Sabtu, 8 Disember 2012

Kebergantungan...Antara Allah dengan Makhluk

Waktu kecil...time abang bawa round kg... atau abang letakkan kita di belakang dia dan dia bawa pegi rumah hujung kg untuk menonton tv..rasa abang sangat sayang pada kita tapi bila muncul esok pagi...abang tinggalkan kita kerana perlu ke sekolah, balik sekolah tak sempat pandang kita kerana banyak keje nak disiapkan...rasa macam terbuang je...

Begitu juga ayah...time ayah belikan baju baru..atau makanan yang kena pada selera anak kecil, rasa ayah sayang sangat..rasa nak cium2 je ayah tapi bila ayah tinggikan suara, bila ayah marah2...rasa macam diri tak berguna je hehehhe...

Itulah kehidupan masa kecil.. yang kadang2 rasa dihargai sangat dan kadangkala rasa macam tak guna sangat. Huh! tak guna? Kasar ke... laaa... memang rasa tak berguna kerana dok terpikir yang kita telah berbuat salah hingga timbulkan kemarahan orang lain...

Bila semakin dewasa dan sekarang dah tua...pun sama ..
Bila ada masalah menghimpit, air mata berarus keluar, tiada terjumpa jalan keluar...tercari2 diri..tetiba datang seseorang yang berusaha menjernihkan minda, menenangkan jiwa... aduhaiii...terasa diri dibuai2 dengan kasih sayang...ye..sungguh! Kalau boleh setiap hari nak ditenangkan... huh..gatai! hahahhaa

Seperti abang...seperti ayah...sahabat,rakan, mantan pacar dan sesiapa jua... pun sama..dihantar hanya untuk seketika..sehingga tenang di jiwa pergilah mereka.  Sedih ke?  Kalau dulu ya...dah tua ni tak dah kot agaknya.. meskipun, banyak persoalan belum terjawab...banyak perbincangan yang banyak tergantungnya, hati masih tertanya2... aku tahu yang aku kena reda!

Dan sekiranya mereka benar2 reda dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasulnya dan berkata:
"cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya.  Sesungguhnya kami  orang2 yang berharap kepada Allah"
at Taubah : 59

Indah sungguh dipujuk Allah saat membaca pesanan Dia.. rasa tenang jiwa lebih tenang dari saat ditenang oleh orang yang dihantar Allah untuk memberikan ketenangan...


Kita jadi bergantung sangat pada makhluk saat kita diberi perhatian,kan...sedang kita kena tahu kebergantungan pada Allah tu lebih baik.  Allah tak pernah nak tinggal kita meski dalam keadaan bagaimana kita... kalau makhluk ni, aduhaii...terkontang kanting kita ditinggalkannya... ikut suka hati dia nak buat hehehe..  Marah? Tak dak ruang rasanya nak marah2... Allah dah kirimkan pertolongan tu, kira ok lah, kan... bersyukurlah adanya! Meski sementara tapi tetap ada... Alhamdulillah

Tak perlulah rasanya nak rasa khuatir, nak sedih, nak takut, tertekan bagai... hadapi sajalah apa yang datang dengan cara yang ditunjukkan dan diizinkan Allah.  Kita adalah bahagian dari takdir yang dah Allah tetapkan dan kena jalani hidup dengan percaya dan berserah diri kepadaNya. Jadi... reda apapun.. La tahzan Innallaha ma'ana

Bila yang pergi tu adalah orang yang boleh kita bergantung pada ilmunya..rasa macam rugi sangat... kan..kan.. Ermmm... tapi bukankah apa yang Allah tentukan pada kita itu yang memang terbaik ? Kita je yang lihat sebaliknya.  Bangunlah hai diri terperi... hati, akal dan pemahaman itu berada di tangan Allah.  Jangan takabbur...serahkan diri kepada Allah nescaya Allah akan bukakan hati dan pemahaman, meski tanpa dia atau sesiapa yang mahu memberi,  InsyaAllah

Dan aku...
Minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat  .....

7 ulasan:

  1. Banyak contoh cerita para masyaikh yang hebat hebat pada mulanya mereka mencari ilmu tersebut tidaklah diterima terus oleh mursyid mereka melainkan menjalani ujian yang Allah tetapkan dahulu dan terkumpul dalam pengetahuan mereka jua dengan izin Allah. Ada pun ilmu itu terbahagi kepada 3 jenis.
    1) Ilmu yang harus dan wajib di sebarkan kepada orang ramai seperti bab usul, furuq dan tasawuf.
    2) Ilmu yang harus disebarkan kepada ahlinya sahaja. Walaupun memang ada hadis yang menyeru sepaya tidak disorokkan ilmu, ada juga hadis yang menghalang penyebaran ilmu sebagaimana kata kata Abu Hurairah dan Saidina Ali. Cuba buka kitab AlBukhary. Kalau dalam dunia moden ni, contohnya seperti seorang lelaki dan seorang perempuan. Apabila seorang lelaki dan perempuan telah berkahwin...masing masing mengetahui perihal dan rahsia masing masing. Masing masing boleh berbicara dan berbincang antara satu sama lain bab rahsia tersebut, tetapi haram untuk disebarkan kepada orang lain. Itu yang dimaksudkan, ilmu yang harus disebarkan hanya kepada ahli sahaja.
    3) Ilmu yang haram untuk disebarkan kepada sesiapa jua pun. Kerana ia melibatkan TAJALLI Allah.

    Bab menerima ilmu tersebut..selagi tidak bersanad kepada Allah dan Rasul, maka haram untuk diterima. Kena banyak memohon kepada Allah. Kena lihat dan padankan dengan syariat.

    Bersabar...jika memang dah menjadi rezeki, maka Insyallah ia tak kemana. Yang memberi dan menerima perlu mendapat keizinan Allah jua. Dalam mencari jalan.., kalau diharamkan untuk mengikuti jalan...buat macamana pun mmg payah. Tapi jika tidak diharamkan..bersabar. Di Melaka atau N9 kan ramai yang muktabar... Tapi ye lah kan, kalau ada kekangan dari sang raja,,,payah juga. emmm....

    Pelan pelan kayuh kak cik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok je awak..
      Segalanya milik Allah jua
      xde apa pun nk drisaukn
      Alhamdulillah...dapat faham sikit2 itu memadai dr xada langsung. dpt istiqamah bramal dgn amaln yg sedikit...itu memadai n brsyukur sgt.

      kayuh tetap kayuh...pelan2 agar dayung sy xpatah :D

      Padam
  2. betui jugak noo...kak cik bertambah faham. Tapi ada jugak yang saya ada tapi Allah SWT tak de..

    BalasPadam
  3. Faham hanya setakat apa yg diberi faham, awak ...Alhamdulillah.

    Sy hanya faqir..jahil lg hina...
    Kekayaan..kumuliaan milikNya jua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg sy ada...kebodohan yg nyata yang tidak dipunyai Dia...
      Bezanya hamba dgn Tuan yg mulia, idak gitu?

      Padam