Jumaat, 6 Januari 2017

20 SIFAT ORANG BERSEDEKAH

SY KONGSIKN TITIPAN KASIH USTAZ MUHAMMAD FADHLI KPD HATI2 YG DAHAGAKN ILMU.
MUDAH2AN TITIPN INI MELUNAKKN HATI KITA UNTUK BERSEDEKAH...
BERJUAL BELI YG TIADA PERNAH ADA PADANYA KERUGIAN....
**********
Inilah Hadith Guru Baca Kepadaku.
Orang Bersedekah Ini Ada 20 Sifat Ini.

1)Ihsan-Belas Kasihan Kepada Orang Susah.

2)Al Jihad-Memerangi Nafsu Tamak mencintai Dunia yang tipu daya(Ghurur).

3)Al Khair-Suka berlumba berbuat kebaikan walaupun Sedikit Dia Berikan(Yang penting Kepuasan/Kebahagian Orang Lain dapat nikmati dengan tangan sentuh wang dan hati gembira).

4)Gharib-Ganjil(Ditengah2 Orang kedekut dia Orang Kuat bersedekah).

5)Hubbul Akhirat-Cinta Akhirat kekal kerana Amalan sedekah umpama 1 pokok yang ada 7 tangkai(satu tangkai ada 100),betullah Allah bagi kurniaan Allah diantara 10-700(Samaada kita dapat didunia atau disimpan diakhirat).

6)At Thaah-Patuh menjaga Haq tangan ini pada jalan kemuliaan Islam dan Cara Hidup Islam.

7)Firqatun Huda-Golongan sentiasa terjaga petunjuk(Petunjuk Aqal-Bezakan Mana kena bagi dan tidak bagi),
Petunjuk Naluri-Kasih Sayang kepada Sesama Makhluq(Senyum),Petunjuk Agama-Agama Suruh Kita Bersedekah(Infaq-Membelanjakan sebahagian harta yang diberikan oleh Allah).

8)Taufiq-Penambahan Dalam perkara Kebajikan(Ada 2-Wajib-Nafaqah Wajib(Zakat) dan Nafaqah Sunat(Waqaf)).

9)Haibatul Islam-Kehebatan Islam kerana bersedekah ini adalah dia ada kaitan Masaalah Tarbiyyah Ruhiyyah(Kita usaha menjadi terikat hati mahu keluar itulah perlukan mujahadah-bersusah payah-Surah Al Ankabut Ayat 69).

10)Haqiqat-Haqiqat dia tahu sedekah itu asal dia tidak ada(miskin-Surah Ghafir Ayat 15)
Dan dia mahu amalkan sifat asmaul husna-
(99 nama2 Allah baik)
Allah maha memberi rezeki kita berkongsi rezeki(Maka dengan nikmat itu maka zahirkan-dengan pegangan rezeki itu adalah milik Allah dan kepada Allah rezeki itu akan ditanyai-Amanah kepada Kita sebagai khalifah-orang mengganti dibelakang(Nabi Adam a.s)).

11)Tawadhu-Orang bersedekah dia berusaha merendahkan mata dan jiwa dia memasukkan wang dengan kita berdoa(moga engkau selamat wahai muslimin dan muslimat).
-Dan meletakkan mereka ini adalah keluarga
Angkat Kita-

12)Ibadul Rahman-Sifat Orang Bersedekah tidak terlalu kedekut dan terlalu pemurah(duduk tengah 2)-Dan seafdhal2 sedekah kepada adik beradik,
(Fiqh Al Aulawiyyat-Kefahaman Amalan Keutamaan)
(kita kaya adik pinjam duit-halalkan itu terbaik).
-Dan tergantung rohnya langit dan bumi orang berhutang itu(dia ada perhitungan dengan sipemberi hutang itu-Bukan Cara Kita Faham).
(Roh Tergantung tidak ada persoalan Malaikat mungkar dan Malaikat nakir-Sepakat Ulamak aswj-Yang seksaan kubur jasad bersama roh).

13)Taqwa-Gerun hati
(apabila kita ingat siapakah orang mendustakan agama-orang tidak sayangi anak yatim dan tidak beri makan faqir miskin).

14)Al Ghaniy-Orang bersedekah dia ada kekayaan harta dan kekayaan jiwa yang mana dia tidak mahu harta jatuh pada jalan lagha(sia2)/haram/makruh-Inilah Sifat Ahli Abid(Orang Beribadat telah sampai tahap
ma rifatullah-Mengenal Allah SWT).

15)Zakirin-Sedekah sebenarnya dia mengingati Allah ketika dia berdiri/duduk/berbaring-Dan setiap hari amalan ini(orang sampai kepada kemanisan sedekah)-Apabila dia tinggalkan sedekah dia akan cela diri dia/kritik kenapa aku tinggalkan amalan sedekah ini tanpa dia bergantung kepada amalan ini-Bergantung pada amal dia jadi putus asa(ada terkadang perkataan seolah-olah kita mahu bermusuh dengan Allah)-ini jadi syirik khafi(tersembunyi)
(Bit pertama didalam kitab Hikam).

16)Daim-Orang bersedekah dia suka mengulang amalan ini dan meningkatkan kerja bakti ini dengan lebih kualiti(tetapi nilai amat berbeza)-orang itu rm10 dia bagi semua daripada rm10 dia mengira2-akhirnya dia bagi rm 10 juga(Orang kedekut nanti mati-baru dia menyesali Sebagaimana Didalam Surah Munafiqun Ayat 10-11).
-pahala besar habis licin dia bagi daripada dia ada rm100 tetapi dalam bank dia banyak lagi-(nisbah dia hanya bagi rm1 sahaja).

17)Berkah-Orang bersedekah ini hidupnya berkat(bertambah akan sesuatu)terutama panjangkan umur(Kerana Malaikat Berdoa orang bersedekah):-Dan Malaikat memikul Arasyh mendoakan orang beriman.
(Sebagaimana Didalam Surah Ghafir Ayat 7-9).

18)Siddiq Wa Masduq-Benar dan Dibenarkan dia ini adalah golongan tuflihun(berjaya dunia dan akhirat-Syurga Tempatnya bersama nabi).
-Dan nabi kalau dia tidak boleh bantu orang susah dia akan minta sahabat bantu sahabat ini supaya dia balik ada sesuatu ditangannya.

19)Maqam-Orang bersedekah ini dia ada kedudukan tinggi(kerana kata Ulamak maqam ini terhasil daripada ibadat sunat yang kita jagainya dengan mendirikan wajib).

20)Nusrah-Orang bersedekah nanti diakhirat dipasang Mahsyar dia akan dinaungi oleh Allah dan diantara 7 golongan pemuda dinaungi(dijaga oleh Allah)sifatnya(Bersedekah)tangan kanan tidak disedari tangan kiri(amalan ini akan menjadi cahaya diakhirat-Ikhlas sebagaimana didalam surah hadid ayat 12-14)
(Sahih Bukhari dan disyarahkan Oleh Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani-didalam Fathul Bari).

DARIPADA
AKHI
Muhammad Fadhli
Bersama
Ummi
Nouraien Mohd Qassiem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan