Jumaat, 7 Mac 2014

Saat Hati di Jentik Allah

Tertarik dengan post seorang sahabat di facebook....
Berkelakuanlah dengan ilmu yang dipelajari bukan dengan perasaan yang dimiliki.. sebagai bukti yang berakal itu menguasai nafsunya.
Bukan nafsu yang menguasai diri dan bukan yang menzalimi dirinya.

Post ini membuatkan aku termenung sejenak... inilah yang dimahukan guruku... Nah! hari ini Allah menjentik hati aku dengan jemari Adiputra Khuzairie.

Pada saat aku rasa sakit yang teramat sangat, rasa geram, marah menyatu sekali...  aku ditegur dengan mesej yang menyentak:
Orang dah memang bodoh sekali, awak mahu bodoh berkali-kali? Baik sangatkah kita melebihi Rasulullah hingga enggan disakiti? Mengapa harus berpaling saat ini sedang Allah mahu menguji?
Lama aku berusaha untuk menjadi manusia yang kembali normal... cuba berlagak tidak ada apa2 sedangkan hatiku terasa parah.  Apa yang berkaitan dengannya memang aku elakkan nampak di mata, semata-mata mahu lupakan semuanya, tak mahu mendidik hati jadi durhaka pada Allah... dengan memasukkan sesuatu selain Dia. Memang payah mujahadah ini... lebih payah dalam mengharungi kehidupan ketika sendiri.  Aku khabarkan rasa sakitku, rasa jengkelku dan segala rasa... jawapannya mudah saja : pesanan ringkas yang kosong!
Fahamku mudah juga : kosongkan diri / malas nak campur / gasak ko le mak lebai hahahahaha....

Dalam aku bermujahadah untuk lupakan semuanya, untuk buangkan semuanya hingga tidak bersisa, pembimbingku mengirimkan pesanan ringkas.... akan teruji aku dengan sesuatu....  ketika itu akan kelihatanlah bagaimana mizanku bergerak menimbang.  Pada saat itu, akan kelihatanlah antara ilmu dan nafsu mana didahulu.  Pasti ada sesuatu dalam rancangannya...pasti!!!
 
Astaghfirullah... aku dalam wazifah kubra!!! Aku tak mahu tersilap dalam melangkah... tak mahu nafsu menindih ilmu.  Tiba hari berkenaan.... astaghfirullah.... astaghfirullah... astaghfirullah... pembimbingku benar2 menguji!!! Aku kumpulkan kekuatan, aku harus harungi semua ini benar2 kerana Allah... tiada kerana lain selain Allah. Nafasku seakan terhenti.... ya, aku harus matikan diri!
 
Bila melihat post Adi hari ini, aku jadi tersenyum sendiri.  Beberapa kali aku baca dan aku teliti... ternyata benarlah... nafsu itu perlu aku kuasai! Rasa sakit di hati harus diketepi, rasa marah yang menguasai diri perlu dilontar sejauh2 mungkin.  Bodoh kata pembimbingku, orang yang bersalah tidak pernah berapa silap, aku pula yang meruap2 hahahahaha... memang benar, bodoh jua diriku...
Lagi bodoh rasanya, lagaknya berilmu tapi mendulukan nafsu pada setiap perbuatan dan ucapan.  Entahlah... tak berilmu, penuh dengan ujian... Berilmu pun, lebih banyak ujian!!!
 
sekali hilang percaya... itulah akhirannya!!
Terima kasih, Adi. 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan