalah lah kot eh... mana taknya, asyik seronok, lazat buat jahat... bangga dengan kejahatan sendiri.
Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh pada kejahatan...
aduhai...aduhai...
Malam buat dosa, Allah tutup segala aib, mai pagi...dengan bangganya dok cerita kat orang betapa hebatnya kita bermaksiat.  Mak aih.. daringnya... semoga Allah selamatkan kita semua eh...bagi hidayah n taufik pada orang yang sebegini.  Kalau boleh semua nak syurga,kan?  Orang2 ni pun takut kat neraka, tapi apa nak kata...nafsu tak mampu diurus dengan betul.  InsyaAllah..nanti hadir didikan daripada Allah sehingga mereka mampu berubah.  Hati ni Allah yang genggam... Dia nak balikkan kejap je... hari ni kita rasa kita baik... esok lusa sapa tau.. orang yang kita nampak tenggelam dengan nafsu berubah jauh lebih baik dari kita.  Aku insaf..insaf...tak mau nak pandang orang yang bermaksiat pada Allah sebelah mata.. takutlah ai... sat lagi..Allah nak duga.. makan tak habih!

Masuk nafsu lawamah... ok dah la sket.. kalau dah boleh menyesal tu satu perkembangan yang baiklah, kan. Cuma kekuatan tak de nak terus berubah jadi hampir pada sempurna.
Aku bersumpah dengan nafsu (jiwa) yang amat menyesali (dirinya sendiri)
- al Qiyamah : 2 

Kesal.. buat..kesal..buat.. heheh entahlah!

Time ni.. bila buat maksiat tak le rasa hepi...pastu rasa bersalah je.. erkkkk... aku la ni hehehhe.... time buat kebaikan lak..tak de la pula rasa manis..ishh.. payah dok kat tengah2 ni eh...
Orang2 macam ni suka majlis ilmu..dengar itu dengar ini, ceramah itu, ceramah ini... tapi hati rapuh sket... masa tu punya la nak berubah... tapi lepas tu lalai... Allah hu Rabbi...Dia jugalah yang punya kudrat...tiada apa kita ni kalau tidak dengan pertolongan Dia.  Kesian eh... asyik cela diri...buat lagi.. cela diri..ulang lagi.  Sampai kapan dong????? Azmiza..Azmiza... sampai kena kapan ka, chek??????

Masuk kat peringkat mulhamah ni rasa best sket kot... untuk orang awam macam aku ni... dah dapat bisikan yang untuk buat kebaikan.. qarin pun dah  kalah sket time ni kot...
time ni dorongan nak buat baik dah ada dah... kekuatan nak buat kebaikan tolak kejahatan..InsyaAllah.. Allah dah pinjamkan dah...dah rajin muhasabah, muraqabbah... nak jauh2 dari dosa... wow! dapat macam ni...dah kira Alhamdulillah.
Mana taknya...dah boleh disiplinkan diri dengan perkara2 yang baik... nak kawan pun dengan orang yang seia sekata dengan islam.. fuh! syok eh...
Orang macam ni..buat lah silap..tapi sekali sekala la...terlanjur. bukan nak pun, tapi ter... hehe  ALlah hu Akbar.
Time ni...orang ni akan rasakan...dah sedar... dia memang perlukan satu suasana yang kondusif...
cer tilik2 faham2 ayat ni.... 
Maka menunjukkanlah Dia kepadanya akan kejahatannya dan kebaikannya... Asy Syams : 8

Mutmainnah... hu hu..  di manakah gerangan engkau wahai nafsu mutmainnnah???
Mahal harga syurga Allah,kan..? Time ni dah tak payah nak mujahadah dah.... memang dah peringkat yang diredai Allah dah... Syurga Allah?? ya...dengan rahmatNya jua tidak bersandar pada amal pun....
Kalau tengok maksiat... dah tak dak dok geleng2 kepala, tengok balik...geleng2 kepala tengok balik hehehhe.... masa ni dah pandang maksiat macam pandang taik ayam.. jijik! Ermmmm... kalau dok kat Mulhamah..kita masih lagi berjuang menahan diri...dok kat sini...tak dak dah.. memang benci meluat dgn maksiat., pada kejahatan.
Orang dok kat peringkat ni.. kalau le dia pergi 1 tempat.. dia dapat beri ketenangan pada orang kat situ... dialah penyejuk pada suasana yang tegang, penawar pada masyarakat... Musuh bathin? pegilah kau jauh2...tak de nak berani hampir..
Ya Allah... seronoknya!  Seronok je pun tak guna jugak eh.. kalau tak ambil apa2 tindakan.
(dan aku mula berangan2...hehehe... bukan kena bayar pon... kamu ni! apapun tak bley!)
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu.  Dan masuklah ke dalam syurgaKu    Al-Fajr : 27-30
Aduhai.. saat iman lafazkan ayat ni dalam solat.. boleh buat air mata mengalir tanpa sedar tau!  Bila agaknya 'imam' aku nak baca ayat ni hari2 di telingaku.. bila, awak?

Moh le... kita urus hati ngan nafsu kita.  Membebel berjela2.. ntah aku buat ntah idak...
ampunkan kejahilan aku ya Allah... pinjamkan aku kudratMu untuk aku melakukan semua kebaikan bagi meraih redaMu...

Aqal umpama bendahara, nafsu umpama penjahat, hati pula RAJA.
Aqal ngan nafsu dok perang je... nak menguasai raja.. sapa kuat dia le menang...
kalau nafsu kuat, nafsu menang, aqal mula menunduk...tunggulah saat kehancuran. pergghhhh...  jadi?? Nak tunggu lagi.  ???

terakhirnya... wahai azmiza
jika iman tu kuat, iman tu kental...hubungan dengan manusia jua akan kuat
kuat kasih sayang akan Allah...kuat jualah kasih sayang yang akan diberi pada makhluk...

akulah aku...yang sentiasa memburu ..
memburu reda
memburu cinta


jom... kita p galeri IKIM sama2.. daripada layan angan2..baik kita layan suara2 yang mengajak pada kebaikan!




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan