Sabtu, 25 Oktober 2014

Hanya PadaMu Wahai Allah

Bismilahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala isi di langit dan dibumi
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

Wahai Allah, aku ini hanya hamba yang dalam perjalanan menuju kepadaMu tanpa kutahu apakah jalan ku rintis ini atas redaMu atau dalam murkaMu.  Allahumma ya Allah... janganlah hendaknya aku Kau pandang dengan kemurkaan, pandanglah aku dengan kasih wahai Rabb.  Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu, pandangan kasih dan cintaMu, pandangan redaMu juga pandangan maghfirahMu. Allah hu Allah, tak terdaya rasanya hamba ini dalam mengatur langkah demi langkah, ternyata lemahnya hamba wahai Rabb, tak terdayanya hamba.  Berilah pertolonganMu kepada hamba untuk teguh atas jalanMu wahai Allah

Allah hu ya Allah, hamba ini sedang mencari cinta, hamba ini sedang menanti bahagia...
hamba ini sedang bertarung dengan duka, hamba ini sedang menentang segala derita.
Demi keranaMu wahai Allah, hamba harus tegak berdiri, hamba harus pantas berlari biarpun dengan deraian air mata tanpa henti.

Allah ya Allah, tiada hamba berkecil hati pada kata nista umpat keji, tiadalah hamba peduli pada saat hamba dikhianati, tiadalah goncang hamba tatkala semua pergi tinggal hamba sendiri, tiadalah hamba berhenti mencari bila dicaci...semua hanya kerana izin dan kekuatanMu tapi sungguh hamba peduli pada saat hamba menaikkan dosa padaMu tanpa henti.  Allah ya Allah, betapa lemahnya hamba untuk tidak menitipkan dosa buatMu, bodohnya hamba sering2 menuruti nafsu... anugerahilah hamba kekuatan wahai Rabb untuk mengendalikan kuda yang meliar ini, biar dia tunduk pada hamba sehingga hamba mampu mengendarainya, mengendalikannya.  Tolonglah dengan kasih sayangMu wahai Allah, jangan biarkan hamba dihenyak kuda liar ini hingga akhirnya hamba hilang diri.

Allah ya Allah.. izinkan hamba untuk teguh atas jalanMu. Izinkah hamba untuk kuat untuk terus meraih cintaMu. Izinkan hamba untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Izinkan hamba meraih redaMu dengan menjadi hamba yang sentiasa reda padaMu. Jadikanlah hamba sebagai hamba yang pemaaf dan sentiasa memaafkan.  Tiba masa dan ketika yang hamba nantikan, panggillah hamba pulang dengan yaa ayyuhan nafsul mutmainnah, irji'i ila rabbika radhiyatam mardhiyyah, fad khuli fi ibadi, fadkhuli jannati

Astaghifirullah alazeem li wali waa lidaiya wali jami il muslima wal muslimat wal mukmina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat.



9 ulasan:

  1. Ya Allah jadikan hamba sebagai manusia yang lebih TEGAR dalam menghadapi setiap ujian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.
      QS 39 : 10

      Padam
  2. Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar. (QS Ali Imran ayat 146).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yg di langit dan di bumi. Dan Allah maha melihat terhadap apa yang kamu kerjakan
      QS 49 : 18

      Padam
  3. Ya Tuhanku sesungguhnya aku sgt memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku (QS 28:24)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu
      QS 46 : 60

      Padam
  4. benar2 mahu berada di maqam ke-4...bknkah telah ada nur haqqul basyirah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Milik Allah semuanya yg sedikitpun hamba tak punya seizin Dia Allah Azzawajalla

      Padam
  5. Allahu Rabbi ....tiada 1 patah kata mampu dikeluarkan..hanya tangisan yg ada

    BalasPadam