Ahad, 13 November 2011

Apa Mahumu, Sayang?

"Cikgu, tahun depan cikgu ngajar kitaorang ek...." kata Wan saat aku berselesih dengannya hari Jumaat lepas.

"kenapa cikgu tak ngajar kita tahun ni?" kata alip (yang kupanggil alip,ba,ta) ketika menyapa aku kat fb awal2 tahun

"Ku, budak2 4MPV nak ku ajar diaorang BM." Beritahu kak umi awal tahun hari tu

"Rindu kat cikgu...lama tak kena cubit dengan cikgu..." itu antara kenyataan murid2 yang pernah belajar dengan aku dan aku hanya mampu tersenyum senget!

Allah hu Akbar. Aku mencari2 sebenarnya...apa mahunya budak2 ni.

Cikgu Ku garang...semua tak boleh! itu kata mereka saat aku berjuang memanusiakan mereka.  Hari ni, biar sapa pun mereka.. dr, guru, askar, pekerja kilang, hanya di rumah mahupun pelajar... lebam2  di anggota mereka (kalau ada) pasti akan mengingatkan mereka akan cikgu Ku!

Adat kita manusia...bila sesuatu tu ada di depan mata..kita selalu tidak endahkan, selalu tak hargai.....tapi bila dah tak ada di depan mata...mulalah kita mencari2...kerana rupanya yang telah hilang tu sebenarnya mutiara....

3 ulasan:

  1. pelajar2 suka kena cubit la tu klo dh smpai mencari-cari cikgu Ku...hehe...setiap yg berlaku ada hikmahnya. apa2 pun, bukan senang nk memanusiakan manusia dan bukan senang nk islamkan yg ISLAM...

    BalasPadam
  2. cubitan tu ikhlas kerana Allah...bukan kerana marah!

    BalasPadam
  3. :) ya tahu..cubitan itu juga dpt mentarbiyah mereka yg pernah belajar dgn cikgu Ku.

    BalasPadam