Rabu, 4 Disember 2013

Bicara Yang Sudah Hilang Pada Rasa...

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw...

Lamanya jemari ini berhenti dari mengetuk papan kekunci yang sudah semakin berhabuk ini.  Sesekali rindu bertandang untuk menulis tapi setiap kali itu juga tiada rasa bertandang untuk menitip rasa.  Banyak sekali yang ingin diluahkan di sini tapi semua terluah hanya pada kertas putih untuk direnungi.  Maha suci Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi...Maha suci Allah yang memegang ubun2 ini dan segala urusanku...

Melewati hari yang semakin bertambahnya usia...sedang rambut sudah memutih di kepala...seringkali aku terpanggil untuk bertanya pada diri setiap masa dan ketika...apalah yang masih aku cari pada saat ini.... tidak pernah putus aku meminta agar Allah tawarkan hatiku dari dunia dan seisinya, palingkan hatiku dari makhluk tiada bertakhta... biarkan aku terpinggir sepi tiada mengapa asalkan pada hatiku hanya terisi dengan Dia.

Aku berjuang mencari diri sendirian tanpa teman tanpa sesiapa.. pada saat itu baru aku terpandang rupanya aku masih punya Dia. Kalau suatu saat dulu aku dimiliki dan memiliki... aku dimiliki suami dan memiliki suami... rasa hidup tiada susahnya...hidup berkasih sayang tanpa sengketa.. memandang penuh kasih pada setiap ketika hingga lupakan pada Dia penguasa alam semesta.  Demi kasih sayangNya yang tiada tara... aku diajak untuk sendiri... ditariknya segala nikmat berkeluarga.. ditinggalkan aku pada suatu dimensi baru yang terasakan payah... Rupanya dalam kepayahan itu, aku mahu ditarik kepangkuanNya... bagi mengerti akan adanya Dia.. bagi menyedarkan aku yang terleka... SubhanAllah..

Tarikan manja sebelum ini tidak pernah menyedarkan aku malah semakin menjauhkan aku dariNya...
tarikan secara keras rupanya selayaknya untuk aku kerana di situ aku mengerti... betapa semakin menjauh aku dari fitrah....

Saat aku disapa, saat aku dimanja, saat aku dimesra... aku sudah tak mahu pedulikan apapun jua. Kemesraan dan kasih sayang itu, lebih penting daripada sekalian alam seisinya.  Diberikan aku segunung intan sekalipun untuk ditukarkan...akan aku berpaling darinya.  
Aku meniti suatu kehidupan yang payah.... aku memiliki yang kurasakan begitu indah itu dengan air mata, aku merasakan kehadiran cinta itu dengan fitnah... izinkan aku meniti kehidupan aku yang semakin ke penghujungnya ini dengan bahagia.

Jika aku dilihat sombong kerana berpaling darimu... itu adalah sangat tidak benar kerana pantaskan aku mencuri hakNya sedang Dia aku cintai?  Segala apa yang diatur Allah cantik belaka, indah semuanya... Hidupku tidak pernah lari dari fitnah, tidak pernah sunyi dari disangka2 kerana barangkali atas kelemahanku jua malah aku telah reda... Aku tidak mahu lagi berpaling... aku mahu meneruskan langkahku kerana langkahku kian kemas rasanya seizin suamiku. Andai tiada lagi mahu berteman, tiada lagi jadi kerisauan kerana pantas itu untuk aku yang sedang berjalan menuju Tuhan... Allah akan hadirkan teman tepat pada saatnya kerana Allah itu lebih tahu itu yang pantas buat diriku. Allah akan biarkan aku sendirian tepat pada detiknya kerana urusan Allah, Dia juga yang memegangnya.

Telah tawar segala rasa bagai air tiada bergula... telah kering segala kehendak bagai keringnya gurun sahara... dilihat aku sedang gila pada bicara sedang niatku hanya Dia jua. Biarlah Raja segala Raja menghukum... Biarlah Raja segala Raja mengadili... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan