Khamis, 14 Februari 2013

Pahala Percuma

Ketika aku di khabarkan bahawa aku diumpat dikata dicerca oleh seseorang yang aku kenali setelah 2 kali dia bertamu di rumah...membuatkan aku termenung sendiri.  Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain.  Mahukan kamu bersabar? dan adalah Tuhanmu maha melihat - 25 : 20  Pujukan Allah ini memang berbekas di hatiku.  Setiap kali aku rasa teraniaya, setiap kali rasa dizalimi, ayat ini cukup untuk menjadikan aku tenang sehingga aku mampu tersenyum lebar, Aku cuba mengingatkan apa agaknya silap aku sehingga begitu marah sekali dia padaku.

Tiada sedikitpun rasa marah terdetik di hatiku melainkan rasa ingin tahu memuncak...dalam usaha aku menjaga perilaku dan tutur kata, rupanya masih ada hati yang terasa.  Aku melihat2...bermula dia jejakkan kakinya ke rumahku untuk mengambil kunci pejabat dari tetamuku yang merupakan rakannya.  Meski dia tidak aku kenali, aku tetap mempersilakan dia masuk ke rumah bagi meneguk sedikit minuman dan menjamah sedikit makanan kerana banyak makanan yang berbaki.  Dia tidak menolak...Alhamdulillah.  Aku senang sekali dengan penerimaannya dan inilah nikmat Allah bagi pada hari tersebut.

Kali kedua, dia bertamu dengan rakan2 wanitanya seramai 3 orang ke rumahku...ziarah hari raya.  Sebagaimana biasa, tetamu wajib dilayan sebaiknya dan aku cuba semampuku bagi memberikan keselesaan kepada semua tetamuku.  Berborak dari satu topik ke satu topik (walaupun ada perkara yang cukup tidak aku senangi aku layan semampu mungkin meskipun aku rasa hampir pitam menahan perasaan hehehhehe)...sehinggalah azan maghrib berkumandang.  Aku mempersilakan tetamuku untuk ke bilik tetamu jika mereka  tiada keuzuran dan tetamu lelaki tunggalku tetap di tempat duduknya masih selesa dengan minuman dihadapannya.  Aku juga  tidak berganjak demi melayan persoalan demi persoalan sehingga azan isyak pulak hampir berkumandang.  Mereka semua minta diri untuk pulang.  Maka pulanglah mereka....

Setelah itu, mereka tidak lagi aku temui kecuali salah seorang daripada mereka.  Tiba2 sampai ke pendengaranku akan umpat keji yang mampu mempengaruhi orang lain.  Aisye man... apa ke hal.. apa ke hal...Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka.  Dan kalau kami kehendaki,nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu - 47 : 29&30

Tapi demi Allah, aku tidak menyalahkan si lelaki budiman itu sebaliknya aku tahu...puncanya dari aku sendiri.  Jika telahan aku benar...maka aku puncanya.  Kesilapan aku hanya....
tak bangun masuk bilik selepas azan berkumandang sehingga mendatangkan fitnah.  Barangkali, si lelaki budiman itu menganggap aku adalah pompuan yang munafik hehehe... pakai jubah segala (pelik kalau orang anggap pakai jubah itu orang baik! Tapi demi Allah dan Rasul, aku memang nak jadi baik) tapi tak solat. Kuang...kuang...kuang.. (kita baru serupa wahai lelaki budiman, sama2 tidak solat hehehehe).  Allah je yang tahu, kenapa aku membatu di kerusi itu.  Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan - 16 : 19  
Tentu sebab itu, kalau tidak tak kan perkataan, "Alim sangat ke dia?" keluar dari mulut sorang lelaki pada isterinya. Sedih hehehehhe... (sedih sungguh sebab hanya kerana aku diaorang bergaduh!) Blog aku pun jadi mangsa... tak diberi isterinya baca hanya kerana seorang lelaki budiman.

Aku bukanlah wanita suci, aku punya dosa bertepek2 tapi aku tak pernah berhenti dari sucikan diri... diterima atau tidak, bukanlah kerja aku tapi itu kerja Allah belaka.  Kerja aku adalah meminta dan meminta tanpa sedikitpun tergesa-gesa.  Janganlah mengata-ngata saya...saya kesian kat awak... nanti muflis kat akhirat, sayang  hehehhe
Tidak ada satu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat) - 50 : 18

Aduhai lelaki budiman, terima kasih... daripada umpatanmu:
1.  Aku dapat pengajaran supaya berbuat sesuatu mesti gunakan akal supaya tidak datangkan fitnah.

2.   Aku mendapat pahala percuma... aku mendapat segala kebaikanmu dan segala keburukanku akan jadi tukarannya... Alhamdulillah

3.   In shaa ALlah.. aku akan jadi orang yang kaya raya di akhirat sana...

4.   Mendidik hatiku untuk sabar, tenang dan sentiasa memandang Allah pada tiap perkara

Aduhai lelaki budiman, sesungguhnya aku berdoa kepada Allah agar :
1.    tidak lagi kau menjadi seorang yang lemah iman.

2.   Allah mengirimkan hidayahNya kepadamu.

3.   Kamu diberikan kekuatan untuk menolak segala keburukan

4.   Kamu berbahagia bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua....


*********
Haruskah marah sedangkan kita punca masalah??????
senyum dan katakan...Alhamdulillah

3 ulasan:

  1. Sebetulnya kena rasa takut sebab berkemungkinan Allah yg sound. Depa tu asbab aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sahabat saya berjawatan tinggi. Meskipun di dalam mesyuarat bersama ahli majlis ekonomi negara yang di pengerusikan oleh TPM, dengar sahaja azan Asar..beliau terus keluar untuk menunaikan solat fardhu. Mulanya memang jadi buah mulut. Tetapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan, TPM akan menghentikan mesyuarat dalam 15 minit sebab dia tau ada seorang gila yang tak perduli apa akan belah begitu sahaja menuju ke mesyuarat yg lebih utama. Anak bini dia pun sama gila seperti dia. Tak menghormati orang lansung bila masuk waktu solat. Emm...

      Padam
  2. sy justeru lebih berhati2.... perlu hipokrit ada masanya spy tidak mnjadi fitnah!!!
    org pompuan ada uzur syarie..ada org llaki.. pd hari raya aidilfitri, dia boleh mndi wajib. hbis sj solat aidil fitri, dia kembali uzur hinggalh dtg aidil adha hehehe..kesian..

    elok jd org gila...apa org kt,peduli apa!

    BalasPadam