Isnin, 4 Mac 2013

Berperang Secara Ghaib

Aku sebenarnya suka mendengar cerita... kemudian cerita2 itu akan aku kenang2 kembali terutama saat aku sukar untuk tersenyum.. :)
Hal demikian kerana, cerita2 yang aku dengar mampu membuatkan aku tersenyum lebar dan adakala boleh buat aku tertawa sendiri heheheheh.....
 
Tidak lama menulis kerana bukanlah Allah berkehendak untuk aku berbuat demikian.  Banyak yang  mahu dikongsikan terutama hal2 dalam pengajian tetapi memang di luar batas mampu aku andai Allah tidak mengizinkan  untuk berbuat demikian.
 
Penat mata menatap naskah ujian murid...agak sedikit tegang memikirkan banyak buku latihan tidak berusik, kertas ujian yang harus disiapkan dalam tempohnya untuk tidak menyusahkan orang lain, karenah murid yang perlu dipantau...banyaknya amanah digalas untuk dilunaskan... demi hak diri untuk berehat, justeru aku berehat di sini... kerana ada sesuatu yang buat aku tersenyum yang ingin aku kongsikan.
 
Aku sentiasa mengkagumi orang yang tinggi ilmunya... Kalau boleh nak duduk berlaga lutut dengan orang2 hebat tapi apalah daya aku wanita :-D
Bila ada seseorang yang meminta izin ketuanya untuk pulang kerana harus ke GAZA bagi berperang, lagilah aku diburu rasa takjub... bila dikatakan dia ke GAZA bukan dengan pesawat tetapi secara ghaib lagilah aku takjub hahahaha... pergghhh...hebat tul ilmu orang hari ini.  Hebat betul pergi berperang secara ghaib... macammana eh...  aku pun berperang juga secara ghaib tetapi aku tak perlu minta pulang awal dari pengetua hehehe... aku akan hantar senjataku ke tempat saudara2ku sedang berjuang tanpa perlu bercuti... boleh saja aku hantarkan hatta ketika sedang menghadap hidangan hehehhe....
 
Teringat aku akan Rasulullah saw.... meredah padang pasir, naik unta, berpanas terik dalam perjalanan, pernah patah gigi baginda, menggali parit dan sebagainya lagi... seingat2 aku yang baca sirah pun tak sepenuh hati ni ... masih banyak yang aku ingat2 lupa, tak pernah Rasulullah pergi berperang secara ghaib.  Macammana umat Rasulullah boleh lebih hebat daripada Rasulullah agaknya eh...
Teringat pulak akan malaikat yang dihantar Allah untuk membantu Rasulullah dalam peperangan.... ermmm... tu malaikat... awak?
 
Memang akal aku tak sampai untuk berfikir... aku pun tidak menidakkan ilmu orang lain. sudah aku katakan tadi bahawa aku sugguh takjub.. :)
Aku ingin halusi ilmu ini...barangkali ada orang yang sudi untuk berkongsi.  Siapalah agaknya yang boleh memberikan aku faham. Aku sedang menunggu jawapan daripada Allah.
Aku ni memang agak membosankan...tak ada dalil dalam quran, tak ada pada pembawakan Rasulullah, aku memang payah sedikit... maklumlah aku ni sangat jahil..sangat kurang ilmunya.
 
Semoga Allah terus mengizinkan aku untuk tersenyum...
 
salam kasih

8 ulasan:

  1. mcm tahu je kisah nie....dr berperang kt GAZA, baik p tolong org kt sabah tu..

    InsyaAllah, ada org akan terangkan tentang nie...sbb sy sendiri mau tau tentang perkara nie.....hebat jg la ilmu alam ghaib spai org yg x solat pon kagum n nk join misi nie.

    BalasPadam
  2. erkkk.... hehehehe
    ilmu orang eh...susah nak faham
    Tak sama bayi yang baru dilahirkan dengan orang tua yang punya banyak pengalaman heheheh... baik sangka je lah...

    tel saya tertinggal kat sekolah :'(

    BalasPadam
  3. ilmu itu luas tp kena pandai pilih juga kan.....huhuhu.....baik sangka la nie...tp kak, ntah knp le depa skg mcm sengaja cri pasal dgn sy....adoi aii.....


    tel t'tgl kt sekolah ? :) x apa la, sok je le amik...pastu tgk, byk x msg2 yg msk kt inbox.....hehehe....nasib baik x msg arini sbb tergerak hati nk msg masa kt opis ptg td...

    BalasPadam
  4. tel saya jarang masuk mesej kecuali notification fb..
    itu yang selalu berdentung2 tengah malam hehehhe...

    BalasPadam
  5. sbb akak pon malas nk msg org...tu pasai la....hehehehe.....

    BalasPadam
  6. Pada pandangan saya yang tak reti apa ini..adapun ilmu Allah tersebut Maha Luas. Allah Maha Kaya dan boleh buat apa sahaja.

    Berkaitan ilmu laduni ini, tidak dapat dinafikan ianya ujud dan hanya layak pada orang tertentu.

    Sesungguhnya agama itu terdiri atas ilmu dan amal. Itulah yang menjadi pertimbangan yang akan membezakan wali-wali Allah dan wali-wali syaitan.

    Barang siapa yang mengikuti kitab dan sunnah, maka peristiwa di luar kebiasaan yang terjadi pada dirinya adalah disebut karomah.

    Dan barang siapa yang membangkang kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, maka peristiwa di luar kebiasaan itu adalah dari syaitan dan dinamakan istidraj.

    Tujuan untuk fisabilillah adalah murni. Namun bila berkata kata untuk menunjukan ke"luarbiasaan"..itu adalah menyedihkan.

    Saya sendiri selau terbang dari KL ke Kedah dan memakan masa hanya 40 minit. Perkara itu kerap berlaku kepada saya.. selalunya saya terbang bersama MAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy akur segala nikmat yg Allah beri pd org yg trnyata dekatnya mereka dgn Allah tp sy sungguh keliru bila yg 'terbang' itu hnyalh mrk yg addduhhh..

      apapun...sy cuma hnya ingin tersenyum
      :-)

      tkasih krn sudi hadir meski sy hnya kembar pd Nelofa hahahaha

      Padam