Sabtu, 10 November 2012

Kisah Seorang Dia...bernama suri....


1.
Mahu ke mana isteriku?
sebagaimana lazim,sayangku
Aduhai sayang,
sakit rasanya badanku....
mari ke mari
betulkan uratku!

2.
cantiknya isteriku
ke mana mahumu?
Ke satu tempat yang abang tahu..
dengan senyum dia diberitahu
Sekuntum senyuman sirna
demi terpancul ayat....
bukankah kita harus pergi
rumah ibu perlu bertamu?

3.
Siapkah sudah makananku,sayang?
aduhai suami..sudah siap terhidang
ayuh kita rasakan nikmat Tuhan...
Hidungku dicuit
daguku dipicit
sudah bersiap cantik isteriku
mahu kiranya kuajak ke pantai?
di sana ada laut kesukaanmu
ada jua pahala katamu
selain memandang wajah ibu

4.
Sudah siapkah, isteriku?
ini kubeli sesuatu
mahukah sayangku selesaikan dulu?

Dengan mata yang sayu
nada yang sendu
aku reda, sayangku.....
kerana Allah yang tuju
reda Allah yang kucari
melalui syurga di bawah tapak kakimu....




LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA


2 ulasan:

  1. Itulah watak
    Itulah rentak
    Menjadi insan pelbagai corak
    Sebagai isteri didalam kotak
    Garisnya tinta, emas dan perak.

    Taatlah dikau wahai insan
    Mendengar kata, akurnya lisan
    Hajat si raja janganlah bosan
    Memerintah dia arahan Tuhan.

    Jangan kau lupa kisah si abid
    Mengorbankan masa, mengorbankan darham
    Hanya kerana laparnya jiran
    Ke tanah suci ditahan tahan
    Walaupun itu tuntutan Islam

    Sifatnya Tuhan, tak seperti insan
    Kasihnya Dia pada mu Puan
    Walau dirimu terhalang halang
    Pasti kasihNya bukan kepalang.


    BalasPadam
  2. Saat diijab kabul
    air mata menitis tanpa dirasa
    pada duga itu bahagia
    menjadi penyeri hidupnya jua

    Melangkah ke alam baru
    bersama pesanan ibu
    dia suamimu
    jangan kau jemu
    katanya perintah
    taat kata
    syurga tempatmu

    Meski berteman air mata
    dialah pria
    yang dihantar Allah
    menolak, neraka
    taat, syurga
    buatlah pilihan
    mana-mana yang suka

    dan aku, teman
    sama seperti suri
    mengabadikan kehidupan kepada suami
    biar apa jua rasa di hati
    semua kutolak ke tepi
    Tak mahu ku isi di hati
    apa jua yang menghantui
    kerana ingin kukosong diri
    bagi Dia meraja di hati

    BalasPadam