Jumaat, 22 Februari 2013

Benar Cinta Pada Suami?

Aku sering tersenyum bila mendengar perkataan ayang, sayang, anje, bie, baby  dan sebagainya lahir dari seulas bibir mungel isteri atau suami.  Bila memandang sepasang suami isteri berpegangan tangan saat di jalanan...aku pasti tersenyum memandang.  Betapa bahagianya...betapa indahnya berkasih sayang.  

Aku terfikir, demikiankah melahirkan sayang pada suami.  Cukupkah dengan memanggil sayang...berpegangan tangan?  Cukupkah dengan hanya memasakkan makanan yang sedap2 bagi menyatakan sayang (ayat ni ayat jealous sebenarnya kerana aku sebenarnya memang hampeh...tak reti masak hahahahah... kesian..kesian...)  Pastilah benar...itu tanda kasih, itu tanda sayang.  Sebab sayang kita mahu buat semahu mungkin apa sukanya suami... wow!!  Ermmm...sekadar berbahagia di dunia rasanya itu tak  memadai kot... kekal ke rasa bahagia di dunia?.  Bila masa...kita tetap akan berpisah dan tinggal dalam kubur masing2...kan?  Lalu, kebahagiaan di mana yang lebih kekal...????

Bukankah lebih baik kita memandang lebih jauh ke hadapan.. pada suatu negeri yang lebih abadi lagi kekal.  Alangkah indahnya, kita bahagia di dunia, lebih bahagia di akhirat.  Malang sungguh andai kita berkasih sayang di dunia, tapi di sana suami di lempar ke dalam neraka angkara kita.  Tidak sukar rasanya kita membantu suami bagi menikmati indahnya syurga dan pada masa yang sama kita boleh menjadi ketua bidadarinya.

Selepas kita diijab kabul, terlepaslah bebanan ayah yang bertukar kepada suami.  Sebutnya berkahwin itu sungguh mudah tapi melaksanakan tanggungjawab amatlah payah.  Kita hidup bukan sekadar mahu di dunia sahaja, kalau boleh mahu sampai ke syurga Allah.  Ayuhlah para wanita, kasihanilah suami yang kita kononya cinta.  Tutuplah auratmu sebagaimana mahunya syariat.  Pastikan tudungmu melepasi dada Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga MELEPASI DADA mereka - 24:31 
Usah dibiarkan rambutmu terurai cantik bagi dinikmati bukan muhrimmu.  Cukuplah suamimu menghidu wangi rambutmu. Rasulullah SAW bersabda : Wahai anakku Fatimah!  Adapun perempuan-perempuan yang akan DIGANTUNG RAMBUTNYA HINGGA MENDIDIH OTAKNYA dalam neraka adalah mereka itu di dunia TIDAK MAHU MENUTUP RAMBUTNYA DARIPADA DILIHAT OLEH LELAKI YANG BUKAN MAHRAMNYA. Tak takutkah dengan amaran keras ini.  Masalahnya bukan kita sahaja menerima hukuman, suami yang tidak menegur juga terima padahnya. Aduhaii kasihan.  suami pun satu hal,kan... tegurlah isteri tu...gamak tak dengar cakap..jangan tido ngan isteri...isshhh...ni yang suami2 tak sanggup gamaknya hingga tega biarkan maksiat terus berlaku

Pakailah pakaian yang sesuai untuk wanita solehah.  Apa untungnya kita berpakaian sendat, berpakaian singkat.  Kita mendapat pujian manusia tapi kita dimurkai Allah dan dilaknat para malaikat.  Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.  Lantaran itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani - 33:59.

itu yang dimahukan Allah swt... Aku ni muhasabah diri sebenarnya...tulis di sini hanya sekadar berkongsi.  Jangan marah terasa di hati, andai tak suka..baling lap top ke dinding hehehhe... jangan baca la kalau marah,sis... ini sekadar berpesan2... Kita hidup sementara pada dunia nan fana' ni perlu saling menasihati kan...bagi menuju negeri abadi.

Sebenarnya, kalau pandang pada suami, aku jadi kasihan.  Sudahlah beban dosa sendiri di bawa, nak bawa lagi beban dosa isteri dan anak2.  Aduhaiii...sudahlah pahala mudah yang Allah janjikan untuk mereka tak mampu dilaksanakan dengan baik hehehhe... di tambah pula dengan dosa anak isteri.

Ayuhlah kasihan pada suami dan didik anak2 untuk kasihan pada ayah mereka.  Kita memang cantik... warnakan mata, warnakan pp, warnakan bibir.. memang double wow!! Suami memang tertarik lalu menarik tapi kalau begitulah kita di luar, dipandang orang lain dengan nafsu serakah... mahu disalahkan siapa berlakunya demikian.  Kening anugerah terindah ditarah2...aduhaiiii...dosa besar tu! (terfikir jugak...cantik ke kening yang ditarah?) Lalu suami akan ditanya Allah, kenapa kau biarkan isteri kau sedemikian.  Keluar pula dengan rambut cantik mengurai...aduhai... lagilah teruk suami dipukul dipalu.  Belum cukup dengan itu, pakaiannya yang sendat ... Dasyatnya penderitaan suami menuju akhirat!

Rasanya, biarlah sayang kita pada suami untuk akhiratnya.  Apalah salahnya, kalau kita berpakaian mengikut syariat.  Kita tutup sebagaimana hukum berkehendak.  Bertudung juga boleh berfesyen,kan.  Pakailah pakaian apa mahumu asalkan aurat terpelihara, jangan yang singkat, usah yang sendat. Tak susah rasanya tapi sayangnya kita sering terpedaya dengan  nafsu.  Bila dipuji terangkat diri...rasa terawang2 tak bepijak di bumi hehehhehe

Indahnya hidup bersyariat.....
dibilang cinta...bukan sekadar pada I LOVE U, ayang sayang bie atau apa je lah....
bukan sekadar cinta hanya di lisan tapi lanjutkan cinta pada perbuatan...


13 ulasan:

  1. terima kasih peringatannya, mudahan sama dapat manfaatnya, insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan.tkasih hadir d sini.

      Padam
  2. salam.. sy ada soalan juga luahan..
    sebelum berkahwin,suami sy meminati seorang gadis.tetapi cinta suami ditolak.dlm pada masa y sama, suami masih meminati gadis tersebut..sehingga kami berkahwin, sy mengambil tidakkan untuk block acc fb gadis tadi dari acc suami.terjadi sedikit perbalahan..akan dtg, gdis tesebut akn berkahwin dengan kwn baik suami sy..sy risau semasa menghadiri mjlis itu nnt, suami masih ada perasaan kepada gdis tadi.. sekarang, sy telah control fb acc suami dengan blok setiap gmbar khwin kwn baik suami sy agar suami tidak dpt lihat gmbar dimana terdapatnya gdis itu.. betul ke tindakan sy..apa hukum disisi ALLAH.. sy takut..

    BalasPadam
  3. hebatnya kasih anda pd suami :-)

    BalasPadam
  4. atau tindakan itu cemburu buta...

    BalasPadam
  5. Tuan Rumah,

    Izinkan saya mencelah atas kapasiti sebagai seorang yang bernama LELAKI.

    Adapun, suami Puan tersebut sebetulnya sedang keliru. Saya tidak boleh menyebut peri laku beliau memandangkan kami tidak pernah bersua muka.

    Namun, MAJORITI ego lelaki (awam) akan tercabar jika apa yang dihajatinya diTOLAK. Rasa tercabar ini bagaikan dadah yang memasuki saluran darah seorang lelaki lantas menghilangkan kewarasan untuk menimbang tara diantara nafsu, akal mahupun qalbu.

    Namun, bagaikan dadah..ketagihan kepada cabaran sangat membuak2. Sedangkan pada hakikatnya rasa ingin MEMILIKI gadis tersebut hanyalah satu fatamorgana sahaja. Maksud saya, semata2 ingin membuktikan kepada diri sendiri bahawa "aku mesti dapat apa yang aku mahu". Bila dah dapat, baru tepuk dahi sebab selagi bernama manusia..ia tetap manusia. Masa tu baru tau gadis tu sakit pinggang la, sakit lutut la..dll.. hehehe...Berbeza insan dengan manusia.

    Jika nak berbual mengenai perkara ini, mungkin panjang. Saya ringkaskan...bahawa seorang lelaki adalah seorang lelaki yang sejati jika dapat menakluk wanita2 kegemarannya.

    Pada mata kaca yang lain pula, sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku di alam maya ini mahupun di alam yang lainnya...semuanya adalah dengan PERANCANGAN dan KETENTUAN Allah swt dengan segala sifat KEADILANNYA.

    Maka tindakan Puan menghalang suami Puan dari melihat itu ini demi menjaga suami Puan sebenarnya adalah satu tindakan yang SILAP. Saya menjawab atas dasar pemikiran seorang lelaki...dimana yang sebenarnya Puan telah MENAMBAH RASA CABARAN kepada suami Puan.

    Kalau nak bertanya HUKUM. Adalah saya nasihatkan pada Puan supaya jangan mudah bertanyakan perkara hukum pada benda harus. Sangat bahaya. Contoh, jika ada orang tanya ..apa hukum pakai pensil. Jawabnya harus..sebab ia benda harus. Jadi jangan tanya. Silap2 jadi payah...macam apa yg terjadi dan dimaklumkan dalam surah AlBaqarah

    Confirm...Puan melakukan (Block itu ini) atas dasar CEMBURU, DENGKI, SAKIT HATI, MENYAMPAH, SEDIH, BENGANG, RASA NAK CARUT2 dan segalanya...semata2 nak jaga mata suami.

    Jika ini yang berlaku pada Puan, secara otomatik Puan telah memberi noda hitam pada hati Puan sendiri sedangkan suami Puan dan gadis manis tersebut apa pun tak tahu. Yang saya nampak benda mazmumah yang Puan semai. Last2 yang ruginya Puan sebab...masalah tak selesai..dosa dan noda hati pula bertambah.

    Saya cadangkan untuk Puan solat hajat, taubat dan istiharah setiap hari. Minta pada Allah selesaikan masalah Puan. Selagimana Puan berfikir diri Puan atau manusia boleh selesaikan masalah Puan...selagi itu lah Allah tidak akan bantu Puan. Berharap sungguh2.

    Soalan...errr..cantik ke gadis tu? Nak tau gak...hehehe..saya kan lelaki..!

    Allahualam

    BalasPadam
  6. teeima kasih atas sgala pnjelasan. adalh sy sungguh senang sekali lewat huraiannya bapak. jika sy ya...wanita..pastinya pnjelasan sy tidak begitu mnyebelahi pria kok... bnyk terima kasih... :-D

    utk yg brtanya,shbt sy jelas sekali mnjwb permasalahannya.sy send mungkin tidak begitu kuat cemburunya (ada tp sgt minima) jd..xmngkin lakukn sbgaimana yg saudari lakukn hehe...
    sbb tu sy bilang, hebatnya kasih anda pd suami. usaha itu perlu tp andai tiada izin Allah tiadalh jua berhasil justeru sy send melihat pd kekuatan doa sbg senjata.

    salam kasih....

    BalasPadam
  7. terima kasih....sy minta pendapat..bgus juga ada jawapan dari sebelah lelaki..seimbang.. terima ksih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      saya turut gembira.
      :)

      Padam
  8. Dahulukan suami....lyn masih ingat.nasihat penuh makna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...sbb dia raja selagi x menyuruh pd maksiat

      Padam
  9. buat den teringat ttg sesuatu........adeyh!!!

    BalasPadam