Ahad, 13 November 2011

Suatu Hari Di Kelas 5MPV




Hari Rabu datang jua.... jantung aku berdegup tak ada rentak... Aku dongak ke langit, aku tunduk ke bumi, aku pandang ke hadapan dan yang mampu aku katakan...Ya Allah...jadikanlah pekerjaan aku satu ibadah. Berikanlah aku pertolonganMu yang tiada had dan batasnya.


Aku melangkah ke kelas 5MPV dengan tenang.  Berdiri di pintu kelas...kumpul kekuatan..aku terus berselawat dan berselawat. Pimpin aku, ya Allah..tiada aku punya teman yang sebaik Engkau.


Aku melangkah masuk ke kelas dengan kaki kanan, aku terima salam murid2 istimewa hari ni.  Aku bersyahadah, aku baca fatihah, aku berselawat dan berselawat sambil memandang seorang demi seorang tanpa sepatah kata pun.  Masing2 diam, duduk di tempat masing2.


Aku mengarahkan semua tempat kosong di hadapan dipenuhkan.  Allah... mereka hanya datang dengan sebatang pen tanpa buku atau kertas! errggghhh... sabar..sabar! Aku beristigfar banyak2 dalam hati supaya setan tidak menguasai aku.  Aku tak tegur sedikit pun bila mereka duduk hanya dengan sebatang pen.  Aku mula mengajar.


Sekali lagi aku teruji... aku baru saja buka mulut buat mukadimah, si Redha yang duduk betul2 di depan aku.. kecikkan mata dia seolah2 nak tidur. Ni dah lebih...mahu aku hayun je budak ni karang!  Istigfar, Ku...Istigfar.  Aku diingatkan...dan aku buat tak tahu pada karenah Redha yang benar2 mencabar aku! Hebat Engkau ya, Allah... Engkau pimpin hati aku saat aku benar2 perlukan kekuatan!


Aku ajar mereka membina perenggan...  satu2 aku tuturkan...Aku terpaksa pandai buat lawak (walaupun lawak bodoh), aku puji yang bagi jawapan walaupun jawapan salah..aku cuba tarik perhatian mereka bersungguh2 dan...


mata si Redha yang tadi dibuat2 kecik dah mula membesar, badan yang membongkok ke meja sudah tegak dan paling indah... sorang demi sorang bangun ke meja masing2 mengambil buku karangan!  Ya Allah...betul ke apa yang aku pandang ni. Kalau tadi aku rasa, jarum jam sangat lambat bergeraknya...kini aku minta kalau boleh biarlah jarum jam tersebut berhenti!


Semua belajar dengan tekun termasuklah si Redha yang sebelum ni buat aku bakor darah, Alhamdulillah.  Kelas bermula 7.40 - 9.00 pagi berjalan dengan sungguh indah berkat pertolongan Allah yang tiada had dan batas... Rabbi yassir...Wala tu'assir... ya Karim.


Hari ni.... setiap kali aku lalu di kelas mereka..mereka akan bertanya aku nak masuk kelas mereka ke...


setiap kali aku berselisih dengan mereka, mereka akan menyapa aku dengan mesra


dan paling indah bila si Redha bertanya...  Kenapa cikgu tak ajar kitaorang lagi? Kejap je cikgu masuk!


Alhamdulillah... aku tidak memandang lain selain memandang kebesaran Allah....

JAGA ALLAH...ALLAH MENJAGAMU...

5 ulasan:

  1. tak sebaik mana pun...
    cuma Allah ingin menunjukkan kebesaran Dia...

    Dia mahu kita tahu dan yakin...
    tidak rugi kita bergantung harap semata2 hanya kepada Dia....

    BalasPadam
  2. yang penting...sentiasa berbaik sangka dengan Allah...
    yang utama... jaga Allah, Allah pasti menjaga kita

    BalasPadam
  3. ya..."jagalah Allah,nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya Dia akan selalu berada dihadapanmu."

    BalasPadam