Rabu, 26 Februari 2014

Fitnah

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

Berpaling sejenak ke belakang, buat aku tersenyum sendiri... sesekali menyapu air mata yang ramah menyapa... bukanlah sedih tetapi bersyukur betapa Allah memberikan aku kekuatan untuk mengharungi perkara demi perkara yang kadangkala....begitu menyempitkan pada akal untuk terima..benarkah aku lalui semua itu??? Benarlah janji Allah :
Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yang diberikan Allah kepadanya   - At Thalaq : 7
Aku boleh harungi semuanya... Alhamdulillah... tanpa rasa marah pada takdir Allah melainkan akur....reda..
 
Ku Azmiza ini sinonim dengan fitnah... dari zaman anak dara hinggalah dah tua ganyut begini hehehe... Alhamdulillah.  Terkenang pada saat difitnah membawa ajaran sesat oleh orang kampung... mentang2lah aku hanya menumpang di kampung mereka... mentang2lah aku ni hanya menyewa rumah tak ada harta... aku dipandang senget hanya kerana ramai orang bertamu di rumahku.  Dari pagi hingga lewat petang, ada saja tetamu pergi dan pulang dan ada tikanya hingga lewat malam.  Ada dalam kalangan tetamuku mengadu, perihal aku dituduh sesat dan aku tidaklah gelabah badak melainkan cuba untuk bertenang dan tersenyum semanis mungkin dan berkata...Allah tu tak pernah zalim melainkan Allah akan berikan pertolongan kepada orang yang tidak bersalah.  Hinggalah suatu saat, datang penghulu ke rumahku.... Elleh...macam kita tak tahu dia datang nak siasat hehehehehhe
Naik je ke rumah, dia menuju ke almari kitabku... yang memang aku letakkan di ruang tamu supaya tetamuku dapat membaca ketika menunggu giliran bertemu berbual denganku dan aku memang menggalakkan tetamuku untuk meminjam mana2 yang mereka berkenan untuk dibawa pulang.
Tok penghulu membelek2 dinding rumahku yang penuh aku tampalkan dengan doa dan ayat2 al Quran yang aku tulis... waaaaaaaaaaa... bangganya... pamerkan tulisan sendiri di dinding.. (nanti ada yang cakap aku riak... ada aku kisah!.. maaf..anda bukan Allah untuk saya nak kisah2 risau2 ye... :-D)
 
Dia duduk... aku duduk... adik angkatku juga duduk... beberapa orang kenalanku yang datang nak borak2 juga duduk.. kami duduk dan menunggu apa agaknya tok penghulu nak cakap.  Dia mula berbasa basi tentang kitab2 yang aku kumpulkan...tentang doa2 yang aku tampalkan dan aku jawab satu2 dengan tenang... pastinya memberikan senyuman yang paling manis dengan niat untuk tidak menggoda ya.... Eh eh... dia bercakap tentang penyakitnya... eh eh... dia bercakap tentang kakinya yang lenguh2.. eh eh... dia tanya apa ubat untuk kencing manis lah... aku berpaling adik angkatku, menundukkan sikit kepalaku dan  angkat keningku yang bulunya berselerak, adikku isyaratkan nak buat air, aku geleng2kan kepala.... tak payah!! orang lain datang pun kita tak buat air kecuali mereka yang dah biasa yang akan terjah ke dapur bila2 masa mereka nak....
 
 
 
KISAH FITNAH BERSAMBUNG.....
mood bercerita dicantas bila terkenangkan kertas jawapan budak masih bersepah di meja kerja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan