Sabtu, 13 April 2013

Hebatnya Allah... terima kasih,Allah

"Maaf kak ku, su ganggu kejap. Su nak tanya ni, budak2 silat berkumpul kat mana dan pukul berapa,kak? Ada parent tanya ni!" Hah... silat... Ya Allah budak aku camping hari ni kat Pulau Besar.  Uwwaaaaaaa.... dah pukul 4. Bas datang kul 4.  Allah hu Rabbi, aku lupa sungguh...

Seharian aku melayani nikmat sakit yang dihadiahkan oleh Allah bersempena hari lahir ke 43... dengan MC yang diberi oleh doktor, aku berehat sungguh2 di rumah dan memang Allah hijab langsung perihal budak2 silat yang nak camping sejak hari Khamis lagi.  Kalau aku ingat, mesti aku teragak2 untuk tidak ke sekolah.. kerana budak2 perlu diuruskan.

Bila Su call, aku benar2 rasa nak pengsan... apatah lagi satu no tel budak pun aku tak simpan.  Macammana agaknya budak2 aku, dah berkumpul ke semuanya di stesen bas. Adduuhh... terbayang2 wajah budak yang tunggu aku di sekolah untuk dibawa ke stesen bas.  

Hilang rasanya sakit tengkuk dan belakangku....Aku capai jubah luar, sarung tudung, aku rempit ke sekolah dan sungguh... 4 orang budak2 kecil sedang berlari2 melompat2 kegirangan.  Demi nampak saja arangku, terus diaorang menerpa dan masuk tanpa memberi salam...haissshhhh!!!

Bila dapat panggilan dari Farina, "bas dah gerak cikgu!"  Adduuhhh.... uuuuwwaaaa.... tengkuk aku sakit, nak pusing kiri kanan pun tak boleh, macammana nak hantar budak2 ni ke jeti... Aku tarik nafas dan tak dak lain aku nak cakap... biar macammana pun, budak2 ni aku tak nak hantar diaorang balik, aku nak diaorang pegi camping.  Yang boleh tolong aku, Allah swt je.  Aku tekan pedal minyak dan aku kata.... "In shaa Allah, awak semua akan pegi Pulau Besar."

Aku tak toleh belakang dah..sakit letak tepi dulu.  Budak2 ni mesti dilayan...kalau tak kesian...dah siap bawa baldi dah masing2 hehehehe....  "Awak semua tenang je... sy nak rempit ni...karang awak kena tinggal feri lak!"  Masing2 tersengih2 macam kerang wangi hehehe...kesian anak2 syurga ni ...hadooiiii

"Cikgu, cikgu cepat sket...bas berhenti kat Japerun Rumbia ni, tunggu budak2 dari sekolah lain!" Itulah suara yang dihantar oleh Allah bagi memberikan aku ketenangan.  Tak perlulah aku ke jeti yang aku sendiri tak tahu jalannya.....


****************************

Sesungguhnya... 
1)  Allah hijab ingatan aku pada budak2 nak pergi camping supaya aku boleh rehat sepenuhnya kerana kesakitan yang dihadiahkan untukku.

2) Allah kirim seorang bapa ke pejabat untuk tanyakan hal anak yang nak turut serta demi untuk menyedarkan aku yang aku harus tunaikan tanggungjawab setelah puas berehat seharian.

3)  Bas berhenti lama menunggu murid2 lain sungguh memudahkan aku.

Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis QS 53:43

Sesungguhnya....aku semakin menyintai Allah...sungguh menyintaiNya...aku semakin melihat nikmat yang diberikanNya....

Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah yang masih kamu ragukan QS 53:55


2 ulasan:

  1. Saja nak cubit makcik cun.. kalau boleh di sebut..selalunya belum kemas. Kalau sampai tak terucap...itu lah yg sejati. Maksudnya ...I lap u, U lap me...still kat bibir. Bila dah hakiki..mata hanya memandang, mulut terkatup, hati berbicara. uyyoooo..itu time nak buat apa pun kat kita, buatlah. Mata tak terpejam.

    BalasPadam