Rabu, 13 Februari 2013

Makan..Makan...Makan...

Sampai pada pesanan Allah dalam surah Al Baqarah tentang makan....
Makan apa saja di bumi yang halal dan elok... bacaan aku terhenti di sini.  Sempat melengung sat! Sayang sungguh Allah pada kita... sah2 Allah tak nak kita jadi habuan api neraka tapi kita pulak yang memilih jalan yang salah sampai2 ada yang sanggup kata.... Allah dah sediakan syurga dan neraka.  Kalau semua orang nak masuk syurga, sape nak masuk neraka.  Wa'iyazubillah.... Ada juga orang macam ni eh... tahan ke meski sesaat dibakar api neraka? Allah...Allah...

Sudah berpesan Allah akan kita, pasti ada sebabnya.  Tak ada satupun yang ALlah larang tiada bersebab.  Segala yang Allah haramkan pasti ada mudharatnya... kan...!  Allah tak bagi berjudi, tak bagi minum arak, tak bagi berzina, tak bagi makan khinzir...semuanya ada sebab bagi yang mahu berfikir.

Teringat aku akan pesanan pak ustaz, nak makan, makanlah... tapi makanlah cara orang beriman.  Hidup,bermasyarakat harus seperti cara orang beriman kerana dalam amalan orang beriman terkandung kebaikan untuk jadi ikutan.  Orang2 beriman inilah harus kita jadikan contoh bagi menjadi orang berbahagia.  

Perut memang mendesak untuk dikenyangkan tapi haruslah hati2... pastikan benar2 halal dan elok.
Jangan makan yang syubhat kerana nanti susah mahu beribadah.
Jangan makan yang haram kerana nanti mudah sangat melakukan maksiat.


Jasmani mungkin tak nampak sangat rosaknya kalau amik yang syubhat atau haram tapi rohani, confirm rosak! Sebab tak mengambil kira apa yang masuk ke perut, janji kenyang ini barangkali yang menyebabkan kita mengikut langkah2 syaitan.  Patutnya ikut langkah orang beriman, tapi lain yang kita ikut... haruslah rugi!

Sebab kita tak boleh nak jaga benda yang simple macam ni... kita susah nak jaga pandangan,kan?  Kita susah nak jaga hati.  Rasa nak jadi baik...tapi tak boleh nak baik.. langkah kita tetap jadi tak sempurna.  Ayuhlah..perhatikan makanan yang kita ambil!


*************
Semoga kita semua diterima Allah sebagai orang yang berbahagia

9 ulasan:

  1. erkkk.......klo kita rase was-was bila org belanja kita mkn....harus x kita x memakannya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa nak was2...
      sebab dia taik judi?
      sebab dia kaki rasuah?

      Kalau was2...buat apa nak buat. bacan surah an nas banyak2 :)
      was2 tu dari syaitan!

      Tinggalkanlah apa yang meragukanmy kepada apa yang tidak meragukanmu” (HR.Tirmidzi)

      Dari Abu ABdillah Nu’man bin Basyir r.a,”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhat, berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa dia adalah hati’”(HR. Bukhari dan Muslim)

      Kita ni...kalau barang2 tak elok masuk perut, jadi darah daging....takut doa terhijab... pastu dok salahkan Allah..tak makbulkan doa. Teruk kita ni, kan. Tak pernah nampak salah sendiri

      SERONOKNYA JADI ORANG YANG WARA'
      :)

      Padam
  2. akak memang laaa....memang....aiiii

    tp sungguh....sy ada was2 bile org2 tertentu nk belanja..dpt2 bile minggu tu byk 'kambing'....huhu....

    BalasPadam
  3. kalau saya... saya akan ucapkan...terima kasih..:)
    saya dah bawa bekal dari rumah hehehehhe

    BalasPadam
  4. Orang pompuan suka bawa bekal dari rumah sebab memang suka masak..atau tak mau bazir makanan semalam yang tak sedap tu :). Orang lelaki pulak tak bawak bekal sebab tak reti masak atau kesian kat wife yg dok masak awal pagi sampai lewat petang. Kalau bawak bekal pun pasal wife dah sediakan tanpa diminta Ini semua jawapan orang yang ada duit.

    Orang kurang duit pulak akan bawak bekal sebab nak share makanan dn family.

    Macam2 jawapan dari orang tak dak duit dan ada duit. Itu cerita bekal atau undangan makan. Tapi kalau dah diundang tu, wajib la penuhi undangan melainkan ditolak untuk menyelamatkan iman.

    Tapi berapa ramai dari kita yang dok pikir bekal sesudah mati? Bekal dalam kubur? Bekal di Padang Mahsyar? Bekal di titian sirat? Bekal ketika dipertanggung jawabkan amal baik buruk?

    Bekal yang sama atau bekal yang berlainan? Entah...kita pun tak tahu kan? Kita pun main agak agak je selama ini? Nak tanya siapa ekkkk...? Atau masih tetap kita dengan andaian sendiri..? Yang pasti, jangan tanya saya sebab saya tak reti.

    Kita tanya orang yang tahu. Kita tanya pada ahlinya. Kalau nak belajar buat karipap..tanya lah cikgu yg masak karipap. Jangan tanya cikgu matematik.

    Adapun..pada pendapat saya yg cuma belajar takat tingkatan 3 ini saja.... bab was-was adalah sangat tak bagus melainkan terang-terangan membahayakan iman. Setiap jemputan...kita wajib penuhi undangannya. Sekali pun diletakkan racun tanpa kita ketahui...Allah yang Maha Berkuasa nak bagi jadik atau tidak racun tu.

    Mana tau..bila kita penuhi undangan, maka Allah campakkan hidaya dan taufiq pada kita dan dia. Allah kan boleh membolak balikkan hati manusia.

    Tak de halangan nak makan melainkan kalau awak bantai kolegen..nak bagi cantikkkkk..

    "apa yg saya nak sampaikan ialah duduk maqam tawakal"

    BalasPadam
    Balasan
    1. na'am..
      Yang jadi persoalan ialah.... ada orang ajak kuar makan tapi sebentar tadi dia baru terima rasuah ;) erkkkkk...
      bagaimana tu?
      perlu was2...tolak dengan baik?
      tawakal....makan je...husnuldzon?

      Padam
    2. hahahaha kolegen???
      bukan untuk setakat cantik..tapi untuk sihat ...biiznillah

      jom..saya belanja awak kolegen ;)

      Padam
  5. Ok...katakan saya main judi. Menang pulak tu. Kemudian saya beri awak makan (belanja). Apa tindakan awak ?

    Nak belanja saya kolagen? Hahaha..nanti saya ayu..awak gak susah


    BalasPadam
    Balasan
    1. ha... tu la... duit judi tu..
      lagipula tahu...
      tak tahu lain citer heheheh..
      tindakan saya... sy cuba elakkan kerana saya tahu asal mana duit tersebut. saya ragu2....
      pendapat awak, apa yang harus saya lakukan? :)

      awak ayu...saya gembira hahahaha...

      Padam