Ahad, 5 Mei 2013

Kasih Yang Tiada Penghujungnya

Setiap kali tangan ayah diraup kemas...hatiku bergetar deras....
kukucup tangan ayah bersama linangan air mata...
kucium pipi ayah dengan kasih mesra
kupeluk ayah kemas seperti tak mahu dilepaskan sampai bila2.  Saat ayah kupeluk lama, hatiku berbisik...maafkan cek ayah, tak pernah mampu untuk menjadi anak yang baik untuk membawa ayah ke syurga Allah... Saat itu pasti mutiara jernih tiada tertahan jua.  Ayah yang seakan mengerti ratapan hati anak yang berdosa ini... menepuk2 belakangku mesra seolah-oleh berkata... " ayah maafkan semuanya... bertenanglah wahai anak!"

Terkenang pada zaman kemegahan...megah dengan kecantikan... tergoda dengan pujian...semua menjadikan aku karam dalam lautan perasaan. Betapa banyak saham yang aku kumpulkan untuk ayah yang tidak membawa ayah menjadi bahagia. Andai masa boleh aku undur,ayah... andai.. itu hanya andai, ayah.....

Teringat bagaimana selepas diijab kabulkan dan dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah melepaskan beberapa das tembakan ke udara... seolah2 ayah mahu memberitahu aku...."hari ini ayah lepaskan ku miza... bebaskan ku miza untuk teruskan hidup bersama suami tercinta!"  Tamat sudah... bebanan yang ayah galas.

Kini ayah, suamiku... pilihan Allah untukku... menanggung segala tiap perbuatan tingkahku.  Saat ini ayah, aku sudah punya kesedaran tentang kasihannya suami menanggung bebanan dosa isteri dan anak2.. Maka aku berusaha semampu mungkin untuk menjadi isteri yang solehah.  Berusaha sedaya mungkin membentuk puteri menjadi anak yang berbahagia. Kalau dulu, kecantikan yang utama kini tidak lagi,ayah... biarlah aku dipandang kuno, tidak bergaya dengan pakaian longgarku asalkan tiada membawa bebanan pada suamiku.  Kalau dulu sayang untuk kutanggalkan hiasan wajahku hanya untuk membasahkan wajahku menghadap al Khaliq...hari ini tiada lagi aku bertangguh. 

Tiada lagi kasar pada bicaraku, tiada lagi dengusan memberontak dari nafasku, tiada lagi pandangan tajam menunjukkan marahku, tiada lagi helaan nafas panjang menyatakan lelahku...semua tiada lagi ayah... melainkan aku akur, akur dan akur.... Air mataku semakin kerap tertumpah ayah...tiada lagi seperti dulu yang ketika ditampar, aku masih tersenyum megah! Segala sudut di dalam rumah ini menjadi saksi... betapa murahnya harga air mataku kini.....

Segalanya bagi menebus silapku,ayah. Membiarkan ayah dalam lautan dosa kerana kejahilanku, kesombonganku, kebodohanku.... Dan kini ayah.... jika ada pahala dari setiap dakwah kecilku, jika ada pahala dari amalanku, jika ada pahala dari ketaatanku, jika ada pahala dari setiap tingkah baikku...maka aku hadiahkan pahalanya untuk ayah teristimewa...juga pada mak yang melahirkan.... 
Semoga Allah itu terus kasih akan ayah... dan menjanjikan syurga buat ayah....


Buat suami tercinta...pandanglah aku selagi ada...jangan dikesal andai masa memisahkan kita.  Hidup matiku untuk Allah justeru perluku pada reda. Aku hanyalah hamba kerdil yang tak pernah terlepas dari berbuat dosa...tapi aku berusaha semampuku untuk menjadi isteri solehah meski aku kurang segala. Aku berusaha untuk menjadi baik meski matamu memandang tiada. Kubesarkan puteri kita dengan iman agar puteri kita tidak mengulangi dosaku kepada Allah yang menyebabkan kau menanggung segala. Aku kini telah berserah... aku tak minta duit berjuta, aku tak tagih untuk didoa...tapi cukuplah akan aku ini kau reda! Terbanglah ke mana mahumu, hinggaplah dimana rasa enakmu kerana aku masih akan tetap setia disini....terus menunggumu.


Salam kasih wahai ayahku.....
Salam jua buatmu suamiku
Sebelum mata terpejam rapat
Sebelum terbujurnya 1 jasad
Sebelum pada setiap sendi terikat
Sebelum saat aku diangkat
Sebelum tiba aku dihantar
ke satu alam yang hebat

Pandanglah aku 
dengan redup matamu
Kasihkanlah aku
Rinduilah aku
seikhlasmu
Sapalah aku
dengan kemesraanmu

Janganlah aku dibentak
hanya kerana jahilku
Janganlah aku dimarah
hanya kerana manjaku
Janganlah hendaknya kita terpisah
bukan hanya jasad
tetapi jua rasa
Hanya kerana dunia yag sementara.

Marilah
bimbinglah tanganku ini
yang semakin tiada berdaya
Ayuhlah
pimpinlah langkahku ini
yang semakin terasa lemahnya
Pangkulah aku dengan agama
agar tiada aku rebah
bersama dosa.....


Sungguh masa yang tersisa ini... mahu aku penuhi bersungguh-sungguh... tidak lagi mahu aku menoleh pada sebuah duka  yang kerananya menjadikan aku lemah....


Inilah masanya....untuk aku tingkatkan ibadahku...kerana Allah... selamat tinggal semua duka!!!



4 ulasan:

  1. Sedihnya pengakuan anak dan isteri yg soleh.

    BalasPadam