Selasa, 12 Februari 2013

Bila di Khianati....

Menerima tetamu yang telah lama tidak ketemu membuatkan diri sungguh rasa teruja... Rasa tidak mahu melepaskan pandangan daripada wajah yang cukup dirindu.  Pertemuan pertama disusuli pertemuan kedua di tempat yang paling aku suka... di tepi pantai, kebetulan dia menginap di chalet di situ.  Kesempatan kuambil untuk bersamanya selama mungkin sebelum dia pulang ke negeri Sembilan.

Terasa nyaman di elus bayu laut...sesekali angin menampar keras...terangkat tudung yang tersarung membuatkan khayalan sesekali tersandung.  Bersama keasyikan mencari pahala percuma, memerhatikan laut yang terbentang luas... kami berbual-bual santai.  Banyak yang dibicarakan setelah 15 tahun tidak bertemu..  sehinggalah tiba-tiba dia mendengus kecil ....

"Susah sangat ke lelaki nak setia, Ku?" Aku berpaling dan menatap wajahnya yang kelihatan sendu.  Kali pertama bertemu, tiada kelihatan resah bertamu, hanya keceriaan yang berpadu.

"Kita pompuan pun sama la, kak.. pertanyaan yang sama boleh diterbalikkan!" Aku mengangkat punggung dan bergerak untuk duduk berhadapan dengannya supaya lebih selesa dan dapat mendengar sambil memandang wajahnya.

"Susah nak tafsir lelaki ni... ntah apa dia mahu ntah. Semua dah beri, seluruh kehidupan di abdi.. kesudahannya selingkuh!"
Aku mula mengesan, ada riak tidak senang pada wajahnya.  Dan yakinlah aku, berkhalwat dia di chalet hampir seminggu rupanya datang membawa hati yang lara.

Inilah cerita yang tiada kesudahannya.  Cerita yang tiada akhirannya!
Aku secara peribadi... 
aku melihat pada diri aku sendiri.  Sudah pasti yang aku katakan pada diri, sudah tiba saat aku di uji sebab Allah ingin melihat sejauhmana benarnya janji dan ikrarku bahawa aku menyintaiNya.  Aku pasti akan membujuk diri bahawa ujian ini Allah beri, Dia juga akan selesaikan dan aku agak nyaman selepas itu.

Kemudiannya aku akan ingatkan diri aku...
betapa hari ini aku dikhianati suami...baru saja berapa hari...
tapi aku khianati Tuhanku lebih lama lagi... Usia sudah menginjak 43 tahun.. berpuluh2 tahun aku khianati Tuhanku dan Tuhanku tetap tak pernah marah malah menurunkan rahmatNya yang berterusan.  Haruskah kerana berapa hari aku dikhianati, aku pulaukan suamiku, aku pancarkan api kemarahan pada wajahku, aku lantunkan suara petir pada butir bicaraku...sungguh tidak patut.  

Aku khianat Allah lama... aku buat apa yang Dia tak suka.. Aku dua tigakan Dia... Dia dengan kasih sayang dan rahmat.. tak pernah membenci malah terus memberi, dengan demikian aku kini tersedar, betapa aku punya Dia yang pengasih, sungguh bodoh aku menolak Dia dan tiba masanya aku berlari ke dalam pelukannya.

Begitu juga aku dengan suamiku... dia khianati aku.. andai aku berperilaku yang menjengkelkan pasti dia akan semakin menjauh dariku justeru aku harus menyantuninya lebih dari dahulu.  Ku tahu dia selingkuh tapi aku kuatkan hati bungkuskan segala apa yang ku tahu dan kusimpan jauh di sudut hatiku malah kubenamkan dalam agar tiada kelihatan lagi ianya..... Apa yang mampu aku hamba lakukan, hanyalah berusaha memenangi hatinya semula dan berdoa sebelum kuserahkan semuanya kepada Dia untuk dihakimi.

Aku khianat juga pada kedua orang tuaku sedikit masa dulu.  Kini Allah memberikan aku rasa.... apa rasa orang yang dikhianati... aduhaiii...sakitnya rasa.. begitulah runtunan hati ibu bapa.  Ampunkan aku mak, ayah

Aku khianat pada kekasih yang setia pada cinta.  Aku tinggalkan dia hanya kerana adu domba.  Aku hukum dia tanpa memberi peluang diri dibela.  Malunya dia dan keluarga hanya kerana onarku belaka... kini aku rasa, apa habuan yang telah kuterima.  Rasakan pengkhianatan yang lebih tersiksa...sampai menderita.

Aku khianat pada diri sekian lama.  Aku dari roh suci yang menyaksikan, berjanji dengan Allah bahawa Allah adalah Tuhan manakala aku ini adalah hamba (Alas tu birabbikum qalu bala shahidna) tapi hadir di dunia, aku lupa semuanya.  Dosa demi dosa terkumpul dan roh suci aku kotori hari demi hari. Aku khianat pada janji pada saat alam roh. Aku khianat hanya kerana aku menyintai nafsu melebihi akalku sendiri.  Hari ini, tika dikhianati...mahu memaki2, mahu bunuh diri?????  Sungguh tak patut!

Terlalu banyak pengkhianatan yang dilakukan...tiba masa kita pula dikhianati.  Kenapa enggan untuk reda.  Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya - 2:233   Bukankah dunia ini tempat di uji.  Allah dah berfirman dalam surah al Mulk, kenapa tidak mahu mengambil pengajaran, ambil ingatan. 
Dan jika Allah mengkehendaki, nescaya Dia datangkan kesulitan kepadamu - 2:220 

Darjat kita mahu dinaikkan oleh Allah.  Kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Dan Allah mengetahui sedangan kamu tidak mengetahui - 2:232 Kesakitan yang kita lalui hari ini bukanlah sia-sia.. Saat kita sembuh dari kesakitan, kita akan jadi orang baru yang lebih bersemangat, percayalah!

Suami khianati kita, suami selingkuh di belakang kita..sungguh kasihan dia, terpengaruh dengan nafsu yang menyesak. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku - 12:53

Usahlah menangis, usahlah bersedih sayang... ini ujian Allah untuk menguji iman kita, kesabaran kita.  Tuhan itu berada di mana2 sahaja manusia berada - 57:4 makanya kita tidak keseorangan.  Kita berteman. Dia maha dekat - 34:50.  Mohonlah keampunan, pohonlah keringanan, pintalah kemudahan.  Hanya Dia saja yang kita punya Dia lebih dekat daripada urat leher - 50:16.  Dia sentiasa mendengar, tak pernah jemu mengabulkan permintaan...yakinlah! Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi tidak mengantuk dan tidak tidur terus menerus mengurus makhluknya - 2:255

Manik jernih itu menjadikan aku turut karam dalam kesedihan.  Esakan kecil buat aku turut menangis di dalam.  Perlahan air mata diseka dan lembut dia berkata, "Ku dah berubah sangat...sangat!"
Cukup untuk kau tahu,kak... perjalanan aku yang penuh berliku punya didikan yang sangat berharga.  Kukutip satu persatu mutiara yang kutemu dan kusimpan jadikan dia simpanan berharga. Kubuangkan segala kerikil supaya tidak menyakiti aku dan insan lain.  Mutiara kuperoleh, kusimpan dan kuagih...biar sama merasa.  Siapa terima, dan memanafaatkannya...itulah kebahagiaan untukku yang nyata, andai mereka terima tapi mereka lontarkan jauh dari mata...itulah hak mereka dan aku tak mampu memaksa!

Pertemuan berakhir di situ dengan harapan dia kembali ceria.  Agak payah dia menerima tapi aku berdoa semoga kekuatan daripada Allah itu menjadi miliknya.  Aku tidak mampu memaksa, aku hanya mampu bicara.  Ternyata bahu yang memikul itu lebih terasa beratnya... aku sendiri memikul beban yang tersangat berat, kak...tanpa sesiapa pun tahu.  Kalau air mata jadi teman bicara, pasti telah keringlah sudah cumanya Allah kuatkan hatiku dengan pimpinan bicaraNya dan RasulNya.
Tiada siapa tahu bebanan yang kugalas ini tapi aku sentiasa berdoa agar bebanan ini semakin mencair bak garam di air dengan rahmat kasih sayang Allah...
ALLAH ITU SEBAGAIMANA KITA SANGKAKAN, KAK....

****************

uhibbuki fillah

3 ulasan:

  1. Tinggi nilai sabar dan makan hati kut dalam ni ye. Allah dah programkan dairi hidup mati seluruh makhlukNya. Tawakal, doa, usaha, doa, tawakal..



    BalasPadam
  2. sy sentiasa ingat akn pesanan awak utk tersenyum saat di duga...

    Allah pimpin hati sesiapa yg Dia berkehendak.
    sy bersyukur punya sahabat yg sentiasa d cc sy saat sy perlukan meskipun tiada zahirnya... roh sapa mesra d usap... Alhamdulillah.
    sy sdh mampu trsenyum bagai org gila yg sudah hilang rasa.. baik suka baik duka...tiada bezanya..hanya Dia.

    tkasih,awak...

    BalasPadam