Selasa, 17 Mac 2015

Untukmu Lelaki Yang Bernama Suami....

Bismilahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam semesta
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  saw

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. ......."
QS 24 : 32

Berkahwin itu memang indah disebut tatkala cair di mulut :)
Sebut bab perkahwinan....budak belum baligh pun teringin nak kawin hahahahahha tapi aduhaiiiiii.... kalau saja dihalusi tentang sukarnya bergelar pemimpin dalam keluarga semua orang tak berani nak berkahwin kecuali jika benar2 sudah bersedia. Tu pun bagi yang ada kesedaran beragamalah... Kalau tak de... peduli apa syurga neraka...ye tak???!!  Kata mereka, Allah...apalah sangat, Allah tu kan maha pengampun.  Opahhhhh dia...!!!! huh....

Aku tertarik untuk kongsikan di sini tentang 5 PERKARA YANG KENA GUNA DUIT SUAMI.  Para isteri harus tersenyum lebar... mudah-mudahan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu kita bersama dalam mengemudikan bahtera rumahtangga bagi menuju pada redaNya.  Tidaklah kita berkahwin untuk bersuka-suka sehingga lupa akan penghujungnya kehidupan.... kita akan bertemuNya dan akan dipertanggungjawab segala apa yang kita lakukan di atas dunia.  Mudah-mudahan kita akan menjadi suami isteri yang berbahagia di bawah bumbung syurga dunia.... Jannatul ajilah

1.   MAKAN DAN MINUM
      Tugas suami menyediakan makan minum rumahtangga.  Kalau tak nak beri duit pada isteri bimbang isteri salah guna (tak baik prasangka, firman Allah : sebahagian dari prasangka itu berdosa) belilah barang-barang dapur.  Jangan diletakkan atas batu jemala isteri... nak kena g beli itu ini dengan duit sendiri.  Tak baik begitu... dah kita bertanggungjawab untuk sediakan keperluan rumahtangga sediakanlah.  

2.   ALAT-ALAT MANDIAN
      Nampak macam tak de apa kan... tapi inilah hakikatnya tanggungjawab suami.  Belilah sabun shampoo yang wangi- wangi... kata isteri bau belacan bila nak kiss lepas balik keje ;) heheheheh...  Beli le sabun yang wangi2... wangi le dia.  Spray pulak minyak wangi yang mahal yang kita belikan... mak aih... balik umah terus hilang letih n stress. Janganlah pula nak kedekut untuk kita menikmati yang terbaik dari isteri tercinta...  Ini tak, belinya tidak tapi harapkan isteri kat umah cantik2 wangi2... ada ke patut macam gitu... 

3.   UBAT-UBATAN
      Wajib atas suami sediakan ubat-ubatan.  Jangan dok biar isteri sakit kepala demam berterusan.  Jangan nak zalim biarkan isteri g klinik sorang2.  Isteri berhak untuk hidup bahagia bersama kasih sayang suami.  Terasa dihargai tau.... bila demam suami bawa g jumpa dr, takpun beli ubat... tambah rasa dikasihi bila suami rajin nak mai picit2 kepala... addduuuhhh... hilang demam dan sakit kepala rasanya.  Tapi...adakah???!!!  

4.   PAKAIAN
      Isteri keje... beli sendiri!!! oooiii lah... tak baik macam gitu.  Hak isteri untuk terima pakaian yang lengkap dari kepala ke kaki SETAHUN 2 KALI.  Jangan dok buat main abang2.... kalau isteri kaki surau masjid, kena beli dia telekung juga setahun 2 kali.  Dari tudung sampai ke kasut, suami2 jangan nak buat lupa!  Itu hak isteri. Nampak macam tak de apa tapi demikianlah tuntutan. Berapa kerat suami hari ni yang boleh buat begini...Kalau isteri keje lagilah tak heran. Ko nak pakai... ko belilah sendiri.. addduuuhhh.... apa nak jawab kat hadrat Allah esok bang... Esok kat akhirat bimbang lama dihisab...  Para isteri...ingat2kan suami tentang tanggungjawab mereka atas kita.  Kalau depa buat2 tak faham... biar nanti Allah fahamkan!

5.   RUMAH
      Tak kiralah apa jenis rumah.... teres ke bungalow ke.  Sewa beli pinjam tak de kisah asalkan isteri ada tempat untuk berteduh, mudah untuk isteri buka aurat di dalamnya.  Rumah tak perlu besar pun, cukuplah asalkan selesa dan aman untuk didiami.  Baik beli atau sewa rumah tu, tetap suami kena bayar ye,,, bukan dok suruh isteri bayar.  Tak kiralah gaji isteri tu lebih tinggi dari suami atau apa... belajarlah bertanggungjawab.

Kan dah cakap tadi.... sebut perkataan kahwin memang terasa ringan di lisan tapi sebenarnya berat... subhanAllah.

Apapun, perempuan yang tidur sebelah kita, masakkan untuk kita, lahirkan anak2 kita,... itulah isteri kita yang perlu kita tunaikan hak mereka.  Bukankah sedekah yang paling afdal itu sedekah pada isteri, pada keluarga...
"Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang2 miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, YANG PALING BESAR PAHALANYA YANG DIINFAKKAN KEPADA KELUARGA ENGKAU"
~HR Muslim 

MasyaAllah tabarakAllah.... Rasulullah dah sebutkan jadi kita nak tunggu apa lagi.  Dari kita berhabis untuk belanja kawan2 minum (tak salahpun ... tapi dulukanlah keluarga dalam segala hal), adalah baik kita bahagiakan isteri di rumah.  Penat jadi isteri tapi jarang isteri nak mengadu ... hanya kerana suami itu syurganya.  Sorang tolak, sorang ansur...pasti harmoni kehidupan berumahtangga yang mendatangkan sakinah hingga kita tenteram di dalamnya... mudah2an kita semua akan merasakan jannatul ajilah biiznillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan