Jumaat, 8 Januari 2016

Bingkisan Kasih Buat Yang Telah Pergi


Bismilahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam semesta
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  saw


Segala puji bagiMu ya Allah
Kasih padamu ya Rasulullah

Abang,
Hampir sebulan abg pergi ..... tetapi za sentiasa merasakan abang ada.  Abang hanya pergi kursus BTN ... jadi fasilitator yang nyata2 tugasan yang abg cintai selain mengajar.  Penat tengok abg, hari Sabtu dan Ahad yang patut boleh rehat2 tidur2... abg habiskan dengan tugas sebagai fasi.  Panggillah bilapun, abg tak pernah menolak....

Mata za masih basah dengan air mata,abg saat sendirian... 
Saat terkenangkan situasi di Ulu Sepri, Rembau...tempat abg menghembuskan nafas terakhir
Saat terpandangkan sekujur tubuh yang diselimutkan dengan selimut putih
Saat terimbau bayang wajah sahabat abang yang menghulurkan  barang2 abg sambil air matanya berarus....
Buat za rasa nak meraung kuat2... 
Semua itu buat za rasa lemah  sangat....sedih sangat....
tapi abg,
depan orang...za berlagak kuat.  Za tahan air mata ini saat bercerita ttg abg. Za ketawa, za tersenyum....sedang dalam hati za... 
Kalau di sekolah, balik ke bilik disiplin...za akan menangis semahu2nya...
Kalau di rumah, za masuk ke bilik air dan hamburkan air mata kesedihan di dalamnya.
Za tak nak adik tengok za nangis....
Za tak nak adik tengok za lemah...
Tak boleh...tak boleh.... sedari kecil za didik adik utk kuat...kuat macam ibu!!

Pada awal kehilanganmu, abg... hati za hancur ketika hendak tidur.  Ketika za baring nak lelapkan mata bg menghilangkan lelah siangnya, spt biasa za akan capai telefon untuk kirimkan msg untuk mohon ampun maaf pada dosa di siang hari za pada abg. Berderai air mata  za, abg kerana ketika itu... baru za tersedar abg sudah tiada untuk za hubungi, untuk za santuni.  Bagaimana mampu untuk mata ini za lelapkan tatkala terkenang, apa khabar abg di sana.  Dah tak cantik mata isterimu ini, abg...yang pernah abg tatap suatu ketika dulu..yang pernah abg katakan pada mata ini ada keindahan yang tak terungkapkan.  Kurang tidur, kesan menangis....buatkan mata ini jadi sembab sudah ... alaaaa... jatuh sudah saham za!!!!...... huhuhuhu... ayat ini jga buat air mata kembali berarus terkenangkan tingkah abg menyahut kata2 za itu....

Abg dah tak ada untuk za tarik2 kakinya untuk bangun qiam.
Abg dah tak ada untuk dengar za riuh2 panggil abg bangun... jgn malas
Abg dah tak ada untuk tersenyum pada za pada saat mimpi abg terganggu bila za kejutkan.
Abg dah tak ada untuk za lihat tarik kain pelikat sampai ke leher sambil meringkuk seperti udang kena bakar bila za usik supaya bangun
Abg dah tak ada untuk za minta izin keluar dari kamar beradu  kita
Abg dah tak ada untuk za selimutkan sebelum abg za tinggalkan untuk ke zawiyah za
abg,
Abg benar2 dah tak ada dan za.....
benar2 rindukan saat ini abg.... za rindu sgt!
Za rindu nak kacau tidur abg walaupun za  tahu abg baru sejam @ 2 jam tidur.  Setiap kali diusik, abang akan buka mata dan tersenyum sambil tarik kain pelikat... tak pernah marah, tak pernah walau sekali meski tidur terganggu!!

Dah tak ada lagi nak rebut bilik air usai solat subuh, abg.  Za dah boleh nak riuh2 lagi dari luar bilik air
"cepat la... cepat la... orang dah lambat nak ke sekolah. wuduk za dah batal ni!! Abg mandi ke tidur?"
Dari dalam bilik air, "Jap...jap.."
Tak pernah marah walaupun digesa2....

Dah tak ada lagi orang untuk za acah2 nak batalkan wuduknya.  Dah tak dapat lagi nak usik2 sebelum berlalu ke dapur...  Pernah acah2 tapi betul2 tersentuh sampai membulat mata abg kerana perlu wuduk semula untuk kerjakan solat subuh.  "Kan dah....." hehehehhe...sebelum kena marah, baik cepat2 lari ke dapur!!

"Abg nak g dulu ni!" sambil acah2 nak cuit pipi. 
"Eh..eh... pegi amik insurans jari tu" sambil cepat2 ambil towel nak salam.  Teruknya za kan,abg hehehehe
Za nak jaga wuduk jadi, amaran keras!! jangan sentuh. Nak sentuh selepas solat subuh hingga jam 6.30 je hahahahah
Ayat za ini buat abg ketawa sambil berkata "kedekut!!" hehehehe
Langsung abg hulurkan tangan untuk bersalam dan cakap... "abg faham...."
OOhhh abg, mana nak cari suami sebaikmu.  Sentiasa memahami za, keinginan za...!!

Tak ada lagi dah abg untuk wassap tanya za, "puasa hari ni?"
Kalau jawapannya insya Allah... pasti menyusul pertanyaan, "Za nak makan apa hari ni?"
Kalau ada mesyuarat sampai lewat ptg mesti akan sampai mesej, "mesy lama ni, ntah dapat ke tidak abg masak!"
Abg,
Za rindu masakan abg.  Masak lemak abg, sambal tumis abg... nak2 sambal ikan sardin, kari mamak abg.....
Sungguh za rindu!  Mana boleh nak diet kalau abg masak... balik kuliah kul 11 mlm pun za mesti makan.... Mana tak gemuk tapi abg sentiasa cakap za cantik, kan? 
"Makan je... "  itu ayat motivasi untuk menaikkan berat badan  za,kan?
Abg tak pernah nak complain...  gemuk ke, kurus ke, baju cantik tak cantik ke.... tak pernah!!
Tanyalah baju apa za pakai...cantik ke tak cantik...abg mesti cakap cantik.
Lepas tu abg pergi bisik kat adik, baju ibu pakai macam baju tidur je...hahahahaha
Jahat!!!!
Dua2 beranak memang bako darah!

Abang,
Kalau tak de kuliah, za buka puasa berteman adik yang tengok TV. Abg ingat tak, sebulan sebelum abang pergi tinggalkan za selama2.... abg rajin temankan  za berbuka puasa.
Abg mesti duduk dengan za... kadang2 abang makan, kadang2 hanya duduk je tengok za mkn. bila za suruh abg g surau, perlahan abg cakap, "sian za buka pose sorang2..biar abg temankan!"  Kemudian, abg tergesa2 ke surau.
Ini kenangan yang sakit abg tinggalkan buat za tau!!
Kenapa za tak perasan perubahan sikap abg huhuhuhuhu
Sekarang, za lebih rela berbuka puasa dalam kereta sementara tunggu solat berjemaah di surau daripada duduk ditempat kita selalu bersama ketika za berbuka. 
Kak Awi dan abang long minta za tangguh sekejap pengajian tapi za tak mampu duduk di rumah, abg.  Za pergi juga  kelas2 wajib ain atas za.  Za tak sanggup lagi nak rasa ternampak2 abg perlahan buka pintu ketika maghrib. Za ternampak2 abg balik...ternampak2 abg dengan wajah selamba abg tunggu za sindir abg balik maghrib2 hehehehe....za tertunggu2...dan semua itu buat hati za sedih!
Bila duduk di tempat kita makan, mata za tak lepas dari memandang  ke pintu... menunggu abg pulang. Za tak boleh berterusan begini, abang.... Za tak kuat nak lalui semua ni... Za tak kuat walau sado macammanapun orang pandang za.

Lepas ni, dah tak ada orang nak cari za saat za berkurung dalam zawiyah za. Tak ada lagi orang pelan2 buka pintu n masuk duduk seketika untuk bercakap sesuatu hal dengan za.  Dah takkan terhidu bau makanan yang abg masak untuk za berbuka.  Biasanya pada jam 5, hidung za sudah kembang kempis menghidu makanan yang dimasak hingga terasa lapar yang sgt mencengkam.  Perlahan za kuakkan pintu n dari dalam za akan cakap...
"abg masak eh...."
dan ringkas jawapannya "haah"
"Bole ke sesorang... " sambil za kelip2kan mata n jawapan abg dah tentu ok2 je.
Allah.... sape lagi nak manjakan za lepas ni?  Adik ..ya adik...
Sekarang adik ambil alih tugas memasak, abg kecuali sesekali dia minta za masak, za akan masak.  Adik pandai sangat masak, macam abg.  Macam2 resepi dicubanya abg.. dah boleh masak untuk rai tetamu, Alhamdulillah
Tapi adik pun pasti tak lama dengan za...adik akan mulakan pengajian nanti... akan berkahwin... 

Teringat za seminggu sebelum abg pergi... abg cakap abg nak jadi macam abah..simpan beras dan minyak banyak2 di rumah.  Bising mulut za...nak buat apa?  Nak makan berdua je...habis nanti beras tu berkutu.  Tapi abg dah memang degil,kan... esoknya abg bawa balik 3 kampit beras yang 10kg dan 2 botol besar minyak masak.  Kata abg, ada lagi... nanti abg akan bawa balik.  Membulat mata za... terhenti menyuap makanan maghrib tu.  Abg nampak penat angkat beras dan minyak tapi za sikit pun tak kesian... za geram!!
Abg duduk dan makan dengan za.  Sikitpun tak de rasa bersalah... macam tak faham je za sdg geram.
Rupa2nya...
abang nak pergi.  Abg tak nak anak2 isteri abg tak makan. Abg memang macam tu... makan minum anak isteri mesti didahulu.  Kalau berjauhan, bila telefon mesti tanya....dah makan? Makan apa?
Allah....
Beras2 tu za tak simpan di rumah, abang.  abg mat hantar lagi 2 kampit beras 10kg n 2 botol minyak masak lagi.  Katanya abg tak sempat bawa balik
Za dah fidiyahkan.. za beli lagi beberapa kampit beras untuk tambah. Minyak2 tu za dah sedekahkan... 
Za sedih ....

Rumah abg dah ada tanda tau.... dah diletakkan nama abg. Pak Long dan Mak Long lah yang buat semua tu. Rumah abang cantik.. tak perlu nak tambah tanah bagai2.  Za nak hiaskan rumah abg dengan pokok bunga ..biar bertasbih pokok itu sepanjang masa.  Za tak nak hiaskan rumah abg dengan 'kepok' (kata orang Melaka ya?). Za cuma nak susun bata je.. bukan za kedekut abg, nak belanjakan duit untuk indahkan kediaman abg..tapi itu tanah wakaf.  Za tak nak jadikan tanah wakaf itu milik peribadi kita.  Za belajar tentang semua ini n za kena beramal dengan ilmu za, abg.  Abg maafkan za.  Abg pun tahu cerewet za, kan?

Abang,
Za yakin Pak Long sangat rindukan abg....
Hari abg pergi...mata pak long sentiasa bertakung air jernih.  Sesekali pak long menyapu matanya... bukan  sekejap abg.. setiap kali berbicara tentang abg, mata pak long memerah... abg satu2nya adik yang rajin mengulang jumpa pak  long.  Akan hantar makanan pada pak long.  Hujan2  pun abg akan pergi.

Pak long sentiasa ulang2 cakap abg.
"Sedap kuih ni,kak...nanti aku beli lagi!"
"Nasi lemak rm50 cukup,kak.  Ke rm70?"
cakap kuih tu sedap, alamat sebulanlah pak long sekeluarga makan kuih yang sama hehehe

Abg, sape tak rindu pada awak yang baik sangat ni?  Hati sape yang tak ingat pada awak,abg?  Itu kenangan yang abg tinggalkan pada pak long dan mak long. Kurang2 mereka akan ingat...mereka punya adik yang baik...
Mak long pun ingat sangat pada abg.  Kata mak long, dia rasakan abg masih ada.  Teringat mak long pada abg...suka sangat dengan masak ikan darat mak long.. Kalau dah kenyang...abg akan tetap makan!

Semua ini buat hati kami menangis, sayang! Buat air mata ini tak pernah mahu berhenti mengalir. 

Abang,
Sungguh kadangkala rindu ini sangat mencengkam.  Terasa2 abg ada. Za redha abg pergi, sikitpun za tak kesal dengan takdir Allah. Sikitpun za tak bertanya Allah, kenapa suami aku yang Kau ambil.  Tak...za tak akan pernah mempersoalkan kebijaksanaan Allah.  Cuma rasa rindu itu biasa... kita lewati waktu bersama lama..meski kita pernah terpisah sementara tapi Allah satukan kita semula kerana pasti ada sesuatu sebab yang maklum dalam ilmu Allah Taala

Za lewati waktu2 ini tidak sendirian abg.  Za ada Allah yang sentiasa menemani.  Ini adalah kenangan kita yang za ungkapkan....

Abg damai di sana tau... mudah2an lapang kediaman abg, bercahaya kediaman abg.  Za insya Allah akan jadi isteri abg yang baik sepanjang abg di barzakh.  Za akan buat apa saja untuk abg di sana.  Mudah2an segala apa yang sunat2 yang lakukan, seandainya ada pahala padanya, Allah berbelas kasih untuk hadiahkan pada abg. 
Za akan jaga adik...pastikan auratnya terjaga.  Pastikan dia solat, dia mengaji... pastikan muamalahnya baik dengan semua orang.. insya Allah

Abang,
Entah sampai bila za akan terus bercerita tentangmu.... 
Bila agaknya bicara ini akan terhenti...
Sampai suatu ketika terhenti pada bicara...itu bukan tanda abang kulupa...
Tetapkan za himpunkan sendu za dalam doa...tulus buatmu di sana.

Abang,
Damailah
Tenanglah
Berbahagialah...
Sayang kami pasti sampai mati....
Abg suami yang baik, ayah yang sangat baik...



Bersemadi abang di sini ketika hujan mencurah lebat ke bumi

Peteri kita satu2nya ini sedang rindu padamu, sayang!
Dia yang rapat denganmu
buah hatimu
sering menghiburkan hatimu
jadi penyejuk matamu
Mudah2an dia menyiram salju sepanjang persemadianmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan