Rabu, 1 Mei 2013

Usahlah Menangis Sayang..Kita Insan Terpilih Sebenarnya

Seingkali kita tertanya-tanya
kenapa Allah hadirkan untuk kita
yang mempunyai rasa berbeza
memiliki impian tidak sama
menjadikan kita semakin lelah
mengharungi kehidupan serasakan susah

Seringkali kita merenung diri
dimanakah silapnya kita
hingga Allah menguji kita tiada henti
sehingga adakalanya
kita mula menyalahkan diri
hingga hilang iman di hati
yang mungkin mendatangkan murkanya Ilahi

Ayuh sayang...
jangan melihat sisi negatif
Allah itu pasti mengerti
untuk apa kita diuji
kerana apa kita begini
bukankah dia yang memiliki
segala apa di langit dan di bumi?

Bukankah indah
menitiskan air mata 
tatkala dahi mencecah sejadah
saat kita mengulangi bicara
bantulah aku ya Allah

Bukankah bahagia
kita mampu mengalirkan air mata
merasakan diri kita hanya hamba
lemah, hina tiada upaya
sedangkan orang lain ketawa ria
tiada langsung hadir Allah di hati mereka

Bukankah dengan ujian ini
kita semakin dekat dengan Allah
berpaut kuat hanya padaNya
tidakkah nampak sayang
betapa Allah mencintai kita
mengasihi menyayangi kita?

Kita adalah orang yang bertuah
kerana menjadi pilihan Allah
kita dihadapkan  pelbagai cerita
bermacam tingkah
 membuatkan diri serasakan merana
tapi Allah berikan ubatnya untuk kita
kita berupaya bersimpuh di hadratnya
saat orang lain melayan mata
berselimut tebal dengan lenanya
Bukankah itu keindahan nyata sayang
yang orang lain tak punya
singkat sangat hanya bahagia di dunia
kerana akhirat itu lebih penting adanya.....

Bersabarlah
seka lah air matamu
usapkanlah pipimu
tersenyumlah
hadaplah wajahmu di manapun
kerana di situ ada wajah Allah untukmu

**********************
malang sungguh tau....
dah la hidup sentiasa di uji
pastu kita seakan2 tidak mengerti
terus menerus rosakkan diri
tak nak solat bersihkan hati
tak nak puasa hidupkan qalbi

janganlah ,,,
janganlah...





7 ulasan:

  1. Balasan
    1. usah menangis.....
      sapu air matamu
      keh keh keh

      Padam
  2. Allah Allah Allah......

    kelembutan mampu meluluhkan hati seseorang.....kamu berjaya lakukan...

    BalasPadam
  3. sakit rindu pd Dia lagi hebat. rindu kat kita xpe..hehe

    BalasPadam