Khamis, 6 Disember 2012

Kisah Ibu dan Anak (siri 3)

Tepat 10.06 am, nama aku dipanggil...setelah lama menunggu. Ermm.. no giliran 1026, bilik 1.. angka yang tertera di skrin 1009. Fuuhh..punya la lama nak tunggu tapi...apa nak buat! Ada saudara mempersoalkan... keje tinggi, duit banyak..kenapa tak pergi swasta je??  Hai la..apa lah tinggi sangat gaji seorang guru.. tolak itu tolak ini, nak simpan pun tak cukup tapi bila orang cakap macam tu, aku cuma kata, nak simpan duit...nanti nak hantar mak ayah atau mak mertua p swasta kalau depa sakit..saya sakit, ok je..p hospital kerajaan..kudrat banyak untuk tunggu lama.. hehehe..Amacam.. boleh gitu?!

Dapat je no giliran, sebagaimana biasa aku akan berdiri tepat dengan pintu bilik 1 untuk melihat 3 dr didalamnya... demi saja terbuka pintu... alamak! dr lelaki semuanya.  Aduhaiii.. macammana ni...macammana ni...  Apa la ibu ni, kata si puteri... hang tak tau apa dr nak buat kat ibu kat dalam sana adik oiii.... segan la kalau dr lelaki...haisshh! Aku mula resah dan akhirnya pasrah... Kau tahu ya Allah, maka aku serahkan segalanya pada Engkau sedangkan aku tak pernah putus meminta agar Kau tidak serahkan diriku kepada diriku sendiri melainkan telah aku serahkan diri dan jiwa aku untuk Kau urus dan tadbir...  Hatiku kembali tenang dan aku teruskan pembacaan.. dan aku hanyut dalam duniaku....

Jam sudah 12.05 t/h.. tertera angka 2022.. maknanya tak lama lagi giliran aku jadi aku ambil kesempatan untuk pergi ladies.. Sampai je ke tempat duduk, angka tertera 2024.. cepatnya.. selalunya satu patient berjam2 lamanya! Tak lama kemudian... tertera 2025 dan aku melucutkan cermin mata, meletakkan majalah di sisi dan bersedia untuk bertemu dr yang sudah 2 tahun tidak aku temui.  Kedengaran bunyi angka bertukar..kulihat.. laaaa.... awat 2030?? Orang sebelah pandang aku, aku pandang orang sebelah.. dia angkat kening..aku angkat bahu hehehe... aduhaiii... selepas tu 2031.. Mak aih.. berapa lama nak tunggu ni...awat melompat2 nombornya.  Aku tarik nafas...dan aku mula teringat pada af'al Allah...jadi tenanglah beb.  Angka seterusnya 2028...2023.. sabar..sabar...

Jam 12.40.. barulah angka 2026 muncul...2026 bilik 4!  Uiikkss...tadi bilik 1..dah tukar bilik 4? Apa agaknya Allah nak didik aku hari ni, sambil berjalan aku berfikir, sambil berfikir aku berzikir.  Demi buka saja pintu, 2 dr perempuan dan 1 dr lelaki.  Aku tersenyum dan seorang daripada dr perempuan menyapa...Puan Ku Azmiza?  ya..ya..saya... aku bagi salam dan aku hulur salam dan aku pun duduk dengan lapang dadanya... Fuuuhhh... legaaaa..... Alhamdulillah... dan dr buatlah semahunya... maka aku kini reda heheheh

Betapalah pengasihnya ALlah...betapalah penyayangnya Dia.. betapa Dia lah maha segala.. tak rugi serahkan diri dan jiwa bulat2 pada Dia....dan demi sesungguhnya..didikan yang aku terima hari demi hari menjadikan aku semakin melihat kebesaran Dia dan mana mungkin...aku berpaling pada yang lain...

Terima kasih, Allah


2 ulasan:

  1. Kalau saya tahu begini, sudah pasti disuatu ketika dulu akan ku ambil jurusan doktor. Akan ku godek godek. :-)

    Sakit apa ekk....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha... jahat!
      awak kena pakai tudung dulu... :-D

      Padam