Isnin, 26 Ogos 2013

Tips Melegakan Kesedihan dan Kesusahan

KESEDIHAN.  Kesedihan ni kadangkala memang sinonim dengan wanita.. lelaki? Entahlah, pandai ke lelaki bersedih...Nampak seronok sepanjang masa tapi kebarangkalian menangis di dalam tu ada...heheheh... Punca sedih banyak... tahap kesedihan pun pelbagai... dan aku?? Sedih la jugak....tapi sorok dalam2 jauh ke lubuk hati supaya diri sendiri tak terperasan yang sedang bersedih n orang sekeliling turut tak terkesan dek kesedihan aku.  Apa nak buat... kan ke wanita ni lembut hatinya hehhehheh..... sebab tu hati wanita sering disakiti... uuuppppsssss
 
 
Bagi yang suka sedih2..kena buat sesuatu...tak boleh larut dengan kesedihan, nanti jadi murung...muka pun kusam seri tak naik. Dah bertambah sedih bila en somi cari lain...uuupppss... terlebih sudah!!  Kan Allah dah kata... dunia ni pentas ujian
Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) MENGUJI KAMU, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya.
Cer semak surah al Mulk ayat kedua... Rasanya.. hati akan rasa lebih tenang bila ingat Allah... apalah sangat dengan ujian kita yang barangkali kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih besar kerana kemampuan menerima ujian antara hamba pasti tak sama dan Allah tu maha bijaksana yang akan menguji seseorang hamba ikut kemampuan...
Allah tidak membenani seseorang itu melainkan sesuai dengan KESANGGUPANNYA-2:286
 
Mahu tak mahu, suka tak suka... tetap juga kena harung apa juga masalah menimpa, apa jua ujian tertimpa kerana Allah dah bagitau...bahawa Dia tetap akan menguji keimanan kita...
Dan sungguh Kami benar2 akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa dan sedikit buah2an  - 2:155
Siapalah kita ni nak marah2..nak bentak2,kan. Selagi tak diuji...selagi tu tak tahu setakat mana kita beriman dengan Allah
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji?  29:2
 
Membelek2 al quran...baca..tadabbur...rasanya cukup beri ketenangan.  Banyak ayat2 memujuk yang buat hati terasa damai...benarlah...
Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang -13:28.
Kalau masih rasa tak tenang, masih lagi rasa nak sedih2.... meh sini aku kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh dari Majalah al Islam keluaran terbaru ni.... mudah2an..kalau ada pahala dari tulisan ini, dapat juga pada pengarang dan penerbit majalah ini. Aamiin
 
1.   Daripada Anas bin Malik, apabila Nabi ditimpa sesuatu bencana atau malapetaka, baginda akan membaca Yaa hayyu yaa qayyuum. Birahmatika Astagist yang bermaksud Wahai Allah yang Maha hidup lagi berdiri dengan sendiri dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.
Tak susah sangat kot nak baca kan... daripada duduk menangis meratap nasib...baiklah berzikir....mudah2an ada ganjaran di sisi Allah taala dan pastinya hati akan menjadi tenang kerana itulah janji Allah... Allah kan ke tak pernah mungkir!
 
2.   Menangislah sepuas-puasnya untuk melepaskan kesedihan.  Ini cara yang begitu dekat dengan wanita rasanya.. Kalau simpan2... penuh je dada rasanya.  Kita pun boleh berkongsi masalah dengan orang yang kita percayai,kan. Ceritalah...luahkanlah..mudah2an dapat meringankan beban ditanggung.  Kalau rasa tak percaya kat orang....luahkanlah kepada Allah.. menangislah puas2.. pasti lega. Bukan saja tenang atau lega sedikit, kita juga susah nak dapat sakit jantung. Ermmmmm.... lelaki kan ramai sakit jantung...agaknya banyak menyimpan karenah kita wanita kot!!! hehhehheh...agaknya leeee

3.   Rasulullah saw juga ucapkan LAA ILA HA ILLALLAH... Kesimpulannya mudahkan.... dengan berzikir kita akan ingat Allah apatah lagi kalimah tauhid yang begitu agung..... sebagaimana disebutkan tadi, dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi lebih tenang. Hebat tul tapi sayangnya kita sentiasa rasakan susah bagi melarikan zikirullah di lisah apatah lagi menetapkan di qalbi.  Mujahadahlah kan...itu saja jalan penyelesaiannya.

4.   Solat hajat agar Allah redakan kesedihan kita juga antara cara yang baik.  Dapat bangun di sepertiga malam, bermohon bermunajat... sampaikan rasa sedih kepadaNya...mudah2an Dia kasih dan meleraikan kesedihan tadi.  Yang memberi rasa sedih tu Allah...yang dapat menghilangkannya tiada lain selain Dia juga. Lebih enak rasanya, menceritakan semuanya kepada Dia, menangis merintih hanya kepadaNya kerana Dia akan simpan ketat segala luahan kita sedangkan makhluk ...... sendiri mau hengatlah, kan...

5.   Rasulullah seringkan menasihati orang2 yang bersedih., "bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."  Perkataan sabar ni memang sering di ulang2 Allah dalam kitabNya... Pastinya, sabar itu mempunyai kesudahan yang indah
Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung - 2:200

Hai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar - 1:153
Kan Allah dah janji tu..... takkan tak percaya kot!!  Allah tu takkan mungkir, bukan macam kita..... janji bagai nak rak tapi kesudahannya...hampeh hehehehe....

6.   Cer baca doa ini ketika susah... Doa ni Rasulullah yang ajarkan
Laa ilaaha illallahul azhimul halim
Laa illalla illallahu rabbul arsyil azhim
Laa illalla illallahu rabbussamaawaati wa rabbul ardhi
wa rabbul arsyil karim
Terjemahan:
Tidak ada Tuhan selain Allah yang maha agung lagi maha penyantun
Tidak ada Tuhan selain Tuhan Arasy yang agung
Tidak ada Tuhan selain Allah Tuhan langit dan bumi
dan Tuhan Arasy yang mulia.

Rasanya, bait ini sering dilantunkan oleh Imam As Syafie... susah sangat nak hafal...lagukan je.. ada cd sebenarnya.. :-D
Daripada dok asyik dengan lagu cinta....jom bercinta dengan Allah lak... ;)

Begitulah.... amacam? Kalau boleh perasan n baca dengan penuh perasaan hehehhe... mesti boleh nampak bahawa cara untuk kurangkan kesedihan dan kesusahan semuanya... kembali kepada Allah...jadi, jom kita kembali kepada Dia kerana Dia maha segala.....
 
 
 
 

3 ulasan: