Sabtu, 12 November 2011

Tipu Helah Yang Kotor

Pada suatu ketika aku telah diserang satu penyakit hingga aku berasakan bahawa diriku hampir2 mati kerana terlalu sakit.  Maka pada suatu hari aku berkata kepada isteriku, "Wahai isteriku yang tercinta!  Aku harap engkau dapat memakaikan diri engkau dengan pakaian yang cantik2 dan berhiaslah dengan perhiasan yang bagus2.  Kemudian engkau duduklah di sampingku di sini."

Lalu isteriku berkata, "wahai Juha suamiku yang tercinta!  Adakah patut aku tinggalkan kewajipanku untuk berkhidmat kepadamu semata2 untuk berpakaian dan mengenakan perhiasan yang cantik2!  Aku rasa tidak patut aku berbuat sedemikian.  Adakah engkau sangkakan bahawa aku ini tidak mencintai engkau, sebagaimana yang kita sama2 maklum?"

Maka terus aku katakan kepadanya, "sesungguhnya apa yang terlintas di dalam fikiranku tidaklah sama dengan apa yang terlintas di dalam fikiran kamu.  Sebenarnya aku sedang melihat bahawa malaikat Izrail sedang berpusing2 di sekitarku ini.  Jadi aku berharap bilamana engkau telah berpakaian dan mengenakan hiasan yang cantik2 lalu duduk di sampingku, akan dapat menarik perhatian malaikat Izrail tai.  Lalu aku berharap agar dia meninggalkan aku, lantas mengambil kamu!"



Aduh....cuba fikir
apa mesejnya??????

5 ulasan:

  1. hehe....abu nawas berharap malaikat izrail mengambil nyawanya dan isteri tercinta...btol ke?

    BalasPadam
  2. haah....
    hahahahhaha..... sebab dia tak nak mati dulu...
    biar bini mati dulu tak pe... dia ada sorang bini lagi heheh...

    itulah kita...sekeliling kita...selalu pentingkan diri sendiri. sy la...orang lain tak kot!

    BalasPadam
  3. sama2 kita nie....tipu la klo kata x petingkan diri....Nabi Muhammad SAW selalu fikirkan umatnya...kita, nk ingat Baginda pun payah :(

    BalasPadam
  4. payah nak ingat baginda sebab kita tak kenal baginda Rasulullah...

    kalau kenal...rasanya kita akan sentiasa merindui...

    BalasPadam
  5. beruntung pd siapa yg mengenali Baginda..kompom nk nangis n minta nk cpt2 jpa Baginda n Allah....

    BalasPadam