Jumaat, 15 Februari 2013

Titipan Kasih Seorang Sahabat

Ku mampirkan catatan ini di sini... untuk kita renungkan bersama-sama tentang apa yang aku pertahankan selama ini...yakni istighfar yang ada antara kita memperlekehkannya...  Sahabat yang mulia ini telah menggadaikan saat, minit dan jamnya hanya untuk memuaskan hatiku justeru aku sangat berterima kasih.  Semoga Allah melimpahkan rahmat untuknya, diberikan kesihatan dan diafiatkan fikiran agar dapat terus membimbing mereka yang memerlukan.  Semoga terus menghampiri kesempurnaan, sahabatku...


Berbalik kepada soalan sahabat tersebut…, soalan tersebut memang ringkas…. tetapi berat untuk dijelaskan. Memang tragis dan dahsyat. Ngeri sungguh sahabat tersebut  ! 

Kenapa saya katakan ianya berat. Tak lain tak bukan, kerana ianya berkisar kepada persoalan roh atau hati. Ilmu berkaitan roh. Suka betul sahabat saya tersebut bermuzakarah berkenaan rohaniah. Adoii..memang saya tak pandai dan tak reti bab ini..tapi kita share sama-sama, tegur sama-sama, bincang sama-sama dan tulis sama-sama. Arah kita sama, bahasa mungkin berbeza..amalan mungkin berlainan. Allah kan Maha Kaya lagi Maha Bijaksana.



  • Namun, dalam kelemahan-kelemahan ini telah Allah jadualkan untuk saya berani memperkatakan serba sedikit berkaitan ilmu yang sangat sulit ini walhal, saya bukan ahlinya, bukan pakarnya..maka untuk itu dengan rendah hati saya memohon keampunan dari Allah SWT dan kemaafan kepada yang membaca tulisan ini seandainya terdapat kekhilafan yang sebetulnya merupakan hikmah kepada hamba-hamba Tuhan seperti kita.

    Selayaknyalah, istighfar merupakan ADAB hamba kepada Tuhan nya pada setiap waktu. Itulah yang diajar oleh Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w untuk ditaati oleh umatnya. Baginda mengajar kita supaya menjadi makhluk beradab. Paling penting, beradab dengan Tuhan. Beradab dengan PesuruhNya. Buat salah atau tak buat salah..adalah adab hamba kepada Tuhan untuk istighfar..tak kira dia orang biasa, orang feqah, orang tarekat atau orang hakikat. Jika ada yang menolak ibadah ini maka orang tersebut tidak beradab dan tidak tergolong dari mana mana golongan di atas melainkan mereka hanya berangan-angan sahaja.
  • Macam yang saya katakan tadi, tak peduli samada dia seorang ulama fuqaha yang tinggi ilmunya, seorang sultanul tarekat mahupun hakikat yang hebat sehingga boleh berzikir di udara atau melepasi lautan dengan hanya berjalan kaki, namun jika menolak adab untuk beristighfar kepada Allah maka ketahuilah bahawa betapa hinanya manusia tersebut yang sombong, bodoh lagi biadap serta tidak selayaknya dianggap sebagai seorang muslim apatah lagi untuk diangkat sebagai guru mahupun mursyid.

    Keras amaran Allah dan Rasul tentang adab istighfar ini jika ditolak. Malahan ianya digenggam kemas oleh kesemua ahli Allah. Jangan dakwa diri hampir atau telah mencapai makrifat jika adab pertama (istighfar) ini diketepikan begitu sahaja. Fahamilah, jika tiada beradab kepada Tuhan, maka sesungguhnya lah saya rasa tuan puan sekelian lebih maklum apakah bahasa yang lebih tepat untuk makhluk berbangsa hamba yang sedemikian rupa. 

    TITIPAN LENGKAPNYA DAPAT DIBACA PADA KOMEN DI POST SAYA YANG BERTAJUK AKU DENGAN TUHANKU
  • 3 ulasan:

    1. Inilah orangnya...seorang sahabat yang sering menjadikan hati saya dingin bak salju... echeh.. hehehe... saat saya dalam kelelahan fikiran, kesuraman jiwa, ayat2nya kembali saya baca demi mengembalikan semula rasa.

      Indahnya bersahabat, ternyata sudah. Tidak perlu bercinta tapi cukup berkasih sayang kerana Allah. Biarlah tiada dizahirkan diri, cukuplah pesanannya menyegarkan roh... cukup memadai bagi saya yang dalam usaha menuju Allah

      Terima kasih, Allah kerana mengirimkan dia saat saya lagi lara sehingga dibasuhnya semua kelukaan saya dengan bicara indahnya. Luka yang dulunya berdarah bernanah telah kering dengan pujukannya. Parut sedikitpun tiada lagi tertinggal dengan keikhlasannya. Cukup Kau hantarkan saya seorang sahabat, kerana dia tidak lokek menghulurkan ubat.

      Terima kasih awak... tunduk pada kehendakNya yang mahu awak berterusan menjadi lilin saya.
      Kenalilah jiwa saya, sentuhlah roh saya, selamilah qalbu saya...

      BalasPadam
    2. nota.. kalau Nelofa, dengan segera Pak Cik datang..heheh.

      BalasPadam
      Balasan
      1. untung sungguh Nelofa hahahaha....

        Padam