Ahad, 20 Disember 2015

Damailah d SisiNya, Suamiku

13 DEC 2015
Dia pergi...
Memang takkan kembali
Biar bagaimana ditangisi.
Dia pergi...
Sdg aku masih di sini
Bukan utk bersedih hati
Memendam duka
Menghantar lara....
Tidak!!
Bukan itu kehendak Ilahi
Bukan!!
Allah itu Maha Bijaksana
Susun manusia sesuai dgn agendaNya


ku sentiasa yakini kasih Ilahi...
Pada aku...dia n keluarga.
Jika Dia xkasih....
Mana mungkin aku jd pilihanNya
Utk terima hadiah istimewa ini
Iaitu kehilangan srorg yg brnama suami
Kelihatan isi hadiah menyakitkn
Tp SubhanAllah ..
Jika dpandang dgn mata hati
Isi hadiah ini penuh dgn cinta


Hamba raikn hadiahMu wahai Allah
Sepenuh hati hamba.
Hamba menangis bkn tanda tiada redha
Tp hnya utk zahirkn...
Hamba ini hnyalh hamba yg lemah
Hamba trsenyum saat mengusap wajahnya
Bkn tanda hamba gembira pemergiannya
Tp menyatakn syukur hamba
Kau ambil dia dgn mudah sekali
Dia pergi dgn senyuman menghiasi seulas bibir
Berakhir sudah rasa sakitnya
Selesai sudah perjuangannya
Tinggal sudah segala kesedihannya
Mudah2an Kau redha akn dia,,suamiku
Wahai Allah

Suamiku,
Barangkali.....
Pd saat hidupmu aku bkn isteri yg baik utkmu
Tp insya  Allah 
Aku akn jd isteri trbaikmu
Ketika kau d alam barzakh
Mudah2an Allah terima...
Segala apa yg aku usahakn untukmu d sana
Selagi untukku Allah pinjamkn nyawa
Damailh di sana suamiku...
Berbahagialh.

Aku ini isterimu
Aku tetap terus tersenyum
Dikelilingi mrk yg sentiasa menyayangi...
Biarku simpan air mata ini
Utk ku alirkn deras
Tatkala curahan air mmbasahi tubuhku
Tatkala brmunajat aku pd Tuhanku
Sygku krn Allah
Sampai bila2pun takkan berubah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan