Ahad, 9 Disember 2012

Pesanan Tetamu Istimewa Kedua(3)

Dititipkan lagi peringatan
pada diri yang leka....

Oh manusia....
tidak aku jadikan engkau
jika tidak kerana untuk dijadikan insan
bukannya haiwan

Tatkala kamu bergelimpangan dengan dunia
ingatkanlah akan kamu jalan pulang
Di masa kamu kegelapan

tatkala kamu di hujung kesesatan
di masa tiada tempat
untuk diminta pertolongan
ingatlah pada Allah jua
kamu sembah
dan padaNya jua
kamu memohon pertolongan

Kenangkanlah dosamu
sewaktu kamu ketundukan
agar kamu tidak mendabik diri
dan gah dirimu
yang sesungguhnya kamu itu lemah
tiada kuasa
tiada qudrat dan iradat
dan tiada semata
melainkan Aku jua

Dan inilah tempat
yang dinamakan dunia
tempat Ku ujikan padamu akan segala
untuk kamu mengetahui
dan sedar akan kewujudanNya
maka rebahkan
matikanlah dirimu wahai insan
dengan serah segala kekuasaanNya
tiada yang hidup melainkanNya
yang tidak dihidup
dan dimati
yang tiada di awal
dan diakhirkan

Yang menjadi rahsia segala rahsia
tidak akan diketahui rahsiaNya
melainkan diberitahu akan Dia
ketahuilah kamu semua akan Dia
hak Dia segala
walaupun duka
atau gembira
akan terhapus jua
Maka haruslah kita berserah segalanya
InsyaAllah bahagia

*********************
Semoga ini permulaan yang indah...
InsyaAllah



11 ulasan:

  1. Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

    BalasPadam
  2. Tiadalah sama hamba yg hanya melihat permukaan laut dgn mereka yg telah menyelam ke dasar laut.
    Bilalah hamba nk terjun ke dalam laut...

    BalasPadam
  3. mabuk cinta yang tak terkasyaf..
    adalah jalan berliku liku..
    penuh ranjau dan durinya..
    apabila sang abid membuka matanya..
    berderai air mata melihat betapa dia masih lama lagi..
    masih lama untuk berada dipentas dunia yang peuh kepuraan..
    dan menunggu masa yang panjang untuk merenung cahaya Nya..
    menatap JamalNya Dia..
    sayup menuai budi agar dapat tetap menatap Zat Wajibalujud..
    Maka bersabar lah...agar benih yang ditabur di muka bumi ini bercambah menjadi padi yang menunduk ke bumi lantaran malu kepada Tuhan nya.
    Biar kepayahan dilalui dengan seribu sinar suria....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maka bersabarlah krn kesudahan (yg baik) adalah bg org bertaqwa.
      11:49

      Allah lh yg mmbimbing kpd kebenaran
      10:35

      Padam
  4. maksud taqwa yang sebagaimana dimengertikan? apa itu taqwa ? royak sikit kat abe nih... Abe tok reti deh...sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk royak mano se? ikut definisi sayidina Ali ke...mana se? royak sini abe ke adik...biar adik royak ke abe pah tu deh...

      Padam
  5. mu nihhh...

    Ada satu cerita berkenaan ibu Imam Hanafi (nama sebenarnya Imam Hanafi ialah Nu'man Bin Thabit) dimana suatu hari ibu Imam Hanafi mempunyai suatu permasaalahan berkaitan hukum feqah. Ibu beliau tidak mahu bertanyakan kepada Imam Hanafi, lantas pergi bertemu dengan seorang syeikh di sebuah madrasah bertanyakan akan masalah tersebut.

    Syeikh tersebut berasa malu untuk menjawab lantaran betapa tingginya ilmu pengetahuan anak si ibu tersebut yakni Imam Hanafi yang merupakan guru beliau juga.

    Maka Syeikh datang bertemu Imam Hanafi dan melontarkan masalah si ibu tadi, malahan meminta Imam Hanafi yang menjawab soalan ibunya sendiri kerana darjat Imam Hanafi yang lebih tinggi. Apa kata Imam Hanafi tau.. dia kata dia tahu yang soalan itu datangnya dari ibunya, tetapi kerana hormat kepada kehendak ibunya dan hormat kepada syeikh tersebut, Imam Hanafi menjawab soalan tersebut dan menyuruh syeikh sendiri yang menjawab kepada ibunya.

    Maka terjawablah soalan tersebut yang mana jawapan itu diperolehi dari Imam Hanafi.

    Kenapa agaknya si ibu tidak mahu bertanyakan soalan terus kepada anaknya yang terlebih alim? Tak lain tak bukan sebab mahu menjaga hati. Menjaga hati agar tidak bangga atau ujub atas kehebatan anaknya.

    Begitu juga dengan Imam Hanafi yang menjawab soalan ibunya menerusi syeikh tersebut kerana mahu menjaga hatinya nsendiri. Menjaga hati supaya tidak lalai dan terperangkap dengan ujub.

    Hebat sungguh orang dulu dulu menjawa hati ya. Menjaga keikhlasan dan menjaga adab.

    Tapi kan...yang pastinya, kesempurnaan agam bagi yang beragama ISLAM adalah bilamana agama itu dilengkapkan keseluruhannya dengan keilmuaan berkaitan Iman, Islam dan Ehsan serta WAJIB di sempurnakan dengan ilmu tauhid, feqah, hakikat dan makrifat. Kalau takkk.....maknanya seseorang itu dikata tidak lengkap beragama.

    Masalah..

    Kalau tak lengkap dan tidak sempurna dalam agama...macamana pulak dok mintak kat Allah akan bertemuNya atau memohon syurgaNya ?

    Nak kata tak reti...Allah dah bagi kitab, Rasul, masyaikh dan guru. Sama lah seperti budak form 5 yang doa tahap gaban nak score SPM tapi tak mau baca buku atau buat latihan. Memanglah Allah itu Maha segalanya..tapi Allah kan dah bagitau apa nak buat kalau nak jadi ahli Allah. Kalau tak...jadi le ahli dunia.

    Saya berpesan pada diri saya dan sahabat sekelian...jangan kita dok "hear say" atau berandai andaian itu ini selalu. Kena tengok fact atau fakta. Maksud saya, kalau tak di pecahkan ruyung...mana nak dapat sagu nya kan.

    Taqwa itu pada amal...bukan pada lisan. Berharap, merintih serta merayu rayu memohon sesuatu..tapi tak berusaha.....itu mimpi indah belaka. Tapi kalau tetiba mati dalam pencarian...itu dah kira fisabillillah.

    - psss..ada orang tak mau angkat pun call kita walau kita dah dekat dgn dia hanya 5km di Bdr Baru DarulAman. benci tauuu..hahahah

    BalasPadam
  6. ya Allah....
    sy x diizinkn bca komen awak... knpa sy terdelete... Allah!
    tlg postkn kembali...
    tlg!

    BalasPadam
  7. dah..saya dah baca, ALhamdulillah... terima kasih...

    psss... masa tu mana lak kat bandar darulaman haisshhh... tangan pegang stereng, mata pandang depan..macammana nak gagau hp chek oiiii...
    tak reti2 nak call balik...? dahsyat tau..!!!!

    BalasPadam
  8. terima kasih sebab delete. mcm mcm awak delete sejak dulu ekkk....emmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak sengaja, sungguh!
      awak tahu la,besar mana tablet..tekan kat lain, kat lain yang kena. Awak tolong maafkan saya ya!
      Saya lak delete awak...haissshhh..

      Padam