Rabu, 5 Disember 2012

Kisah Ibu dan Anak (Siri 2)

Perjalanan ke hospital agak lancar, Alhamdulillah tapi demi sampai saja hospital, tingkat demi tingkat kami naik, semua penuh dengan kenderaan.  Aku pandang si puteri sambil mengangkat kening dan dia tersenyum sambil berkata, "untung datang awal!"  Sebelum lisan aku berbunyi, dia terlebih dahulu menyapa...bagus! Pengajaran yang pertama berhasil.
Aku mula berkira2...bagaimana kalau tak ada parking..aduhaiii... dan tiba2 kedengaran suara si puteri.. "baca Rabbi Yaasir, Wala Tu'assir, Ya Karim,bu!" hah..bijak wahai anak... didikan beberapa tahun lepas rupanya terpahat kukuh diminda.  Sambil tersenyum aku mengiyakan dan mengucapkan Allah itu tidak pernah menyususahkan hamba sebaliknya kita sendiri yang selalu dok zalim pada diri kita.   Sehinggalah sampai ke tingkat akhir, tingkat 7A, baru kelihatan tempat kosong untuk di isi, tingkat ini adalah tingkat akhir yang tidak berbumbung! Alhamdulillah. 

"Alamak, panas le kita nak masuk kete tengahari karang ni,dik! Apapun... apa yang boleh awak lihat sekarang ni?"  Dia membalas sepatah, bersyukur!  Dan aku memberi balas beberapa patah, "ya, bersyukur kerana sekurang2nya ada parking dan bersyukur kerana kete yang kita parking ni berhadapan dengan lift yang kita kena naik!  Kalau tak, menapak,dik oiiiii....  hancus kaki awak!"  Dia tersenyum.  Mana taknya, pakai kasut ala2 model...punyalah tinggi mak aiiii... aku sendiri tak pernah ada kasut setinggi tu seumur aku hidup!

Tiba terlewat sedikit daripada dijangka tetapi masih belum melewati jam 10.  Hati aku berbunga gembira kerana aku sudah berbuat sesuatu bagi kepuasan rohani aku hari ini.  Menunggu nama untuk dipanggil bagi mendapatkan no giliran, aku duduk dengan si puteri di ruangan menunggu.  Aku membelek2 majalah manakala dia leka dengan tab.  Senyap2 kubeli internet rm2 untuk sehari...kesian.. dia mesti boring kalau tak de internet!  Itulah ibu alaf kini...apa nak katakan...anak hidup seiring dengan peningkatan teknologi.  Aku asyik melayan cerita yang cukup menarik... kisah fana'.. tetiba aku dicuit.  Aku angkat muka dan si puteri melirikkan matanya pada sorang budak yang duduk di hadapan kami, sekejap2 pandang belakang, sekejap2  pandang belakang (pandang awok le tu!) dan aku faham mesej si puteri.

Aku cerita ni bukan untuk riak, nak tunjuk baik atau apa eh... ini semua hanya sekadar perkongsian bagaimana masa yang agak sedikit dikongsikan dengan anak yang meningkat remaja..biar dia membesar dengan hal2 yang positif.  Diizinkan Allah, dia boleh menjadi lebih baik...sape tahu.. dan itulah jariah aku berpanjangan.

"eh ibu, buat apa beri duit? Mak budak tu pandang je?"
"50 posen je???"
Itulah reaksi anak2, mula2 sekali aku aku kenalkan konsep hadiah /  sedekah.  Riak? Memang tak de langsung...sebab aku hanya bagi 50 sen.  Kalau malu, ya...ada...riak...tak de.  Nak riak apa dengan 50 sen heheheh...  tapi itu cara aku mendidik hati aku (nak buat baik pun malu?), mendidik 2 orang cinta hati aku.  Aku mahu beritahu diaorang bahawa kecil besar nilai sedekah itu tidak penting... yang penting kita mendidik hati kita untuk ikhlas, untuk istiqamah.  Tak payah nak malu2...kita bukan mencuri! (walhal aku memang malu heheh.. tapi demi melawan nafsu syaitan..aku buat2 tak malu!)

Aku tanya pada mereka, apa rasanya kalau tiba2 orang bagi duit sedangkan waktu tu kita betul2 nak beli gula2 yang kita minat kat kedai?  Kedua2nya menjawab, tentu gembira!  Ya... macam tu juga budak yang diberikan 50 sen tadi.  Nampak sedikit 50 sen tapi kalau beli gula2...dapat banyak biji tau!  Sebab tu aku mulakan 50 sen di kedai runcit hehehhe...
Rasulullah selalu memperlakukan anak2 kecil dengan baik,kan... 50 sen memang kecil pada mata kita, tapi pada mata si anak tadi... besar nilainya dengan 5 hingga 10 biji gula2.  Masa menerima 50 sen tadi, terpancar sinar di mata mereka...sungguh, aku menyaksikan dan di situ memang membahagiakan!  Mak dia nak cebik mulut dengan nilai 50 sen...tak pernah aku saksikan, dalam hati tak tahu...itu dia dengan Allah.. selalunya mereka akan datang salam dan minta anak dia salam ucapkan terima kasih meski nilai hanya 50 sen.  Di situ kan sudah terjalin ukhuwwah?  Itu yang aku nak anak2 aku lihat...bagaimana perkara yang kita nampak kecil sebenarnya bole menjadi besar!

Bila si ibu bersalam, aku tak pernah melepaskan genggaman sehingga mereka sendiri yang melepaskan.  Di situ aku mendidik anak2 tentang sunnah Rasulullah.  Aku akan bertanya, "nampak tak ibu genggam kemas dan bersalam lama? Kalau tak nampak, lain kali pandang apa ibu buat!" dan ceritalah sket tentang mulianya akhlak Rasulullah.  Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, baginda  tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.  Aku cuma berharap, mereka akan praktikkan dalam kehidupan...

Berbalik pada 50 posen (bak kata si puteri) tadi... yang nak aku ceritakan pada anak2, nilai tu sebenarnya kecil tapi nilai yang kecil itu memberi impak yang besar pada HATI kita.  Percayalah... selepas itu, nilai yang diberi kepada budak2 akan bertambah besar (bergantung le pada kemampuan dan keikhlasan :-D) dan kita akan melakukannya tanpa sedikit rasa riak pun... sungguh!  Sebab apa...sebab kita dah melazimi diri kita untuk begitu.  Percayalah... setiap kali kita keluar, kalau kita tak tak jumpa kanak2...mata kita akan meliar mencari mereka, sungguh! Kasihilah budak2 yang tak de dosa tu, bahagiakan hati diaorang...nescaya kita akan dikasihi penduduk langit dan bumi

Tak percaya, cuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan