Rabu, 12 Mac 2014

Amalan di Luaskan Rezeki

Ingin kupanjangkan jariah Ustaz Rujhan M. Razali dengan menyiarkan artikel arwah di sini untuk bacaan, kefahaman dan amalan bersama-sama.  Mudah2an terang benderang tempat istirahat arwah sekarang dan roh arwah dihimpunkan dalam kalangan mereka yang bertaqwa.
 
Terdapat 14 AMALAN DILUASKAN REZEKI yang digariskan oleh arwah yang disiarkan dalam Majalah Anis keluaran terbaru.
 
1.   Sentiasa bertaqwa kepada Allah
 
2.   Berbakti kepada ibu bapa
 
3.   Menjalinkan silaturrahim
 
4.   Bangun pagi
 
5.   Melazimkan membaca surah al Waqiah
 
6.   Solat dhuha
 
7.   Melazimkan istighfar
 
8.   Bertawakal kepada Allah
 
9.   Beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh
 
10. Menunaikan haji dan umrah
 
11. Berinfak di jalan Allah
 
12. Memberi nafkah kepada penuntut ilmu
 
13. Membantu orang yang lemah
 
14. Menjauhi dosa besar dan kecil
 
Demikian 14 amalan yang kukira tidaklah terlalu berat bagi kita melaziminya andai mendapat pertolongan Allah.  Kekadang kita rasa jiwa kita sungguh sempit, hal demikian kerana kita tidak mendapat rezeki kelapangan jiwa.  Aku tidak melihat rezeki itu hanya dari sudut wang ringgit, harta benda.  Paling nikmat dalam hidup andai Allah rezekikan jiwa yang lapang lagi tenang.  Dengan demikian, kita dapat beribadah dengan baik dan insya Allah dapat hadirkan hati kepada Allah saat tangan mengangkat takbir.  Ada orang yang punya wang ringgit yang banyak tapi jiwa tak pernah tenang, sering kusut setiap masa.. jadi wang tidak pernah memainkan peranan penting di sini. 
 
Sesungguhnya rezeki yang banyak adalah ujian Allah yang kadangkala tidak tertanggung kerana kita sering melupakan Allah lantaran nikmat... kita menjadi kufur dengan nikmat.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana sekadar itulah mahunya Allah untuk kita.  Hidup bukan untuk wang tapi kita perlukan wang hanya sekadar untuk meneruskan kehidupan.
 
Ayuhlah beribadah kerana Allah.  Lakukan segala ibadah yang dinyatakan di atas atas niat kerana Allah kerana Allah itu sentiasa tahu, akan apa yang terbaik untuk hambaNya.  Kita menjaga Allah, Allah pasti menjaga kita dengan lebih lagi.

4 ulasan: