Jumaat, 3 Mei 2013

Allah Itu Maha Segala

Jarang sekali kita dapat apa yang kita kehendaki sehingga kadang2 kita jadi lemah menghadapi hidup.  Kita mahu A tapi Allah berikan B. Demikian sungguh melelahkan fikiran ada kalanya.....

Tapi apabila difikirkan sedalamnya... SubhanAllah... betapa Allah sungguh bijaksana dalam menguruskan makhluknya tanpa membuat kesilapan sedikitpun.  Allah sentiasa sibuk menguruskan makhluk sedang Dia tak pernah mengantuk apatah lagi tidur.
Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur  QS 2 : 255
Pada setiap ketika Allah itu lagi sibuk kerana semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya, setiap waktu Dia dalam kesibukan QS 55 : 29

Meski perjalanan hidup rasanya sukar apatah lagi berada pada haluan berbeza... hati menangis ada kalanya bersama sedan yang tiada penghujungnya..kita rasa sangat merana sakit yang tiada ubatnya... Rupa-rupanya yang kita terima daripada Allah itu sebenarnya adalah lebih baik daripada yang kita pinta.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu QS 2 : 216.
Sesungguhnya pujukan ini sungguh mendamaikan jiwa....melunakkan rasa.  Air mata diseka... semangat kembali membara bagi meneruskan kehidupan sementara.

Benar, hati perit lagi pedih kerana kita merasakan kita boleh mendapatkan yang lebih baik daripada kita ada... tapi Allah membisikkan
Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain.  Mahukah kamu bersabar? dan adalah Tuhanmu Maha Melihat  QS 25 : 20.
Ayat ini saat dibaca pasti mengundang air mata. Terdengar lembutnya Allah berbicara membujuk rasa.  SubhanAllah... tak mampu mengungkapkan bicara mentafsirkan kata... ayat ini benar2 menyentuh jiwa dan menggetarkan nurani... 
Allah... Allah.. Allah hu Rabbi

Pada ketika hati menangis... hati merintih hiba... bicara Allah sekali lagi menyentuh rasa membuatkan terduduk tanpa kata melainkan Allah.. Allah...
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepda orang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk QS 28 : 56
Siapa kita mahu memaksa sedang segalanya milik Allah. Telanlah segala duka, telanlah juga air mata kerana pasti kita adalah pilihan Allah dan mampu menghadapinya kerana  seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya  QS 2 : 233

***************
lalu
kesedihanku terhapuslah sudah
rasa sakitku sembuh jua
demi mendengar firmannya Allah
bersama sentuhan nasihat Rasulullah
diikuti pesanan kekasihnya Allah
yang membujuk mendamaikan jiwa.

Terima kasih Allah
hadirkan rasa pancarkan hidayah
datangkan dia mengusik rasa
membujuk jiwa
meski datang dan pergi
dia sesukanya
namun aku sungguh bahagia
disapa mesra kasih sayangnya.

terima kasih, Allah!!!

2 ulasan:

  1. Allah dah kata kan....akan menguji kita untuk mengetahui siapa yg benar2 beriman dan bertaqwa kepada-Nya..

    setiap ujian itu hnya jalan untuk sampai kepada-Nya....hehe

    BalasPadam