Rabu, 19 Februari 2014

Jangan Padamkan Api Lilinku

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

Terima kasih kerana sudi menjengah di sini.  Yang berkunjung di sini ada beberapa orang yang menjadi pengunjung tetap... yang sering ziarah menatap. Terima kasih mampu diucap.

Catatan di sini hanyalah sekadar berkongsi... apa yang menjadi pengalaman diri dan pengalaman bersama pengalaman2 rakan taulan terdekat.  Sesekali berkongsi artikel yang dirasakan hebat agar kita semua dapat manfaat.  Bingkisan terukir di sini, catatan tercatat di fb, bukanlah mahu tunjukkan diri ini baik... jauh sekali mahu bermegah-megah menunjukkan kesempurnaan kerana aku memang hamba yang faqir dan sangat hina.  Tidak pernah terlintas walau sebesar zarah untuk jadikan blog atau fb sebagai platform untuk tunjuk baik.  Bukankah Allah mahu kita hidup saling berpesan :
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, SALING MENASIHATI dalam kebenaran dan SALING MENASIHATI dalam kesabaran  - Al Ashr : 1-3
Kenapa memilih untuk hidup dalam merugi lagi celaka kalau kita Allah beri sedikit kesempatan untuk berbuat kebaikan?  Kenapa harus menuduh mereka yang sedang berjuang untuk mengumpul sebanyak mungkin kasih sayang Allah dengan menggunakan segala ruang dan peluang dengan perkataan yang bukan-bukan?  Takut syurga itu penuh atau enggan berkongsi syurga sesama kita? Tamaknya kita!!!!!!
Apa hak kita untuk melabel orang lain itu ini begitu begini sedang kita kejadiannya sama.... dari setitis air mani yang kotor.  Dari setitis air mani yang sama warnanya, jadinya kita yang mempunyai warna kulit yang tidak serupa dan wajah juga berbeza tapi fitrah kita sama....
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat   - AL Insan : 2
Sungguh kasihan pada diri kita andai mata kita hanya digunakan melihat keburukan orang sedang telinga lebih gemar mendengar aib orang sehingga akhirnya kita bertindak melulu sehingga melihat orang lain bagai sampah! 
Wahai sahabat budiman di sini dan di fb...
kebanyakan catatan di sini tentang diriku sendiri... kalau aku menceritakan tentang poligami bermakna aku pernah menempuhnya... kalau aku menceritakan dengan pelbagai ujian diberi, aku juga telah melaluinya...
Aku pernah melalui 2 fasa kehidupan... kehidupan pada zaman jahiliyah dan pada zaman lilin telah bernyala.  Tidak sulit rasanya menulis dengan izin Allah andainya di hati telah terpahat mahu mengajak orang lain juga turut berubah tapi alangkah malangnya kalau niat yang telah padu disalah mengertikan ... Usahlah persulitkan keadaan sehingga aku menjadi tidak tenteram.  Aku lagi mahu mentol bernyala menggantikan cahaya lilin yang kurang terangnya... Kalau tidak boleh membantu untuk nyalakan mentolku, janganlah berusaha untuk padamkan api lilinku.... tolonglah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan