Ahad, 9 Disember 2012

Pesanan Tetamu Istimewa Kedua (2)

Kuterima titipan dari seorang insan
yang seolah mengerti aku lagi mencari
dimana diri hanyut terbuang...

Hai insan
sudah Ku berpesan
sudah Ku kirimkan
Rasul dan Quran untuk panduan
ikutlah ia segala jalan
selagi berpanduan
InsyaAllah pasti terang
dan gemilangan

*******
Aku melawan bicara
pada Dia
menghantar lara

aduhaiii
itulah pegangan
meski datang pelbagai ujian
pesanan aku teliti
jalannya aku turuti

Pernah aku hampir tersungkur
lantaran kejamnya makhluk
tapi tidaklah diriku teruji
andai aku tiada dikasihi

Berpaling sejenaknya aku
dari Dia Ilahi
justeru aku dicuit dicubit
demi mengembalikan aku padaNya Dia
Kini
aku berdiri
meski tak mampu berlari
terima kasih wahai teman
hadir saat aku perlukan

Hanyalah dia yang mendengar
apa jua yang aku bisikkan
saat orang lain diulit mimpi indah
aku tersedu di ribaanNya
merayu meminta belas kasihan
Bawa aku pergi
kerana jiwa sudah tiada tertahan
aduhai hati
kenapalah walang
semua yang datang hanyalah ujian!




4 ulasan:

  1. Martabat Sifat Zat, disinilah tempat mengenal diri manusia dan mengenal Tuhan. Allah nyatakan sifatNya pada hamba agar hambaNya dapat mengenal Allah. Contoh, mata milik hamba melihat tetapi yang terlihat adalah melalui sifat melihat Allah. (Hamba tetap hamba, bukan hamba menjadi Tuhan). Adalah malang apabila makhluk menyalahgunakan sifat Tuhan yang dinyatakan pada makhluk untuk melakukan maksiat sedangkan tujuan Allah menganugerahkan penyataan sifat diriNya pada manusia agar manusia mengenal dirinya sendiri dan mengenal Allah. Jadi mengapa harus berhati walang? Tugas mu masih belum selesai.... Tinggalkan makhluk !

    BalasPadam
  2. Sesekali hati dicuit
    Sesekali hati dicubit
    Sesekali rsa tiada beruntung
    Sesekali rsa kecewa menggunung
    Lumrah bersifat hamba
    Tiada daya tiada upaya....

    BalasPadam
  3. Touch n Go aje..atau pakai smart tag...heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Smart tag... xperlu touch... tunjuk je n jalan.. :D
      Salam.

      Padam