Selasa, 4 Disember 2012

Kisah Ibu dan Anak (Siri 1)

Hari ni ada temu janji dengan doktor pakar di Hospital Besar Melaka.  Aku macam biasa... seorang wanita yang berdikari memang tak pernah akan susahkan suami hahahha... kita isteri ni, kena bijak kendalikan diri bagi tidak mengundang resah lara di hati.  Bila kita bagitau suami, kita cakap pada suami yang kita kena pergi ke sesuatu tempat, dia diam atau dia garu2 kepala yang tak gatal atau dia cakap macam tu macam ni memberi alasan, dah.... fahamkan diri bahawa suami kita ditakdirkan untuk sibuk dan kita pergilah sendiri.  Bukan susah pun. Boleh memandu,kan... tak boleh memandu? Teksi kan ada...ala... hidup berumah tangga ni tak boleh nak teliti sangat..kan..kan.. ;)
 Itu resepi tidak membiakkan penyakit pada hati hehehhe....

Dan seperti biasa penemanku, puteri kembang semangkuk hehehe... Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang puteri dan putera yang cukup baik untuk aku...bagi menemani aku.  Putera kucing tidaklah menemani aku hari ini kerana perlu bersedia untuk peperiksaan.  Dan sungguh....aku sangat merasakan nikmat kasih sayang Allah pada aku.  Demi sesungguhnya Dia maha tahu...maha segala... dan Dia kirimkan anak2 yang jadi amanah pada aku ini sebenarnya untuk memudahkan banyak pergerakan aku. Alhamdulillah.  Setitis kasih aku padaNya, melaut Dia tumpahkan sayangNya pada aku... Allah hu Rabbi...nikmat mana lagi yang nak aku dustakan...tak ada!

Temu janji jam 10 pg.. jam 8.30 aku sudah gegar si puteri untuk cepat... Tiba dalam kereta, dia bertanya...
"temu janji kul 10 kan, bu... awal lagi ni.. kul 9.15 dah sampai hospital..."  tidaklah menunjukkan reaksi marah atau memberontak cuma dia perlukan jawapan.

Nah... sekarang, aku ada ruang untuk sembang santai dengan si puteri.  Aku suka kalau berdua dengan si puteri atau bertiga dgn si putera kucing kerana aku boleh tunjukkan banyak perkara... boleh share banyak cerita...

"Kita tahu tak apa akan berlaku di jalan,dik?"  Dia menggeleng.  "Allah je yang tahu, bukan?"  Dia mengangguk.  "Katakan, kita bergerak kul 9.15 sebab nak sampai kul 10... kalau tayar kereta pancit? Kalau jalan sesak sebab kemalangan? Kalau ada sekatan jalan raya? Parking tak dak...tau la hospital tu macammana, kan? Boleh sawan silap2! dan macam2 kalau lagi...agak2 adik akan tiba tepat waktu tak ke hospital?"  Sekali lagi dia menggeleng.

"Ha...itu penting keluar awal... hidup kita ni kalau nak bahagia, biar kita buat orang bahagia dulu.  Kena didik diri, dik... biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.  Memang staff tu tak marah pun kalau kita lambat...tapi ibu nak adik belajar sesuatu hari ni, tentang pentingnya pengurusan masa yang bukan saja buat kita senang lagi tenang malah kita boleh membahagiakan orang lain.  Kita tak la jadi kelam kabut semacam... bila kelam kabut, macam2 boleh jadi,dik.  Tak pasal2 cium bontot kete orang...ha.. kan masalah!  Hidup tak boleh nak tenang macam tu! Hang nampak ka dak ni, adik apa ibu nak ajarq hang ni heheheheh......." Dia tersenyum.

"Macam tu juga solat... tak boleh lambat2...mana boleh biar yang menyuruh kita solat tunggu kita... kita kena tunggu solat bagi menghormati Dia.  Tu namanya cinta gila sama Dia...kasih amat sama Dia..bukan setakat di bibir semata..aku cinta aku rindu...  Sebab tu.. sebelum masuk waktu, dah amik wuduk...siap2 nak solat.. bukan orang dok azan..kita dok terlentang lagi depan TV tengok sinetron...nak masuk waktu isya' baru nak sarung telekung untuk melunaskan maghrib... hang masuk wail nanti dik oiiii....." Bedebussshhhh... bubuh sket...biar dia tersedak hahahhaha.... (kebetulan tengah dok kunyah kuih time tu...hehehhehe)

Tak rugi pun kalau kita mendahului masa...tak de masalah pun kalau kita tunggu orang..
Boleh je baca buku, tengok fb ke dulu...macam2 boleh buat untuk isi masa...
Sungguh la beruntung kita ni kalau boleh membuatkan orang lain senang, orang lain bahagia.  Allah... kita susah sikit..apa lak salahnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan