Sabtu, 19 Januari 2013

ISTIGHFAR

Saya masih tidak boleh solat cukup 5 waktu.  Hati saya masih lagi suka berhasad.  Saya tak suka betul lihat orang lebih dari saya.  Malas betul saya nak mengaji. Saya suka sangat mengumpat dan mendengar umpatan.  Saya masih belum mampu bertahajud.  Saya sudah mula beramal tapi saya tak boleh nak istiqamah.  Saya mudah naik angin.  Saya rasa geram je... haiiisshhh... hehehhe...

Aduhaiii... bagaimana mahu jadi orang beriman begini?  Perlu rasa risau tapi kalau hanya sekadar sebut risau...tiadalah gunanya sebagaimana sebut "saya" beriman tapi "saya" masih bermaksiat.  Buatlah sesuatu, jangan hanya berpeluk tubuh dan lebih parah kalau menyalahkan takdir!  Kenapa tidak mahu mulakan dengan istighfar.  Bila menyebut istighfar, aku tersenyum sendiri...mana tidaknya... bila aku ajukan tentang istighfar, ada orang langsung rasa seperti aneh... kenapa perlu istighfar kalau mahu menuju Allah.  Yang sepatutnya aneh...kita sendiri!  Rasulullah sendiri beristigfar 70 kali sehari malah ada hadith mengatakan 100 kali sehari sedangkan baginda maksum.  Kita rasa aneh bila disuruh istighfar sedangkan kita ni hanya makan daun kesum hahahahaha....
Harus melihat diri tu aneh dong.....

Aku sendiri diajar guruku beristighfar tanpa diberitahu sebab.  Aku adalah seorang murid yang patuh dan tidak pernah mempertikaikan guruku andai aku lihat apa yang diajarkan selari dengan al Quran dan Hadith.  Aku tidak pernah rasa aneh bila melihat orang lain sudah di ajar zikir nafas sedang aku hanya membawa istighfar.  Pada aku, terimalah bahagian masing2... kalau layaknya untuk kita rm2 kenapa kita harus minta rm200.  Pandai ke kita mengurus rm200 dalam keadaan diri kita kekurangan ilmu?  Aku sentiasa bersangka baik pada apa yang aku terima tetapi yang penting, dengan istighfar yang dibawa,  aku boleh rasa perubahan pada diri bulan demi bulan.  Guruku, pembimbingku telah pergi mengadap Ilahi tapi h ari ini, aku faham apa perlunya aku disuruh beristigfar dan aku DIWAJIBKAN solat taubat.  Semuanya adalah untuk mengikis sifat2 keji yang sebati dalam diri yang bakal menyusahkan diri.  Cermin kena la gilap, kalau tak macammana nak tengok diri dah cantik ke belum...
Langsung jadi baik sangat selepas itu...tidaklah juga tetapi lebih baik ada daripada tiada.  Sikit2 beransur menjadi baik dan sentiasa berazam untuk lebih baik... Sapa kita nak mengurus diri kita ni, kita ni apa pun tak ada... kosong belaka!

Tapi percayalah...andai kita ikhlas, kurniaan Allah itu tiada terhingga.  Dalam usaha menjadi orang beriman, ujian Allah tak pernah putus tapi andai ujian itu kita lepas, kita reda tak banyak songel, amal soleh kita pula berganda tanpa mempertikaikan takdir Allah dengan tanya kenapa dan mengapa, Allah akan bukakan kemudahan demi kemudahan  dalam membuat amalan tertentu... In shaa Allah... 

Ikhlaskanlah diri.....

3 ulasan:

  1. Sila masukkan RM200 ke akaun Bank Islam saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Konsep Israq Miqraj dalam ibadah. Selagi tak fana...tak do dikatokan tenggelam bersamo Dio. Kuek beribadat tu terbaik. Tapi kalau hadir dlm hati maso ibadat tu...tersangat baik. Jangan lupo RM200 den. Tengkiu.

    (Ulau melengkau di atas pagau..asal org melako suko ckp camni?)

    BalasPadam
  3. Aik...dr singgit dua kupang dh jd rm200?

    Yo...den tahu bkn sonang nk mikraj roh..
    Ado maso terbuai2 dek dunio...
    Terpakso angkek tgn takbir smulo...
    Apo nk kato... den ni bnyok lagho haaiiii....

    (Sy org kedah...sy pun xfaham le org melaka ni hehe)

    BalasPadam