Ahad, 30 Disember 2012

Aneh Sungguh Aneh.....

Dan ini adalah kitab (al Quran) yang kami turunkan dengan penuh berkah.  Ikutilah dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat - 6:155
Berapa helaikah sudah al Quran yang kita baca agaknya hari ini eh.... :) 
2012 dah pun hampir berlalu...sudah tertunaikah hak al Quran tahun ini agaknya eh... :)
Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa - 2:2
Benarlah...tiada yang tidak benar melainkan semuanya benar belaka.  Kalau cakap2 orang kita masih boleh pertikaikan tapi apa yang diperkatakan di dalam al Quran, tak siapa boleh pertikaikan.  Lengkap dengan panduan...segalanya ada di sini.  Sebenarnya tak ada masalah pun kalau al Quran dijadikan panduan..tidak akan ada pertentangan pendapat kalau al Quran kita pegang.  Jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al Quran) dan Rasul (sunnah) - 4:59

Kekadang, aku jadi keliru kenapa perlu bertekak, kenapa perlu berpaling, kenapa perlu bermusuh, kenapa perlu bermasam muka sedangkan bukan itu sebenarnya cara untuk selesaikan perselisihan.  Adat makhluk, biasa, normal kalau tak selari dalam sesuatu perkara tetapi bukankah ada satu kitab yang boleh selesaikannya?  Aneh manusia ini...terlalu sangat suka memakai pakaian Allah.. Apahal nak sombong sangat agaknya.  Kita ni hamba je. Nak pegi mana dengan sombong yang tak sudah2 ni? Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung - 17:37.  Kita lupa barangkali, setiap butir kata2 dari mulut orang lain adalah dari gerak Allah yang merupakan peringatan Allah.  Sikap kita ni kadangkala menjengkelkan sebenarnya.. sangka kita kita telah membuat tindakan yang tepat tapi kalau kita muhasabah diri...kita pasti akan sedar..bodohkah  atau bijakkah kita!

Memang sungguh benar firman Allah Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa - 17:11.  Tergesa-gesa itu memang syaitan suka, dan dengan mudah syaitan akan menguasai kita... kita cepat sangat membuat andaian daripada apa yang orang perkatakan tanpa mahu berfikir panjang.  Kita sangka kita sudah cukup hebatkah sehingga memandang pendapat orang, pandangan orang  macam sampah? Sampai kita tak boleh ditegur! Itulah kesannya...kalau kita tidak pernah sudi untuk menyelak membaca mesej Allah...kita lebih senang dengan mesej dari teman2... Mereka telah melupakan Allah dan Allah melupakan mereka pula - 9:67  
itulah kesannya... membaca tanpa tadabbur.. satu pesan Allah pun kita tak boleh nak ambil.  Sungguh tak faham pada diri ni sebenarnya!  Jomlah azmiza, balik semula kepada Allah kerana Allah lah yang membimbing kepada kebenaran - 10:35



10 ulasan:

  1. terbaik la sis...4 star for ur post..(^_^)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Alang2 nk bg...biar bnyk.
      Sket xpuas...
      Bnyk pun xcukup sebenarnya
      Tu yg nma manusia

      Padam
  3. (^_~)
    kita la spesis manusia tu....bg 2 gunug emas pon x cukup..pastu suka berbantah-bantah...hehe....

    BalasPadam
  4. Sesetengah ulamaq mengharamkan menjadi ahli kalam. Banyak buruk dari baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ingat akn pesanan ni....
      Kt awak...jgn jd ahli kalam :-)
      Sedikit masa dulu la...

      Padam
  5. makan ulam tak pe. Sekurangnya dicicah sambal belacan. pedas sikit. dan mengalir air mata. (ini kiasan..kaji sndiri.haha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seseorg itu brckp @ menulis dr pengalamn sendiri....kan..kan..
      :-)

      Padam