Jumaat, 25 Januari 2013

KELEBIHAN ISTIGHFAR


Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:
1)   Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2)   Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3)   Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.
4)   Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5)   Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.
6)   Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

SUMBER : http://ahmadzaki.wordpress.com


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam. Kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, mak titik hitam itu akan terus merebak, sehingga muka hatinya menjadi hitam."
Hadis ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Al-Quran: "Bahkan telah termetrai dimuka hati mereka apa yang mereka kerjakan." (al-Mutahffifun:14)
 
Firman Allah Ta'ala: "Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang teraniaya." (al-Hujarat:11)

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah saw, "Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam.  APabila ia meninggalkannya dan meminta ampn serta bertaubat, hatinya dibersihkan.  Apabila ia kembali (berbuat maksiat) maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya.  Itulah yang diistilahkan "ar raan"yang Allah sebutkan dalam firmanNya (yang ertinya), "sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka" (HR At Tirmidzi no 3334, Ibn Majah no 4244, Ibn Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297)

SUMBER : http://sitik.wordpress.com

 


SAYA CUMA TERTANYA2 BAGAIMANA HATI MAHU DIPIMPIN OLEH ALLAH KALAU PENUH KOTORAN DAN TIDAK BERUSAHA MEMBERSIHKANNYA? BUKANKAH PEMBERSIHAN ITU DENGAN BERTAUBAT? 
TEPUK DADA TANYALAH IMAN TAPI JANGAN TEPUK KUAT2....NANTI SAKIT HEHEHE....

2 ulasan:

  1. Teruskan hingga mendapat kesempurnaan. Kat N9 kan ada ramai mursyid.

    BalasPadam
  2. in shaa Allah.
    doakan saya...

    ya,ada. ramai tu xpasti sbb yg sy kenal nmanya hnya 3 org. salah sorang drnya,sy pernh ikut kuliah n majlis zikir.dh xsihat sgt pun khbarnya.

    BalasPadam