Ahad, 24 Mac 2013

Zalim ke Tak Ni ???

10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI

1.   Apabila berdoa, tidak mendoakan orang lain
      Bukan susah sangat pun nak doakan orang lain,kan?  Lagipula, kalau kita doakan orang lain kita akan dapat sebagaimana yang kita doakan.  Jadi, nak kedekut sangat buat apa.  

Rasulullah bersabda :  Tidaklah berdoa seorang muslin terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya (HR Muslim)

Taburkan je doa... Jangan nak doa yang buruk dah le...itu memang tak patut! heheheh

2.   Tidak membaca al Quran
      Seorang sahabat merangkap adik, senang berbicara dengannya.. ditegur tidak pernah marah malah tersenyum mesra... ditegur janggutnya yang sudah berselerak sedang janggut Rasulullah rapi diterima dengan baik... beliau sendiri bersungut, betapa kesibukan dengan tugas membuatkan masa dengan al Quran sangat terbatas.  Aku merasakan kesedihannya dan mampu kuungkap...bacalah walau hanya 5 ayat. "saya boleh dengan dari radio je n ikut sekali je,kak!"  "Bagus tapi tidaklah peroleh pahala memandang al Quran dan baris2 indah di dalamnya..."  Kami hanya mampu menundukkan wajah melihat pada tak mampunya diri jika tiada pertolongan daripada Allah

3.   Apabila masuk ke dalam masjid, tidak menunaikan solat tahiyatul masjid
      Beruntung orang yang sering2 ke masjid tapi rugi juga la andainya tiba ke masjid saat imam sudah mengangkat takbir... masbuk lak... haiissshhhh.... dah lewat macam gitu, bila celah nak solat tahiyatul masjid...rugi kan... moral of the story...datang masjid awal2... iktikaf...ngaji ke zikir ke apa yang patut sementara menantikan waktu.  Indah betul menjadi orang beriman.....

4.   Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan
      Beberapa tahun lepas, aku diberitahu tentang sesuatu yang tak pernah aku tahu sebelum ini bila tiba di kawasan perkuburan.  Terima kasih ya Allah...hadirkan seorang Rabiatul dalam hidup aku.  Sebelumnya aku hanya tahu beri salam dan hadiahkan al Fatihah.  Rabiatul berkata, "Ada ulama kata, kalau lalu kawasan perkuburan, kita baca al Ikhlash 11 kali...kita akan peroleh pahala seramai orang yang ada di kawasan perkuburan tersebut,kak." Eermmm...tak susah sangat pun... boleh je buat, Alhamdulillah

5.   Tidak menunaikan solat Jumaat apabila tiba di sesuatu tempat
     Capek? Tak jumpa masjid?  Ketiduran?  Apa jua alasan... cubalah untuk menjadi lebih baik selepas ini.

6.   Tidak mahu pergi menuntut ilmu apabila orang alim datang di tempatnya
      Kalau tak dipilih Allah... apa nak kata.  Rugi je le yang dapat.  Sungguh... rugi sangat!  Kalau tak terbuka hati, rumah tepi masjid surau pun...kaki tak terlangkah!  Entah apalah yang menyebabkan kita terhijab... hanya muhasabah diri mampu menjawabnya.  Semoga Allah sentiasa hadirkan pertolongan untuk aku, berikan kekuatan untuk aku, hadir majlis ilmu walau hanya bersendirian hingga disangkakan janda hahahahahha.... Semoga Allah pimpin hati kita semuanya... biiznillah

7.   Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu
      Ringan2kanlah mulut ye.... cik dari mana?  Nama apa eh...? Nak panggil apa ni? Hebat kan...secara tak langsung, silaturahim terhubung...silap2 haribulan boleh jadi good friend... nak jadi lebih baik..boleh berbesan.. seperti mana yang diceritakan oleh seorang kakak ketika bertemu di tempat pengajian.  Jumpa, kenal, borak, saling meminjam buku dan akhir sekali jadi besan...fuuuhhh... hebat!!

8.   Tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri
      Memang malas nak kuar umah, terutama time panas2 meleju bak kata puteri aku... tapi memikirkan wajib memenuhi undangan...maka reda lah untuk pergi memenuhkan perut heheheh... akulah yang paling malas nak kuar umah tapi bak kata guru, dah belajar, dapat ilmu... dah dapat ilmu kena amal.. kalau tak amal nanti jadi macam Yahudi.. ada ilmu tak mau nak beramal!!  dah tahu...buat je lah...bukan payah sangat pun kan... cuma kena tembak nafsu malas tu betul2 je....

9.   Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar
      Amacam?  Macam2 eh... susah nak cakap.  Kalau tengok kat universiti pun yang ramai aweks je... aweks kat universiti...lelaki ramai kat pusat serenti.. ooopppssssss.... ye ke?  entahlah..sendiri pandang pada diri lah ya... 

10.   Makan sehingga kenyang tetapi membiarkan jiran kelaparan
       ermmm... jengah2lah jiran terutamanya yang kita tahu, hidupnya kesempitan... punya anak yang ramai tapi tak punya pekerjaan tetap.  Bukan nak busy body...tapi tak salah pun kalau kita bersahabat... bila bersahabat..kita pasti dapat membantu secara tak langsung sama ada diminta ataupun tak...


Bolehlah nak tengok diri sendiri... daripada 10 ada berapa yang terkena pada batang hidung kita.  Kurang2 kita boleh perbaiki diri menjadi lebih baik.

Terima kasih Solusi 53

4 ulasan:

  1. Bab no 10 tu. jiran pak cik tu semuanya anak dara. pak Cik nak usha-usha samada depa semua dah makan pun seriau kut kut mak cik kamu kata pak cik ngorat. camno ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ajak m cik ikut sama, p cik.
      ckp kat m cik...sambil2 tu tgk le klu ada yg berkenan.... hehe
      ampunnnnn ta

      Padam
  2. No.8...sama le kita hee..

    BalasPadam