Khamis, 5 Disember 2013

Kisah si Siput Sedut

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

Masak lemak siput hari ni... sedap sungguh menyedut hehehhe... en suami dengan buburnya, aku dengan siput sedutku....

Sedut...sedut dan sedut... tiba2 tersedut siput busuk... Innalillahi waiina ilaihi ra ji'un... cepat2  ke singki dan berkumur... minum air bagi menghilangkan rasa tidak enak tersebut.  Terbantut  selera dengan kebusukan tersebut.  Aku duduk termenung... hadap bekas yang penuh dengan siput yang telah disedut... aku mula tersenyum.  Banyak betul siput yang elok tapi dengan hanya 1 siput yang busuk buat aku hilang selera makan.  Allah hu Akbar... 

Aku mula terfikir, keliling aku ramai orang yang baik-baik, yang jadi kesukaan orang, yang boleh memberi manfaat dan kegembiraan pada orang sekeliling tapi andai aku seperti siput busuk tadi...alangkah malangnya aku.  Hanya kerana hadir aku di tengah2 mereka yang baik lagi beriman, merosakkan keadaan...alangkah dahsyatnya hukuman... astaghfirullah....
Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorangpun yang akan memuliakannya.  QS 22:18
Ayat ini memang ternyata mampu membuatkan aku mati ketawa... sungguh!! Aku cukup takut dihinakan Allah pada saat aku ingin mencari reda manusia.  Semoga Allah ampunkan dosa2ku pada keterlanjuranku mengkesampingkan Allah pada saat aku terhibur oleh makhluk... astaghfirullah.

Siput tadi masih aku perhatikan... aku benar2 hilang selera.  Kuambil siput tadi... nampak seperti sempurna... sama seperti siput2 yang lain. Tidak ada berlubang di mana...malah kulitnya juga keras sebagaimana biasa.  Nampak cantik, nampak kuat, nampak tegap tapi dalam kau ternyata tidak mampu untuk dijangka wahai siput...bisik hati kecilku.  Sesungguhnya benda dalam ini adalah diluar pengetahuan orang lain.  Hanya siput tadi saja yang tahu...betapa dia busuk di dalam...
Aku perhatikan diri aku... Allah bagi rupa paras yang Alhamdulillah, menyegarkan pada mata suami memandang, tubuh yang sihat (montel lagi hehehehhe), mata yang bulat yang menakutkan sesiapa yang memandang... maklum mata macam lampu keretapi tapi siapa tahu dalaman aku bagaimana... kesian sungguhlah hai diri...  Bahagian dalam yang orang tak nampak inilah yang paling sukar dijaga... Bila rasa geram... bahagian dalam inilah yang akan bercakap sebab nak bercakap kuat2 tak berani hehehhe... sehingga lupa akan firman Allah:
Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan QS 16:19

Entahlah...siput tadi benar2 membuatkan aku banyak berfikir.  Lama aku termenung di meja makan sedang suami sedang enak di buai mimpi setelah makan semangkuk setengah bubur ( terasa solehahnya aku hari ini sebab buat bubur yang enak untuk suami hahahahahahha... kalau tak enak, agak2 bertambah ke...tentulah tidak bhaiiiii hehehehhe) 

Akhirul kalam...mudah2an tidaklah aku seperti siput busuk yang kusedut tadi... semoga Allah memperbaiki hatiku kepada yang lebih baik.  Terasa sombong pulak sejak 2 menjak ni hehehhe... terasa macam bagus je... macam baik je hahahahha... Allah hu Rabbi...entahlah... astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan