Isnin, 19 November 2012

Mulianya Rasulullah..Angkuhnya Kita

Mulianya Rasulullah
perkampungan Badwi dijengah
tanpa ada gundah
tanpa rasa resah
saat mengunjungi mereka yang lemah
Tangan baginda dipegang mereka
mesra
dibawa kemana mahu mereka
Rasulullah mengikut mesra
tertawa gembira
Anak-anak kecil merasa digendong
gurauan menghiasi seulas bibir mulia
sungguh Allah menyucikan baginda
dengan mahkota kebenaran
Sungguhlah kamu wahai Rasulullah
punya budi pekerti agung
tiada jatuh kewibawaanmu
tiada runtuh kebesaranmu
hanya kerana dipaut
tangan-tangan miskin
lemah tiada berdaya

Itu hanya sirah
kekasih agung Muhammad Rasulullah
untuk jadi panduan ummah
tapi sayang
kita tak penah menjengah
pada apa ingin Rasulullah
Malang sungguh kita
tak mampu mengambil sunnah
meski sedikit cuma
lantaran angkuhnya kita
merasakan besar hebatnya diri kita

Wahai orang-orang yang sombong
bongkak angkuh dan sewaktu dengannya
harga dirimu jatuh jua
tiada hati akan menyintaimu
tiada lisan akan memanggilmu
tiada roh akan merindukanmu
tiada ada penerimaan dibumi kau berpijak
tiada pandangan dilangit saat mendongak
yang kau temu
hanyalah murka
cumalah kebencian semata

Berkumpullah engkau orang yang sombong
didalam bentuk semut-semut kecil
untuk diinjak oleh manusia
dengan kaki mereka
pada hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna
kecualilah
yang menghadap Allah dengan hati yang bersih

Janji Allah sentiasa benar
syurga neraka itu benar
tunggulah saat di azab
hanya kerana sombong tidak beradab!

*****************

Dan aku
terus terpaku
pada kebesaranMu
melihat kerdil diriku
lemah, jahil, hina beserta
bantu aku ya Allah
untuk menyintaiMu
menyintai kekasihMu
setulus hatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan