Ahad, 2 Disember 2012

Mati Itu Pasti


MATI
Apa agaknya kesudahan nanti
di negeri abadi...
bahagia atau derita menanti
takut sungguh rasa di hati
tapi mati itu pasti
mahu tak mahu tetap dilalui

Katakanlah (Muhammad), "meskipun kamu ada di rumahmu, niscaya orang2 yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh"
- Ali Imran : sedikit daripada ayat 154

Antara aku dan ayah punya persepsi berbeza tentang panjang umur hahaha...
kata ayah.."minta la umurq panjang.. boleh beramal banyak2.. nak doa..ni hah, ambik!"
dan aku...
"ala...tak pa la ayah, chek tak mau dok kat dunia lama2 sangat....sat lagi banyak sangat dosa tak tertanggung! Buat pahala sket, dosa berganda.."
(sudah tertanam kukuh di jiwa  bahawa rahmat ALlah tu melebihi kemurkaanNya tapi demi sesungguhnya, sebelum melelapkan mata, mengimbas menilik diri.....sesungguhnya aku sungguh malu kepadaNya...)

Membulat mata ayah hehehe... Alahaiiii ayah... ingat mati tu kan ke cara untuk kita sucikan jiwa dari segala kekotoran mazmumah dalam diri kita.  Ingat mati, takut le nak buat dosa....
"Yang dok minta mati buat apa?" hehehe... tak le minta mati..cuma cakap bahawa aku tak kisah kalau Allah ambil dalam usia muda,InsyaAllah (muda ke aku...confius!).  Mana boleh minta2 mati... tak baik.. chek tau tu hehe...

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." - Al Jumu'ah : 8

lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan....ayat ni...ayat ni... buat aku rasa macam...ermmm...rasa macam2...uuuwwaaaaa....

Memang mudah sebut mati eh...  macam makan biskut je...kunyah2 telan.  ermmm... rasanya, bila mati..hilang segala masalah dunia sebagaimana kata Rasulullah kepada puteri baginda tercinta bagi memujuknya.. perginya baginda menuju Allah bermakna tiada lagi penderitaan sepertimana yang telah baginda lalui...baginda hendak pergi menemui kekasihnya dan berbahagia disana.  Tiada lagi air mata Siti Fatimah dengan lafaz tersebut.  Itu Rasulullah...tapi kita????  Adakah dengan tinggalnya derita di dunia (kalau hidup macam deritalah sangat hahahha)...kita akan bahagia kat sana..atau dipukul dipalu sehari2... ermmm..

Aku ni derita ke hidup?  Dak aih... sikit pun tak melainkan bahagia je..Alhamdulillah. Cuma bila dok bilang dosa melebihi pahala, tu yang jadi sasau sekejap.  Allah hu Akbar.

Cukup ke bekal nak bawa ni? Solat tadi ntah2 dok ingat sambal belacan hehhe... atau dok pikir kain kat jemuran lom angkat, hari mau ujan!... dah banyak ke yang sunat untuk menampung koyak2 di sana nanti..? hari ni dah berapa kali masam muka dengan suami? semalam lagi...2 hari sebelum ni lagi.. setahun lepas lagi.. Lom lagi dengan kawan2, dengan kucing, dengan pokok bunga yang mati sebab malas jirus, pendek kata dengan semua makhluk lah...uuiisshh...banyaknya dosa!  Mana nak letak muka saat tersungkur di hadrat Allah bila Allah paparkan semua perilaku ketika di dunia.. Aduhaii.. malunya!
Lom lagi campur masa budak2 lepas baligh...masa muda remaja.. huh!..
Sesungguhnya, lautan keampunan Allah tu lebih luas...ya...lebih luas berbanding ngan dosa2 yang diperbuat.. (rasa macam lapang sket dada dengan ayat2 pujukan Allah.. Allah hu Rabbi..sayang sungguh Engkau pada hamba tapi hamba.. selalu tak mengenang budi!)

Susah juga eh... mati susah, hidup pun payah! tapi nak tak nak...tetap kena hadap kematian tu.  Maknanya Azmiza, harus kena bangikit donggg... jangan tidur2 lagi... beramal..beramal.. seolah2 nak mati esok hari.  Nak mati bukan main sakit lagi..(lom le pernah rasa mati cuma dari yang dok baca2 tu le...).. kana balun lagi kat dalam..huhuhu...lagi le sakit!  Tapi demi sesungguhnya aku berharap agar biarlah aku mati sebelum tua yang menjadikan aku menyusahkan orang lain.. Sungguh.. tapi dengan doa dan harap, biarlah mati aku tu mati orang yang bertaqwa..
kesudahan yang baik..kesudahan yang husnul khotimah..Amin

Jomlah kita sama2 perbaiki diri pada yang lebih baik.  Yang wajib kita lengkapkan, yang sunat kita tambahkan, kita jaga keikhlasan kita... kita campak jauh2 segala sifat buussuukk yang kita ada (kalau ada eh....kalau tak de, Alhamdulillah :)), kita masukkan hanya Allah kat hati kita semoga dengan demikian, Allah jadi sayang pada kita dan mengizinkan kita untuk masuk ke jannahNya dan melihat wajahNya... Aduhhh... melihat wajahMu ya Allah.... melihat wajahMu... melihat wajahMu...

*********
dan aku tak mampu berbicara lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan