Ahad, 10 Februari 2013

Hidayah Allah

Tidak mampu berubah kerana Allah tak beri hidayah....? Belum sampai seru!!!!  Lahaiiii... cedih dek nooonnnn.... haiisshhh.... hehehehe....  Teringat kata2 ustaz Zul, ada ketikanya, lafaz kita boleh membawa kita kepada murtad...na'uzubillah
Jadi harus hati2 ketika bercakap...sebab tu diam itu lebih baik dari berkata2...takut2 terlebih sudah!


Dok peluk tubuh macammana hidayah nak turun.  Perut rasa lapar... macammana nasi nak penuh perut kalau tak de usaha pun nak pegi cari nasi... nak tunggu nasi turun dari langit? Awak tu sape... nak jadi macam nabi Musa?  Nak jadi macam Maryam yang makanannya dihantar Allah...lahaiiii... jauhnya kita ni ibarat langit dengan bumi... bawa2 la istighfar

Hidayah tak kan turun macam tu je...kena la usaha sket.
Berusaha untuk jadi baik...contoh eh.... kalau dah ada perancangan nak buat maksiat...dah memang set cantik punya... cuba bisik pada hati... kalau tak buat pun bagus...tak de pekdah pun buat2 maksiat ni, baik dok umah tido.  Nafsu mesti bantah punya tapi kita cubalah kuatkan hati... masuk bilik, tarik selimut, tutup muka dan katakan tidak untuk keluar buat maksiat.  Itu mujahadah namanya hehehhe... berjuang lawan nafsu sungguh2... manalah tahu dengan bersungguh2 cuba tolak maksiat, masa itu Allah turunkan hidayah.  In shaa Allah...kita akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Kita ni sebenarnya memerlukan Allah,  - 47:38

Macam tu juga solat... memang pemalas yang amat nak solat...memang tak pernah solat pun! Solat tu mudah hanya kepada orang yang sabar...tak gitu!?
Cuba buat sesuatu untuk tarik hidayah Allah.. Pejam mata..lari masuk bilik air..amik wuduk dan cepat2 bentang sejadah... angkat takbir laju2 sebelum nafsu kata...jangan solat...takde pekdah!
cuba la...cuba!  Mana la tahu...dengan menguatkan hati untuk solat, ketika angkat takbir, Allah turunkan hidayah... Allah longgarkan sendi kita untuk rajin bersolat, Allah mudahkan kita untuk beramal.  Hidayah tu hak Allah...Dia pegang, Dia genggam dan Dia yang akan beri. Tak sape pun boleh nafikan kalau itu memang dah hak kita. Barangsiapa dikehendaki Allah (dalam kesesatan) nescaya disesatkannya.  Dan barangsiapa dikehendaki Allah (untuk diberi petunjuk) nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus -  6:39

Bertudung pun sama... pakai je walaupun tak ikhlas...walaupun pakai kerana rambut banyak kelemumur hehehhe.... lama2 sok, ikhlas lah jadinya!  Mula2 pakai tudung atas dada...tak pe lah...dah itu awak rasakan cantik...apa nak katakan,kan... Mintalah kekuatan daripada Allah hari demi hari semoga kita mampu benar2 ikut syariat.  Allah tu tak lokek...Dia beri, Dia tak kurang apa pun... in shaa Allah...Dia akan beri dengan syarat kita minta...kita jangan sombong.  Nak sombong buat apa, bukan boleh tembus bumi. Allahlah yang membimbing kepada kebenaran - 10:35

Kita ni, usahlah pandang orang yang kita nampak dok buat dosa tu dengan pandangan senget.... cuma pandang n berdoalah semoga dia berubah.  Kita ni bukan Tuhan yang nak tentu syurga neraka orang.  Orang yang kita pandang dok buat dosa tu, kalau Allah beri hidayah, dia boleh jadi lebih baik dari kita... hidayah tu Allah genggam, dia yang boleh beri, dia yang boleh tarik.  Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia.  Dan jika Allah MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya -  10:107  Kita tak tahu, barangkali orang tu ada kebaikan dia yang menjemput hidayah Allah... yang membersihkan hati adalah Allah - 24:21.  kita yang dok perasan suci ni, barangkali ada kebusukan yang kita sorokkan dari pandangan orang tapi tidak jauh dari tilikan Allah...boleh je kalau Allah nak pesongkan hati kita...dari konon2 baik kepada sebusuk2 makhluk. Hati kita ni antara dua jari Allah...kalau Allah nak terbalikkan, bila2 masa je. Jangan dok buat main dengan kerja Allah... jangan pandai2 nak jatuh hukum pada orang... Kita ni hamba je, tidak pernah ada daya...kekuatan tu milik Allah semata,..jadi hati2 beb.... Kalau dah baik tu, bersyukurlah..barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri - 27:40.  Doakan je orang lain untuk turut berubah, bukan menghina, bukan mengata.  Jangan dok perasan sangat kita ni baik sebab bawa amalan tu amalan ni... cuba tanya pada diri setiap ketika... IKHLAS KE AKU NI?????

********
check diri sendiri...
audit diri...

1 ulasan: